07 March 2017

Braces - Zahida Dental

Assalamualaikum ~

Haa harini nak bercerita pasal pengalaman pakai braces.
Sebenarnya dah lama sangat nak pakai braces ni, sejak sekolah lagi tau.
Tapi duit tak berapa nak ramai, so tunggu je lah kumpui gaji sampai umur aku dah tak berapa muda ni baru lah boleh pakai braces.

Lokasi ?

Korang boleh search Zahida Dental .
Terletak di Seksyen 8 , Shah Alam .

Sebab pakai braces ?


Gigi aku rata, dan tak berlapis pun.

Tapi jong sikit hahah

Sakit ke pakai braces ?


Sebelum aku buat appointment untuk pakai braces ni memang boleh dikatakan setiap hari jugak la aku search pasal braces, and tanya kawan-kawan yang pakai braces.

Rata-rata yang cerita pengalaman kat aku, cakap pakai braces ni sangat sakit.
Sakit dia tu sampai 1-2 minggu.
Aku takut , tapi nak pakai jugak .
So aku fikir nak hadap je lah sakit tu .

Hari yg ditunggu-tunggu dah tiba .

Alhamdulillah , sakit . hahaha
Tapi !! Haa ada tapi .
Tak lah sakit yg teruk gila-gila tu .
Aku pasang braces pukul 3 petang . Lepastu aku siap boleh masuk office balik .
Kawan-kawan cakap, masa baru-baru pakai memang tak sakit , kau tunggu malam kang . Confirm sakit !! hahaa
Alhamdulillah , malam tu sakit sikit-sikit je .
Boleh tidur dengan lenanyaaa ...


Boleh makan apa je ?


Sebenarnya boleh je kot nak makan apa-apa pun .

Kecuali benda yg liat-liat macam chewing gum or chocolate macam Sneakers / Mars dan makanan yg keras.
Doctor cakap, apple pun boleh makan .
Tapi kena potong kecik-kecik .
Maknanya tak boleh gigit guna gigi depan .
Korang tau cerita Snow White ?
Kan dia makan apple pastu dia pengsan kan .
Kalau korang perasan , kesan gigitan kat apple tu menandakan bahawa dia gigit guna gigi depan .
Aku syak Snow White pakai braces jugak la .
Dia pengsan sebab sakit gigi . Heheheh

Boleh tutup mulut tak ?


Haa ni memang aku risau . Risau sangat !

Ni antara sebab yg buatkan aku fikir banyak kali nak pakai braces ke tak .
Alhamdulillah , boleh je tutup mulut .
Tapi kalau senyum mesti kena nampak gigi .
Kalau senyum tak nampak gigi macam pelik je .
Nampak macam aku nak nangis tapi duk tahan-tahan . Haaa gituu . hahah

Pastu lawak gila masa mula-mula aku nak minum air guna cawan .

Masa aku tengah minum tu , sshiiiuuuu air tu meleleh kat tepi mulut aku .
Maklumlahh .. Tak reti tutup mulut elok-elok lagi .
So bila minum , mulut bocoooqq ! hahaha

Selain tu ?


Masa mula-mula tu aku rasa susah nak cuci muka .

Bila cuci muka , mulut kita akan tutup ke dalam macam nenek-nenek yg takde gigi tu .
Haa buat la tuu  hahahah
Bila aku tutup mulut camtu rasa tak selesa sangat , pastu bila aku gosok-gosok pipi dan dagu aku lagi lah rasa tak selesa sebab berlaga-laga dengan braces dalam mulut ni .

Kemudian aku rasa macam sebutan huruf "S" macam lain sikit .

Contohnya kalau aku shebut ... Haa tengok ... kan dah tershashul .
Penangan pelat dia tu sampai taip pun boleh tershashul . kahkah

Pastu bila aku bercakap ,
orang mesti akan pandang je mulut aku .
Haihh rasanya nak kena pakai braces kat mata baru orang pandang mata .
hahhaha ok ok gurau guraauuu 


Meh nak cerita sikit dari mula ...

Memula sekali kena buat scalling .

Ngilu dia takyah cakap la . Terngiang-ngiang lagi bunyi benda alah tu bergesek kat gigi aku .
Paling-paling-paling-paling ngilu bila dia buat kat gigi depan aku ni .
Pehhh ngilu sangat-sangat sampai terangkat-angkat kaki aku .
Haha tapi nak buat macam mana , kena tahan je lah .

