08 November 2012

budak pengsan kat pasar borong selayang . ish ish

Assalamualaikum~

hari ni aku nak cerita pasal kegumbiraan , keseronokan , keexcitedan , kebestan kat Pasar Borong Selayang .
adakah aku sedang merosakkan bahasa ibunda???

cadangnya nak pegi pasar borong selayang pukul 6.30pagi.
aku excited sangat nak pegi pasar sampai asyik terjaga je dari tidur .
cehh nampak sangat la aku selalu jarang pegi pasar kan .
aku dengan abang sulung aku gerak dari rumah dalam pukul 7pagi .
  
sampai je pasar borong selayang ,
aku buat lompat bintang tanda aku seronok tak hengattt .
- tipu tipu tipu -
kitorang pun pegi beli ikan , sotong , udang , monyet .
kaki aku rasa sejuk sangatsangatsangat sebab lalu kat air ais ikan yang melimpah kat simen .
makin lama makin sejuk .
pastu on the way nak pegi beli sayur pulak .
tiba2 aku rasa macam nak pengsan .
jadi gelap , kepala aku jadi sejuk .
yang abang aku dah jalan ke depan .
aku nak panggil , tak bermaya karin wehh
aku benti jalan jap , ok ok dah .
sambung jalan balik . tapi malangnya jadi gelap lagi .
aku pegang tangan abang aku 
ececece macam sweet sweet gitu kan ?
aku cakap aku tak nampak .

then ada encik penjual ikan yang sangat baik hati macam tau2 je aku nak pengsan .
dia suruh aku duduk kat box ikan dia tu ,
dia bagi minyak cap kapak .
kaki aku makin sejuk .
aku makin tak dengar .
pastuuuuuu
- - - - - - - - - - - - - - - - - 

aku dah jatuh atas air ikan . yeyyy aku busukk !
aku tak tau bila masa ,
dah ramai kat keliling aku ,
ada kakak indon urut2 kaki , ada yang urut2 tangan .
i rasa macam princess tau ~ haha
aku sejuk tahap titanic la . - titanic part last tu
menggigil . sejuk gileee .
serious aku ingat aku hidup sampai situ je .
meninggal kat pasar ?
oo em ji , contoh suri rumah terbaik wa cakap lu .
haha main2 plak aku ni kan .
alhamdulillah , sekarang Allah masih pinjamkan nyawa .
aku pun balik dengan seluar basah .
bau ikan . tangan aku penuh sisik2 ikan .
ntah bila ikan sedekah sisik kat aku , aku pun tak tau ..

dah itu saje .
bagi siapa2 yang selalu pegi pasar borong selayang ,
mesti perasan ada abang2 kelantan jual ikan .
beli la ikan kat diorang banyak2 tau .
aku berterima kasih sangat2 kat semua yang tolong .
semoga bertambah la rezeki mereka .

pasni pegi pasar kena pakai selimut kot . haha
gedik tiba2 tak tahan sejuk pehal aku ni?
padahal tiap minggu balik russia elok je ..
- tipulagi -

byeee

maceh google . ( gambar sendiri takde , sebab takde paparazi amik gambar )
cettt bajet retiss letteww



23 October 2012

click la . please la . please la .

Assalamualaikum~

wahh click jugak . maseh maseh . 
buat masa ni aku ketandusan idea .
jom la teman baca natang ni jap .
saje suka2 post pasal diri sendiri .
*macam budak takde masa depan je*
my blog whaaattt . . . 
like my heart la ( suka hati aku la )

1. orang panggil Anis , Nish , Joy , Joyah , Fazreena .

2. geli lipas , cicak , lalat , ulat dan alien .

3. sukaaa hamster , kucing , beruang dan alien . aik ??

4. seorang kakak yang comel

5. tak tau pasal politik . study kat politeknik . eh ape kena mengena?

6. pernah baling fon masa tido sebab mimpi tengah main netball . tapi fon sihat walafiat cuma bateri tercabut .

7. pernah jadi cikgu tadika selama 3 tahun hari .

8. teringin nak tengok perokok isap rokok terbalik
- api dalam mulut , filter kat luar . muehehehe!!

9. takde idea dah .

10. ok ada idea . suka dengaq oghang utagha ngan ore pata timur kecek . cececehh ada maksud tersirat tu .

11. wakil pelari pecut peringkat dunia .
     ok dalam dunia ada negara . negaranya adalah Malaysia . dalam Malaysia ada negeri . iaitu Selangor . dalam Selangor ada daerah . daerah Petaling . dalam daerah Petaling ada sekolah . jadi saya adalah pelari pecut peringkat sekolah = dunia . please la paham .

12. sebenarnya tengah tunggu movie habis download .

13. kadang2 tak tumpu dalam kelas tapi angguk2 bila lecturer pandang supaya dia ingat aku dengar .

30. haa dah point yang ke-30 ni . cukup la tu . bye .

^__^  hehohihuha






16 October 2012

Kita Dah Konvo Beb !

Assalamualaikum~

selesai sudah majlis konvokesyen untuk Diploma semalam..
tahniah untuk semua .
lepas ni ntah bila boleh jumpa lagi kan .
tunggu kenduri kawin je le , ye dok?
(memen punye ayat)

*Raptai Konvo*
beratur nak daftar punya la lama .
riuhnya tak payah cakap la ,
dah macam kat pasar .
yang tu cerita , yang ni cerita .
yang tu mengumpat , yang ni mengumpat .
haippp tak mo tak mo....
dah lama tak jumpa la katakan....
ada yang makin kurus , ada yang makin bambam ,
ada yang makin putih ( duk rumah tanam anggur la tu )
ada yang makin gelap ( yang pi main tengah panaih tu pasai pa )
hehehhh
macam aku , aku rasa aku makin....makin malas .
*hantuk kepala kat dinding
time tu la nak tegur kawan kawan ..
rindu gila sampai nangis , melalak , meraung dan sebagainya .
*over tu Joyyy ! tipu belaka .
tapi ada jugak yang tak bertegur .
duk dekat tapi buat buat rabun dekat .
rabun sungguh baru tau!
tak kisah la , asalkan aku bahagia , bukan kau bahagia tau .
hahahah