Ok lepas tu aku buat appointment untuk buat acuan pulak .

Aku kena gigit acuan tu lah .
Acuan ni dibuat untuk tengok bentuk gigi kau macam mana .
Sekejap je .

Lepastu pulak , kena buat x-ray .

Macam Zahida Dental ni akan keluarkan surat untuk buat x-ray kat DEMC.
So bila-bila free nanti boleh la pegi DEMC untuk buat x-ray tu kemudian hantar balik x-ray tu ke Zahida Dental tu .
Haa lepastu boleh set appointment untuk pasang braces .
Dup dap dup dap ....

Hari kejadian - - -


Nama aku dipanggil , maka aku pun baring la atas kerusi tu .

Mulut aku dipasang apa benda tah namanya supaya sentiasa ternganga .
Mesti buruk beno muka aku time tu hahaha
Laju betul dentist tu buat kerja . Bersilang-silang tangan dia atas muka aku ni .
Mula-mula dia akan pasang bracket dulu (kalau taktau mende bracket , sila google ye )
Aku selalu terfikir ,
cuba kalau masa dentist tengah buat tu kan , tetiba aku bersin .
camne ha? Dah le mulut ternganga , boleh ke bersin ? Kalau boleh bersin , macam mana agaknya muka aku ? Macam mana agaknya bunyi aku bersin dengan mulut ternganga tu ? Kan biasanya akan bunyi "Haaachum!" . So adakah bunyinya akan jadi " Haaaahaa!!" sebab tak boleh tutup mulut .
Haahhahah jauh gila tak aku fikir? abaikan abaikan .

Ok sambung .

Lepas je siap pasang bracket, aku kena kumur-kumur .
Haa masa tu lah aku rasa pelik sangat bila tutup mulut . Sebab aku boleh rasa ada benda kat gigi yg sentuh bahagian belakang bibir aku .
Tak selesaaa !
Pastu sambung baring , dentist sambung pasang wire yg melintang tu pulak .
Jangan risau , tak sakit pun ..

Lepas beberapa minit, siap !

Kemudian , staff situ bagitau apa yg boleh makan , dan apa yg tak boleh makan .
Cara-cara gosok gigi , dan seterusnya set untuk next appointment .

Haritu aku tak sempat nak lunch .

Sebab appointment aku patutnya pukul 1 petang , tapi nama aku dipanggil dalam pukul 3 petang camtu lah .
Lepas siap pasang braces tu aku terus balik office , so aku tak sempat nak lunch .
Lapo giler . Pukul 6 petang tepat aku terus balik rumah sebab tak sabo nak makan .
Aku sambar maggi je lah , nak makan cepat punya pasal .

Lepastu ha hamek kau ! Berselirat maggi tu kat celah-celah wire braces aku ni hahaha .

Gila tak selesa ! Kejap-kejap tengok gigi kat cermin .
Tapi habis jugak satu bungkus maggi tu .

Pastu malam tu aku makan nasi , lauk ayam apa tah la aku tak ingat aku masak apa .

Tapi yg pasti ayam la .
Alhamdulillah , boleh je nak makan .
Cuma bila aku kunyah , sakit kat gigi geraham .
So aku isap-isap je nasi tu kemudian telan .
Dari situ baru lah aku sedo diri , aku tak pernah bersyukur akan nikmatnya makan bila ada gigi geraham . Huhuuu

Biasanya aku makan mesti tambah .

Tapi haritu aku tak tambah pun sebab rasa macam susah je nak makan .
Ganggu mood aku sikit .
Pastu mula lah menyesal sikit . kuang kuang kuang ...
So lepas makan nasi yg tak berapa nak banyak tu , aku ambik roti gardenia krim coklat dan sexawan susu HL .
Aku cicah roti tu ke dalam susu kemudian gigit .
Wehh sakit jugak la rupanya !
Tapi relax , tak lah teruk sangat sakitnya tu .
Cuma rasa macam gigi depan aku ni sangat longgar tau .
Bila aku gigit je rasa macam sengal-sengal .
Nak gigit roti yg dah lembik kena susu pun aku rasa sengal-sengal .
Bayangkan kalau aku pegi gigit almari kayu aku tu .
Ehh takde keje pulak aku nak pegi gigit kayu kan ahahah

Pastu lebih kurang 4 hari camtu , sakit tu beransur hilang .