*Konvo*
ececehhh semua nak baru .
baju baru , tudung baru , kasut baru , beg baru , awek baru , eh tak tak . setia kennnnn......
nak bersiap punya la lama .
lagi2 time nak pakai jubah graduan ,
aku rasa macam tengah berlakon kat dalam cerita Harry Potter .
jap lagi nak naik pentas , terbang je .
ok dah stop stop .
haa... aku dah la orang first naik pentas untuk Sesi Disember 2011 .
sebab orang yang patutnya first tak hadir .
memang beku la tangan aku kan .
tapi semuanya berjalan lancar .
aku tak tersadung ! hooreyyy !

tengok kawan2 naik pentas .
tapi sikit je aku tengok ,
maklumlah . aku kan rabun jauh .
penat mata aku zoom lama2 . yang aku perasan ni je la :)

Sofia
-comel je dia naik tangga pastu senyum kat camera .

Liyana
-jalan sambil senyum sampai depan camera . go girl !

Iman
-alahh tak nampak muka kau . tapi kau jalan macam cover nebesss je. hehehe

Naim
-kitorang tergelak (sikit je) bila kau naik tangga , pastu sampai depan camera first , kau berdiri tegak gile. hahaha

Ayuni
-naik tangga macam berhati-hati betoi . mesti taku terjatuh kan kan? hehehe

Muhaimin a.k.a memen
-macam biasa , lemah lembut je jalan . awwwww~

Azaiman
-aku rasa macam kau orang first yang salam pengarah . kau yang hulur tangan plak tu . hehe cayalah!

Aina
-macam model la Aina ! senyum sampai balik ke kerusi . :)

Sarawanan
-ramai yang tepuk tangan untuk Sara .

Fahmi a.k.a Dato'
-kau jalan memang macam dato' laaa

Suzeanni
-alamak orang tu salah sebut nama . jadi Suzeni la...takpe, kau maintain cute beb .

Luqman
-maintain jalan macam brader cool

haa.. itu saje . tahniah kawan2 !

dicuri dari fb Fahmi . heheh mekasih~
Wan , Fahmi (tuan gambo) , Ejat , Alif , Badrul , Aizat , Naim , Luqman , Nani
Aina , Ezza , Sofia , Wanie , Ayu , Aku , Iman
much much much love

Sarawanan bersama gadis gadis . pehhh kalah Aaron Aziz .



thank you so much especially to mama dan abah yang banyak support Anis.
thank you so much for coming .
thank you so much to my family dan kawan2 .
thank you so much pensyarah . 



anddddd...... thank you so much Azam . heeeee~

 


14 October 2012

Orang Goreng Tepung . sanggup ke nak makan?

Assalamualaikum~

ada korang tau tak sekarang ni ada orang goreng tepung?
haa jangan gedik nak tekan close eh ,
aku nak cerita pasal "orang goreng tepung" kat satu kedai makan ni.

10 Oktober lepas hari last aku kerja kat situ .
so aku lah orang goreng tepung tu .
tapi tak kena goreng la ,
kalau kena goreng dah masuk paper metro dah .
macam biasa , aku memang suka buat tajuk gempak sejujurnya sebab nak bagi orang click .
heehee jangan la maah titewwww ( buat suara gedik )

saje letak web URL kat muka . sebenarnya nak cover muka yg macam zombi tu.. haha

air + telur + tepung + grease trap .
grease trap tu maksud aku ayaq dalam grease trap tu la .
aku memang sukaa busuk busuk ni kan =.="
okehh habis dah pasal orang goreng tepung~~~

* memoriesss *
ni konangan yang tak dapek den lupo

> kejar customer yang tak bayar
jalan laju2 ikut customer . nak lari malu pulak kan .
dah sampai kat customer tu ,
orang mesti tau dia tak bayar .
taknak dia malu punya pasal ,
aku cakap slow gila sambil senyum seikhlas mungkin .
dari jauh orang akan ingat aku ngorat dia .
=.="

> tersasul
tersasul #1
Aku : can I take your order?
Customer : yup , can I have Smoked Salmon Salad please.
Aku : okay one Smoked Salmon Samad .
*customer buat mata bulat*
Aku : eh , Smoked Salmon Salad . I'm ss.. I'm sorry sir ..

tersasul #2
Customer ( pakcik ) : kat sini ada tak coffee letak caramel kat atas?
Aku : oohh... tak ada la kak....
*dalam hati , kakak ape jadah pulak aku ni... terang2 pakcik ada misai depan aku ni panggil kak pulak dahhhh......

tersasul #3
Customer : Can I pay now?
Aku : play ? oops sorry... pay ?
*muka customer tahan gelak sambil angguk
Aku : yes sir , I'll get...I'll get the....bill .
*aku terus pusing dan jalan pegi kaunter sambil pukul2 mulut . hahaha

> retiss retiss dan retiss
maklumlah kat airport kan ,
ramai la artis artis yang datang makan sebelum naik flight .
awal ashaari , neelofa , kak ogy , erin malik , Datuk K dan anak2 , selena ridzuan , waheeda N akhil hayy , siapa ntah lagi aku tak ingat...
jangan nak bangga sangat eh , diorang tu manusia biasa je :P


> customer gediks
yang paling aku tak faham ,
dah makan separuh , mintak tukar yang lain .
sebabnya , dia tak suka .
what the ef ???!!!
kau ingat freeeee??


> jantung aku dupdapdupdap
bukan artis je , Pak Lah dan wife pun datang minum .
ternganga aku kejap .
Tunku Panglima Besar Kedah, YTM Dato' Seri Diraja Tunku Puteri Intan Shafinaz .
mana tak dupdapdupdap kan ...
Tunku Shafinaz friendly sangattt ! i loikeee :)

banyak lagi nak cerita...
tapi aku tengok muka korang macam malas je nak baca .
sampai sini je la...
*touching*

bhahahaa ok bye

dulang atas kepala , jalan silang kaki . bajet model :P


beberapa minit sebelum "dibusukkan" . masih clean n clear  


Cafe Barbera :)



06 October 2012

Mengigau ke ape?

Assalamualaikum~

semalam hari jumaat , 5 Oktober 2012 .
esok nak kerja pukul 12 tengah hari ni .
kena keluar awal sejam . maklumlah kereta baru , kena bawak slow2 .
besar pulak tu . sampai 37 orang muat .
Bas Rapid KL la tu

hari ni hari sabtu , 6 Oktober 2012 .
pukul 10.30 aku keluar dari rumah ,
bajet2 pukul 11 sampai la tempat kerja .
ada sejam lagi .
boleh lepak2 isi perut yang kosong ni .
kalau ketuk mau bunyi sampai ke perlis .

dah sampai , gi makan dulu .
hamik kau , terlentang aku kekenyangan .
ehh takdelah sampai terlentang ,
aku duduk elok2 je sopan macam perempuan melayu terakhir .

pukul 11.50 tengah hari 
duk mesej dengan abe ,
abe cakap hari ni bukan cuti ke?
* terasa buduh sekejap *
hamikk kau . aku pun baru teringat .
sudah cukup sudah ..
balik balik balik . aku pun tengah pening kepala ni.
cehhhh dan dan pening . haha
pehhhh berpeluh peluh aku jalan pegi bustop tadi ,
ini nak balik pulak , tunggu bas lagi .
takpe , sanggup !!
mood hari ni pun tak berapa nak baik .
balik aje laa...
sorry ye boss . pekerja yang cemerlang , gemilang dan terbilang takkan balik kalau dah sampai kan kan?
tapi saya lepak kedai mamak tadi , 
so maknanya saya tak sampai lagi la .
hehehe..
weiii aku cuti la hari ni .
aku ni mengigau ke ape?
aku pun tak tau lah , serabut sangat maybe?
serabut serabut . shyyttt !
hoi mencarut ea?

haa dah kat rumah ni ,
update natang ni la .
juge idea dari abe untuk entry kali ni .
aku pun update je la , lama tak update kan kan kan...

ok booiiii~
layan JustForLaugh kat youtube la boleh buat aku gelak .

24 August 2012

Apendiks di Pagi Raya :(

Assalamualaikum~

" adik tolong sign kat sini ya untuk confirmkan adik nak kena operate ."
first time dalam hidup aku beraya dalam hospital .

**on the way to Kedah**
sakit betul perut aku ni , tapi aku try buat relax .
sebab aku fikir sakit biasa je .
sampai je rumah tok ,
perut aku menambah kegedikannye ke tahap maksimum .
aku rasa macam angin . so aku sapu minyak angin kat perut .
tak lega jugak . so aku sapu minyak sapi .
tak lega lagi , aku sapu minyak masak pulak .
tak lega lagi jugak , aku sapu minyak pengasih .
wahahah takdak aihhh tipu jaa... hehehe


**klinik #1**
pukul 1 pagi 
doktor cakap aku ada gastrik .
aku makan ubat .
ewww kalau ubat tu rasa macam chicken chop ke , ketupat ke , takpelah jugak .
setengah jam lepas makan ubat ,
aku muntah .

**klinik #2**
pukul 6 pagi .
sakit perut tak kurang . 
aku tak boleh tidur . 
nak kejutkan mak , tak sampai hati .
cuma sampai tangan je nak cuit2 mak .
sampailah mak aku bangun sebab aku muntah lagi .
terpaksa pegi klinik lain .
mana tau kot2 doktor tadi main hentam je ke kan . haha..
tapi doktor kat klinik satu lagi ni pun cakap ada gastrik .
aku makan ubat .
aku try nak tidur walaupun dalam kesakitan gila babasss sebab kejap lagi kan raya .
hoorey ! hoorey !

**hospital sultan abdul halim**
pukul 10 pagi .
orang dah balik sembahyang raya .
aku tak boleh bangun sebab sakit perut lagi .
kali ni sakit tahap cipan pakai lipstick .
dengan tak mandinya terus pegi hospital .
takpe .. tak mandi pun i comel tau.. ahak ahak
doktor check . rupanya aku apendiks .
" adik tolong sign kat sini ya untuk confirmkan adik nak kena operate ."
walaupun cuak , aku sign surat tu dengan penuh gaya .
siap angkat kening sebelah lagi .
aku baring je , 2 orang nurse tolakkan katil untuk pegi ke bilik pembedahan .
bilik pembedahan weiiii ! kau jangan main-main.....
sebelum masuk , aku salam mak aku .
syahdunyaa ~
orang lain syok2 tengah salam raya , yang aku pulak , salam nak gi bedah .

**bilik pembedahan**
pukul berapa aku tak tahu . yang aku tahu , hari tu hari raya pertama !
aku baring betul2 bawah lampu .
"tolong letak tangan kat sini ya.."
aku tengok sikit-sikit je .
tangan kiri aku tengah kena inject .
aku rasa kebas .
lepas tu....GELAP.........

" Anis...bangun , Anis.. "
aku bukak mata . nurse tu alihkan aku ke katil lain .
aku pelik . aikk tadi kata nak operate .
tak jadi operate ke? kenapa? doktor nak gi beraya ke?
aku pun tanya nurse tu ,
"tak jadi operate ke kak?"
nurse tu gelak2 . amboyoii.. gelak2 pulak nurse ni .
nasib baik ayaq liuq dia tak kena muka aku .
"dah operate lah adik..."
LAH ! dah ke? bila masa?
tadi kan aku tidur ? tak rasa pun ?
tercengang aku .

dari katil bilik pembedahan aku tengok kat pintu .
nampak kepala-kepala yang tengah senyum-senyum sambil lambai-lambai .
ohh family .
mata aku berat . tak boleh bukak .
woiii aku nak bangun lah . siapa gam mata aku ni?
tapi aku dengar ada doktor cina cakap dengan mak aku .
"nasib baik cepat , apendiks suda merah dan bengkak . sikit lagi mau pecah."
Alhamdulillah ..
-dan aku rehat berjam-jam...........-

cakap perlahan , jalan slow sambil pegang perut .
sebijik macam ibu baru lepas bersalin .
hehehe...
buat masa sekarang , aku tak boleh gelak , tak boleh batuk , tak boleh bersin .
kalau aku buat semua tu , perut aku ni rasa macam nak terkoyak .
mana-mana kawan aku yang suka buat lawak tu ,
aku merayu dulu sebelum sembang .
tolong jangan buat lawak !

sempat lagi ambik gambar sebelum operation. hahah

haha ni buah tangan paling comel . get well soon Anis !




-the end-

terima kasih Allah atas ujianMu






23 August 2012

sayangi bahasa melayu

Assalamualaikum~

ecehh tajuk nak muah muah je kan .
bermula dengan entry ni , aku nak taip semua perkataan dengan penuh-penuh .
maksudnya , takde lagi bahasa SMS .
atau dengan kata lain, takde shortform lah .
tapii.. ada lah sikit2.. asalkan boleh faham .
ok bye .
opps silap , selamat tinggal ..
( over dohh )

19 July 2012

jangan nak kurang ajar sgt , mau makan kaki ka?

Assalamualaikum~


aku tak marah . sekadar nak bagitau pembaca je.
deyyy you ada pembaca ka? hihihi
untuk manusia-manusia yg tak beradab dan sangat teringin merasa penumbuk aku .
hahaha cehhh nak tumbuk pun x reti.....
idea utk entry kali ni dicetuskan oleh Azam .
bangga x kira la tu orang duk sebut nama dia kat blog . kan kan kan?
tajuk sebenar : Makcik Cleaner Gengster
tapi aku taknak laa bagi makcik tu lagi famous dari aku .
boo la . boo la ..  (-.-")
so aku tukar la tajuk ..
( tajuk garang , saje nak bagi orang click ) wahahahaaaa


cter dia camni ,
ade satu hari tu , aku tengah jalan nak gi toilet .
dah masuk toilet , ade sorang makcik cleaner tengah mop lantai .
aku serba salah je nak pijak lantai tu .
pastu aku benti jap tunggu dia mop .


sekali amik kau , dia  pandang aku , pastu.......
" TAK NAMPAK KA SEDANG MOP SINI ?! PERGI JALAN SANA ! PERGI YG DEPAN ! ORANG SEDANG NGEMOP DIA LAGI MAU JALAN SINI !! "
muka aku jadi tebal .
tebal macam burger . bigmac plak tu .
malu gila baboon la sebab ramai orang dalam toilet tu .
aku pun pusing , masuk toilet jauh sikit . aku dengar makcik tu masih bebel bebel .
aku keluar , dia tengah mop lagi . sejuk2 tangan aku ni sebab tahan marah plus malu .


dengan beraninye , aku gi kat makcik tu , aku cakap elok2 ,
" makcik , sini airport tau. ramai orang luar . kalau makcik cakap macam ni dengan semua orang , orang akan complain tau . "
" EH! KAMU JANGAN BANYAK CAKAP ! SINI MOP LAGI MAU JALAN BLABLABLABLABLAAAAAAA "
aku pun blah dari toilet tu , terus masuk tempat keje aku .
rupenye dia ikut aku pastu dia bising2 kat boss aku .
siap cakap " WALAUPUN KAMU ORANG MALAYSIA , JANGAN BERLAGAK . REPORT LA SAMA ORANG ATAS , SAYA TAK KISAH . "
amboyoiii hebat gile kan makcik ni .
bila pulak aku berlagak?


aku tak berlagak dan tak benci orang indon tau .
aku siap berkawan lagi dgn orang indon .
aku belajar bahasa boyan , bahasa bugis , madura n jawa .
( wooo bangganyeee )
aku siap lepak makan dgn orang indon .
aku jugak pernah naik motor tiga orang dgn indon
(hehehe sori ye encik2 polis)
aku tak kisah kawan dgn indon .
tapi tu lah , kenape makcik indon tu boleh plak nak marah2 aku camtu .
contoh orang yg tak sedar diuntung .
dah masuk negara orang , berani pulak tengking2 camtu .
bersyukur la dapat keje kat sini makcik oii....
ape pun , peringatan jugak untuk aku ,
bersyukur lah dengan ape yg aku ada .


** minggu lepas , shift manager aku plak kena marah dgn makcik cleaner tu sebab dia jalan kat lantai yg makcik tu dah mop .
hahahaha ape laaa makcik ni... lek luu cap kok luu....


ni makan dia !
terima kasih google












27 June 2012

mimpi buruk mungkin petanda ajal :(

Assalamualaikum~


lamanye x update blog. busy busy ..
harini bukan nak ckp ape pun ..
sebenarnye tadi baru je baca blog someone ..
aku tertarik nak baca sbb dgr2 cter dia post entry pasal satu mimpi .
mimpi tu macam petanda dia nak pergi buat selama-lamanya ...
tak sangka , tak lama lepas tu , dia btul2 pegi .


baca punya baca ,
seriously aku pun pikir mimpi tu petanda .
dia cakap dia mimpi makan kala jengking n ulat .
dia jugak ade ckp bila dia ingat mimpi tu ,
dia terbayang suasana kat neraka .


:(
semoga Allah ampunkan dosa mu Yasmin dan ditempatkan di kalangan orang2 beriman...
Al-fatihah


25 May 2012

Jom Buat Chocolate Cake !!

Assalamualaikum~ heii jawab la ! hehe


entry kali ni nak belagak skit . sebab aku nak cter yg aku buat kek chocolate dgn seorang artis .
comel comel cute putih gebu , sape lagi kalau bukan Kak Nora Danish !!
homaigodd homaigodd !! GILAAA !!
kau kawan dgn artis ke?
dia sepupu kau ke?
dia jiran kau ke?
semua histeria kan ..
mane ade lah . aku buat kek dgn kawan aku je . bukan Nora Danish .
hehee relax eh .. jangan marah ye kawan2 ..


ok ni nak cter ni , minggu lepas buat Apam ala-ala muffin dgn kawan aku , Liyana .
semalam buat Chocolate Moist Cake plak .
ehh , ke Moist Chocolate Cake ? hah mane2 lah janji rock .


tadaaaa......


haritu Liyana ajak ,
" Ohoohoii Anis , jom buat kek pulak nak nanti ? " 
aku bab kek kek ni ON jerr !
aku memang sukeee sangat buat kek dan makanan2 yg mendebab dan menggemukkan badan .
oh by the way , Anis tu aku la .
ok hai nama saya Anis . :)


*sambung cter*
so ktorang pun buat laa~
buat sambil borak2 , bertepuk tampar , lempang2 , sepak2 , terajang semua ade .
sebenarnye Liyana nak buat untuk jejaka dia yg bernama Izzul .
amboyoii bertuah kau ye Izzul . hehe
sementara tunggu kek tu siap dikukus , kitorang lepak2 kat belakang rumah dia .
belakang rumah dia mcm kebun . banyak sayur-sayuran dan buah-buahan yang terdapat di situ .
wei wei mcm ayat dalam buku wei .
haa dah . tak mau taip panjang2 . nak bubuh gambar je . heee~



pukul butter , gula , telur , tepung dan kawan2nye sampai lebam .


okeh siap masukkan dalam aluminium container

tutup dgn aluminium foil dulu tau untuk elakkan air menitik atas kek


siap kukus , then tuang TOPPING..

okeh siap .
sori laa camera 2megapixel je so gambar x cantik

kawan2 cuba la . kek ni senang je . 
cehh belagak . hahahaa
lepas buat kek ni , aku ambik aluminium foil tadi ,
koyak2 then buat bunga ros . . . tanpa tujuan . . .

koyak koyak koyak koyak

siap !

oh tak nampak ke ? ok tengok gambar yg bawah .

please laa cakap cantik . pleaseee pleaseee...
tangan aku memang berseni . waahahaha
( perasan kan?? )

wokeyy . anda dah boleh tekan butang close .









19 May 2012

sape lapar ? meh tengok sini jap

Assalamualaikum~


hai kakak2 abang2 adik2 yg suke masak tu , jom laa kongsi2 gelap cter masak2 jap ..
time cuti ni aku tau korang duk online je keje kan .
x pun ,
makan-online-tido-bangun-makan-online-tido-bangun blablablaaaa
ape kata , try2 la masak . isi laa masa korang yg banyak sangat tu kat dapur .
ke dapur pun korang x tau kat mane ? hohoo melampau tu


ade yg bagi alasan -
mak i dah masak , so i x payah la masak .
ok ok alasan baguih , tapi ape kata u x payah la masak lauk .
u buat la kek ke , muffin ke , cupcake ke , ...
mane tau kot2 sedap gile sampai ade orang order . bleh buat duit woo




tadaaaaa... cubaan pertama :)



haritu ade la sorang kawan aku ni pun suke masak .
she is Liyana . Liyana mane lagi kalau bukan Liyana Jasmay .
dari kecik kemetot aku kenal dia , memang dia suke masak .
hee gurau je kawan2 . bukan Liyana Jasmay la.
Liyana Jasmay tu kenal aku pun taakkkk .


dia ajak wat muffin . tapi bukan la muffin sgt .
nama mende tu Apam 3D . hooaa bukan movie je kau boleh tengok 3D tau ..
rupa dia ade la mcm muffin sikit . mcm cupcake pun ade . cuma xde hiasan .
tapi tetap comel !




ade yg gemok ade yg kurus sbb ktorang pun x tau bape banyak kuantiti kena letak .
xpelaa cubaan pertama :)

sebenarnye nak wat lain . bukan yg mcm dlm gambar kat atas ni .
nak wat hiasan sikit dan x plan pun nak wat kaler kaler camtu .
plan sebenar nak wat bentuk ladybird .
tapi entah la kenape ,
bak kata Liyana ,
"ni bukan ladybird . ni MONSTER !"
hahaha nak guling2 aku gelak .
maybe sebab adunan ktorang buat cair sangat .
so x jadi . tu yg ktorang wat kaler2 camtu je .
ape pun tetap sedap ! 




rasa mcm tgh wat pendidikan seni . haha


pembaziran . don't do this at home .

wokey . resepinye senang . bleh wat selalu .
bleh kawin dah ye Liyana . hahaha





13 May 2012

mama , i love you .

Assalamualaikum~


sempena hari ibu ni , satu entry dibuat khas untuk mama tersayang ..
to my Super Mom !!
Super Mom bukan macam superman . bukan jugak macam spiderman . apatah lagi suparman .
Super Mom lagi hebat dari super super yg karut tapi hensem tu .
Super Mom ialah seorang wanita .
wanita iaitu ibu . ibu yg hebat .
super mom is my MAMA !!
anis sayang mama!
bukan masa hari ibu je perlu ucap camtu , tapi hari2 .
cuma sempena hari ibu ni , anis buat special utk mama .


terima kasih atas segalanya mama .
kasih sayang yg mama curahkan tak pernah kurang .
dari anis lahir sampai anis dah tua2 camni .
hihi baru 21 okeyyy


these wishes are for you mama ,
Happy Mothers Day (13 / 5 / 2012)
Happy Nurses Day (12 / 5 / 2012)
and
Happy Teachers Day (16 / 5 / 2012)


Happy Mother's Day sebab you are my mommy and you are the best mother in the world !!


Happy Nurses' Day sebab you worked as a nurse before this and of course , mamalah nurse kami adik beradik kat rumah kalau kami tak sihat . kan kan kaaann...


Happy Teacher's Day sebab now you are a clinical instructor , mengajar nursing student . dan of course , mamalah cikgu kami adik beradik sejak kami kecik kemetot ..
nak kira 1 + 1 pun tak tau , mama ajar kami , sampai la skarang , bagi lah nombor ape2 pun , boleh je jawab . tarahal punye .
tapi pakai calculator la . haha


thank you for everything .


best moments with you
-buat kuih sambil borak
-borak2
-geletek sampai tak hengat dunia
-usik mama pastu tengok mama melatah
-menari sama2 kat dapur bila ade lagu2 lama
-kiss mama banyak2
-peluk mama kuat2
daaaaaan macam2 lagi :)
mama you are the queen of my heart


anis saaaaaayang mama sangat sangat sangat sangat sangat .




Happy Mother's Day mama .









11 May 2012

awak !

Assalamualaikum~


thank you awak !
selamat ulang tahun :)



saranghae Azam

ssshhhhhh~ hehe

09 May 2012

come here ! come here !

Assalamualaikum~


cik joy tengah tunggu follower yg ke-200 ..
hehe batak kan kan?
ade orang ckp , alahaii baru 200....
hahaa biaq pi la !
entah bila aku nak cecah 2000 plak mcm blogger lain .
ntah bape kali diorang blogwalking sehari?
aku blogwalking 10 kali sehari pun dah penat .
mcm btul2 berjalan la .
hehee ok thanks kawan2 sbb follow ...
senyum sikitttt :)

08 May 2012

mak lampir behrang 2020

Assalamualaikum~
(mcm biasa , aku tau korang tak jwb pun salam tu kaann.. haha jwb skarang!)


kawan2 yg duk kat behrang 2020 mesti slalu dgr cter hantu .
hantu pocong bergolek la , makcik bawak cerek la , pontianak buat catwalk la , toyol naik skateboard la , blablabla..
tapi penah tau x sebenarnye mak lampir tu wujud ?
adeee... wujud kat behrang 2020 .
bukan satu , tapi tujuh !
ade kat umah no 18 .
hahaa housemate aku lah tu .
jangan marah ye kawan2..
dah tu , kalau gelak , bukan mcm tujuh orang gelak .
tapi mcm tujuh puluh orang gelak .
aku je yg pendiam dan pemalu lagi tak banyak cakap .
HAHAHA


sebenanye lah kan , aku wat entry ni sebab ade laa sorang awek tu nak sangat aku mention nama dia kat blog ni .. aku pun pikiaq punya pikiaq .. mentol kat atas kepala aku pun menyala . siap kelip2 tukar2 kaler lagi .
tinggg! nak cter pasal hantu2 kat umah sewa laa .. so ini la dia ..


-mak lampir tujuh ekoq-


BAAAAAAA !!! tolong la tekejut nakk....


Min
kaklong ktorang. sbb lahir dulu .
cakap loghat perak .. aku suke usik dia sebab dia suke ckp "ye dok?"
hahaa tapi jari dia tajam . bila aku usik dia je ,
belobangggg pinggang aku dia cucuk .
merana kejap aku .
so Min ni mak lampir gerudi pinggang . hahaa


Iman
nama kau lagi?! hahaa tak aci ni .
hantu kalau bab wat lawak . ktorang pun hantu la kalau gelak .
jadi la mak lampir semuanya...
hiiiihihihiiiii~~~
ooopp! tapi kalau Iman ni , mak lampir versi korea la .
hahaha
febret foot food - ghoti planta kegheh taboq gula cicah ayaq milo


Oppie
mula2 masuk umah malu2 kambing . senyap je .
dalam hati aku , pendiamnye oppie ni .. mcm pemalu je..
pastu jengjengjengg...
mak lampir gak!! tapi mak lampir versi rock sikit .
slalu taknak makan , exercise guna tali skipping sampai bengkak2 kaki .
gile kental semangat kau oppie . tabik laa .
hahahaa ape pun , best borak dgn kau walaupun kejap je jumpe .
tak payah jadi pendiam sangat la . dah mak lampir tu mak lampir je .
hahahaha


Ezza
kalau duk umah dgn ezza ni , tak yah beli radio .
dia lah radio korang . hahaha ..
nyanyiiiiiii je keje . hantu gak ni . kalau dah gelak ,
amik kauu...
haa ni mak lampir kuat shopping Vincci .
hehehe


Aida
tuan kereta merah a.k.a drifter behrang 2020 .
jgn main2 woo . lu ajak gua race , gua on je !
kadang2 suke loyar buruk . tapi selalunye serious .
wuuu cer bayangkan mak lampir serious .
hahaha cun kan ?
comey je aida ni , ramai peminat . ecececeee...
dah2 gi amik kain tutup hidung . malu aku tengok lubang hidung aida dah berdiameter 88cm
heheheee


habiiissss.....~
itu saje budak2 umah aku...
(ade orang cari2 mane nama dia ..)
hahaha ni haa satu lagi mak lampir tertinggal .


Ayuni
ketua mak lampir . hahahah takde la gurau je .
jangan nak touching sangat . kate rock .
haaa ni kalau wat lawak , nak terkoyak mulut ktorang sbb gelak .
ni pun mak lampir versi korea .
step menari KPOP mana yg dia x tau ? semua tau beb !
copp copp! aku tak sure la ayuni ni versi korea ke versi siam .
orang pattani dia ni .
errr dia suruh aku cakap kat blog yg dia comel .
ok dah . hahaha


Aku
kalau mak lampir dengar aku gelak , mak lampir pun takut .
kan kan kannnnnn?
HAHAHAHAHAHA


jangan marah ye kawan2 . lek luuu cap kok luuu.....


(^.^) peace!!

07 May 2012

interview di petang hari

Assalamualaikum~


Alhamdulillah , selesai interview tadi .
kawan2 , doakan saya !
saya mahu sangat sangat sangat buat degreeeeeeeeee :)

serik !

entry luahan perasaan . hihihi


nah , amik balik ayat kau yg kau bagi kat aku masa aku ade masalah haritu ..
"banyak sangat masalah sebab banyak sangat dosa la tu .. "


yela.. aku la yg banyak dosa tu ..
kau langsung takde dosa kan sampai berani ckp orang camtu ..
tahniah tahniah !


tak perlu tengking , aku tak pekak .
tak perlu gaduh , aku bukan budak-budak .


nak marah aku lagi ? marah la .
tapi kau tukar la ayat . supaya jadi ayat matang sikit .
ayat kau haritu mcm ayat budak-budak gaduh je ..
tapi kalau kau nak marah aku lagi ,
aku akan diam je . malas nak layan perangai kau .
marah la sorang2 mcm haritu .
hahaha


ok blah .


aku tak berdendam .
tapi aku takkan lupa ayat kau tu .
serious takkan lupa. HAHA thank you .



06 May 2012

macam-macam di PSAS

Assalamualaikum~


baru je 3 hari lepas (3 Mei) habis paper Kejuruteraan Tapak (subjek gegar jantung) , dan itu la last paper untuk final exam sem 6.. lambat kan kitorang habis?
budak2 lain (terutamanya budak elektrik) dah bleh joget2 lambak kat umah ,
yg budak2 awam still dok pegang buku sambil tersengguk-sengguk...
macam biasa , tiap sem mesti budak awam yg paling sayang poli..
sebab tu habis lambat . hahahoho
tahniah tahniah !


rasa cepat je dah habis sem 6 .
teringat lagi time sem 1 . yes yes. MSK.. Minggu Suai Kenal .
KUAJAQ ! semua budak penat dan busuk tahap lori sampah kuasa dua .
ade yg tak mandi.. haaa aku tau tuuuu... hihihi
kenal dgn roomate nama Huda . comeyy orangnye .
suke loyar buruk . suke senyum . suke bergaya . cewahh mcm datin weh ! hihi ..
pastu wabak H1NI menggila.. ramai demam.. tapi poli x tutup.
-.-"
aku tau korang harap sgt poli tutup kaaaaan.....


masuk sem 2 plak , bajet dah senior sangat .
tengok budak sem 1 ,
wahahah!! padan muke kau , kena lari2 bawak payung PSAS !
amboi amboi.. belagak gile !
duduk sebelah Iman . wayar otak dia selalu tercabut .
suke conteng2 buku aku . botox muka aku rosak sebab selalu gelak dgn dia .
kadang2 sakit perut sebab tahan gelak dlm kelas. gila kau Iman ! hahaha


sem 3 plak , muka poyo bajet senior makin bertambah .
subjek pun makin pandai gurau kasar .
semua kelam kabut cari tempat practical .
dah dapat , tak bersyukur plak sebab elaun sikit .
hahaha banyak songeh btul budak2 zaman skarang .
termasuk aku . hihi


zaman practical ,
oo yeahh ! semua yg dpt elaun , pegi shopping , enjoy .
tak ingat nak simpan untuk bayar duit PTPTN oooiii...
same la aku . sep sikit ! sep sikit !


habis practical , sem 5 plak .
semua nak cter psl pengalaman practical . cter lawak ade, cter sedih ade, cter ntah hape hape pun ade .
piling lah , footing lah , bumbung lah , konkrit lah , BRC lah , longkang lah ,...
huii bagus2 semuanya . yg pastinya aku slalu dengar cter PONTENG !
hahaha ..


sem 6 ! amik kau , subjek cabut jantung .
kembang kecut hidung jawab exam .
dan sesi jejak kasih laa last day haritu ..
sedih pulak aku bila salam2 peluk2 kawan .
pasni ntah jumpe ke tak lagi .
tapi punca mata aku masuk habuk haritu sebab kawan yg bernama Aina .
sedih gile babas nak berpisah , maybe sebab aku sayang Aina tu . yela , aku kan lesbian .
weeee~
famous nama kau kat sini ekk !
heee ok bebeh ,
aku tau bosan gile babas laa baca menatang ni .
semoga berjaya ye kawan2 !
ok dah bye .


30 March 2012

untuk yg ber"couple-couple" tuuu..

Assalamualaikum~


jawab salam tu dulu.. :)
untuk pembaca yg ade pakwe / makwe / awek / boyfriend / girlfriend / gewe / scandal.. ha?! scandal?? sorry banyak , scandal tak tersenarai sebab aku
anti-scandal. hehee..
= scandal


contoh 1 :


pakwe : honey mummy cayang comey , tengah buat pe tu?
makwe : ye cayang darling hubby.. tengah mesej kawan.
pakwe : lelaki ke pompuan?
makwe : lelaki.. kawan i dari kecik lagi.. saje tanye kabar..
pakwe : suke2 kau je mesej dgn lelaki lain ! kite putus lah!!
makwe : ok2 i tak mesej dgn lelaki lain dahh..janji2 !!
pakwe : haa.. bagus! kau mesej lelaki lain lagi , kite putus!


contoh 2 :


makwe : cayang darling , u sayang i tak?
pakwe : ehh mesti laa sayanggg...
makwe : ok kalau camtu, i nak u delete seeeeeeemua kawan pompuan u kat FB, twitter, and contact number kat fon u.. kalau u tak buat camtu , kite putus.
pakwe : ohhh ape saje untuk u honeyyyy.. skarang jugak i delete.


contoh 3 (mesej) :


Boy : weeii ape kabar? lama x nampak kau.. sihat ke?
Girl : tolong jgn mesej aku lagi.. nanti pakwe aku marah.. bye.
Boy : piiirraah! ingat aku nak ngorat dia ke ape.....


kawan2 yg dihormati, 
jeles tu dah tentu ade. tapi biarlah bertempat.
jgn sebab pakwe / makwe , kawan takde.
mintak maap banyak2 pada yg terasa..
teruskan la control kalau kamu rase itu yg terbaik.
aku cuma bagi pendapat je. :)
tapi bagi aku,
jeles mcm mane pun, wat relax sudah kalau benda kecik2 setakat tanya kabar kat kawan biasa.
belum kawin lagi.. kalau dah kawin , takpe laa nak control2..
heehee maap skali lagi yee kawan2 :)
" takpe la, u gi la kawan ngan sape pun, i tak kisah asalkan jangan lebih2.."
haa kan sempoi gituu..hehehe...





18 March 2012

haa. . . skarang baru la aku boleh senyum :)

Assalamualaikum~


entry kali ni utk bagitau kat semua pembaca blog aku yg sangat ramai dan setia ni yg aku tgh happy. (padahal takde pembaca pun weii..)
ade orang ckp dlm hati, - ek eleh, tgh happy pun nak bagitau.
takpa, takpa.. hang tak suka toksah baca..


dugaan demi dugaan aku terima baru2 ni..
tapi dugaan paling berat bagi aku ade satu..
tensionnnnn!
aku boleh lagi gelak2 mcm biasa , tapi sebenarnye dlm hati ni Allah je yg tau..
semuanya pura2 belaka.
buat2 happy konon2 aku la manusia paling takde masalah skali..huahuaa...
hakikatnye, tiap hari bangun pagi, terus teringat sume masalah, problem dan trouble aku.
sampaikan satu hari , on la facebook , pastu post status.




hahaaa sedih sgt la tu...kikikiki..
ape pun thanks kpd kawan2 yg bg semangat n nasihat samada melalui facebook , call or msg :)
masalah problem trouble tu skarang dah settle..
legaaa n syukur sgt2..Alhamdulillah...
skarang ni , baru la aku boleh senyum dgn hati yg betul2 gumbiraaaa..
bukan senyum pura2 kura2 lagi..
terima kasih kpd semua yg membantu...


copp!! x abis cter lagi ni.


tenn tenn teeeeennnnnnn~~~
(wat muzik seram skit)
ade orang tu cakap, " Allah bagi dugaan kat kau ni supaya kau tu jadi kuat sikit.. jangan asyik tunduk je , jadi la berani.. jangan lembik je macam spender.. "
hahahaa walaupun ayat dia yg last tu mcm menyentuh sensitiviti , aku terima je nasihat dia tu..hehe




boring ek? ok2 jgn jawab. :P

25 February 2012

suara dari langit . scary~

Assalamualaikum~


cerita psl bunyi pelik dari langit belum tersebar luas.
jadi nak tolong sebarkan la ni.
mula2 mmg x caye. tapi sebab sampai masuk berita,
takut gila baq ang!
aku dapat tau psl ni pun dari Kak Mira (amboihh femes la you i letak name you!)
video first dari Kota Samarahan, Sarawak.
benda ni anda-anda semua kena amik serious sebab bukan warga Sarawak je yg dgr ,
tapi juga kat bberapa negara lain...
Canada, Sweden, England, Amerika, Denmark, Czech Republic, Hungary dan lain2.
(dan lain2 tu maksudnye sbenarnye aku x tau. hahaa)
ok ok aku tau korang taknak baca punye.
dah, pasang speaker kuat sikit , dan PLAY !
weii aku serious ni, tak tipu....cepat la play.....

SARAWAK


AMERIKA ( dengar clear punyaa )


ENGLAND


sesiapa tolong jelaskan bunyi ape tu !! scary !!
*banyak lagi video kat youtube .
search la strange sounds . ok choww



07 February 2012

harinya semakin hampir. goodbye forever . . .

Assalamualaikum~


ape yg ade dlm fikiran korang bila korang dapat tau someone yg dah lama tunggu korang akan kawin..
bukan lagi setahun, bukan lagi sebulan, bukan lagi seminggu. tapi lagi 3 hari.
ya, 3 hari.
sebelum ni dia care psl korang n selalu ckp dia akan tunggu korang.
tapi korang wat x tau je, xde respon, macam dia ckp dgn baboon.
baboon pun rasenye bleh bagi respon tunjuk gigi.
errr.. mcm ni ha.


say cheeeeeeeese!

amboi ganehnye Mr.Baboon ni... takot plak aku tengok...
ok ok berbalik pada cter tadi.
korang wat x tau je kan ,
sampai la satu hari , korang dapat tau yg dia tu akan kawin....
korang patut gembira atau sedih?
kalau korang dah ade bf / gf , so x perlu sedih2 sebaliknya perlu happy utk dia yg dah takkan tunggu korang lagi n akan happy dgn life dia pasni. =)
tapi kalau korang sedih jugak even korang xde bf / gf , sumenye dah terlambat...
haa sape suruh x jadi mcm baboon kat atas tu.
at least kalau korang bagi respon tunjuk gigi , nampak laa jugak korang punye suke yg teramat tu bila orang tu ckp dia still tunggu korang , ye dak?


habisss........


cop cop! alang2 dah buat entry camni,
aku nak amik kesempatan ni nak ucap tahniah kpd someone yg akan nikah 3 hari lagi...
kau baca ke, x baca ke ,
takpe , janji rock...


thanks utk semuanya.
maafkan salah silap aku kat kau.
kau dah jumpe jodoh kau.
aku happy utk kau.
aku doakan kebahagiaan kau dgn dia.
jgn lupe sengih mcm baboon tu time atas pelamin nnt..
semoga bahagia hingga akhir hayat......


haa aku ni bila plak?
tu kena tanye "abe" lah.
i malu lah ! hahaaaaaa ;P




cj7 sorang2... huuuu ciannyee~~


goodbye forever ~