Aku pun try sikit-sikit makan makanan yang macam biasa aku makan .
Seminggu lepas tu aku makan McD haha
Boleh je nak makan burger , tapi aku koyakkan sikit-sikit la .
Aku rasa boleh je nak gigit guna gigi depan memandangkan gigi aku pun dah tak sakit masa tu .
Cuma aku risau nanti bergantung-gantung pulak cebis-cebis roti / daging burger tu kat braces gigi depan aku ni hahhaha .

2 Minggu Kemudian ..


Aku dah mula biasa dengan kewujudan besi dalam mulut ni .

Sebelum ni kalau aku rasa ada makanan tersekat kat celah wire braces ni mesti aku kena tengok cermin dan keluarkan cebis-cebis makanan tu guna brush .
Tapi lepas 2 minggu pakai braces , guna lidah je pun boleh keluooo . Haahaa

Sebulan Kemudian ..


Dah sebulan aku pakai braces ni .

Alhamdulillah dah selesa dah .
Esok aku ada appointment .
Risau jugak akan rasa sakit nanti .
Tapi dah itu yg aku pilih , so aku kena la hadap ye tak ?
Semoga aku tabah . hehee

Pesanan

Kepada korang yg nak pakai braces tu ,
korang kena ready mental .
Kena ada kesabaran haha .
Lagi-lagi yg suka makan .
Macam aku la . Sejenis suka makan apa saja (tapi tak gemuk-gemuk kihkihkih)
Masa mula-mula pakai haritu ,
aku rasa sedih , rasa stress sikit , rasa menyesal pun ada .
Sebab aku dah tak boleh makan sesuka hati aku .
Pastu bila makan , aku rasa tak selesa sangat sebab makanan berkumpul kat celah-celah wire braces ni .
Tapi lepas 2 minggu , Alhamdulillah , perasaan tu semua dah tak ada .
Aku dah selesa .
Jadi , korang banyakkan besabar yeee.. hehe




19 April 2016

Bercuti di Seri Pengantin Resort , Janda Baik

Assalamualaikum~

untuk siapa-siapa yang plan nak pegi bercuti area Janda Baik tu , boleh la singgah baca blog Anis nih. (panggilan nama Anis untuk entry kali ni sebab menghormati pembaca pangkat makcik-makcik atau pakcik-pakcik baca.. heheh)

Ok ni review Anis sendiri untuk Seri Pengantin Resort .

Anis ambik rate bilik yg biasa-biasa je memandangkan masa tu duit segan-segan nak ada , tapi gedik nak pegi bercuti jugak kan . haha
Jadi Anis ambik Deluxe Garden View , iaitu RM220 satu malam .
Sesuai lah untuk family Anis yang kecik ni .
Anis, husband, dan anak kecik sorang .

Kat web Seri Pengantin Resort tu sendiri ada bagitau ,
check-in pukul 3.00petang , check-out pukul 12.00tengah hari .
Jadi kami gerak dari rumah (Subang Airport) lebih kurang pukul 1.15petang .
Dalam pukul 2.25petang gitu lah sampai .
memandangkan check-in pukul 3petang ,
kami pegi makan dulu .

Keselesaan : 4/5
** Kureng 1 je sebab masa mula-mula tu tak dapat remote control aircond .
So beku lah kami dalam bilik tu .
Lepastu husband yang pegi ambik sendiri remote aircond dari staf kat bilik reception tu .
Pastu kadang-kadang elektrik bilik tu macam kejap kuat kejap slow , jadi lampu pun jadi terkelip-kelip bila power elektrik tu slow. Tapi satu saat dua saat gitu je ..

Kebersihan : 5/5
** Benda first Anis check kalau pegi mana-mana hotel adalah toilet .
Toilet Seri Pengantin ni sangat bersih dan selesa . Cuma lampu toilet dia je malap sikit .
Mungkin sebab nak menaikkan mood honeymoon buat pengantin-pengantin yang check in sini kot haha.. Dah namanye Seri Pengantin ye dok .

Kedamaian : 3/5
** Nak kata sunyi tu memang sunyi lah kan sebab jauh dari jalan raya , takdelah dengar bunyi motor ke lori ke kan . Tapi boleh dengar orang jalan-jalan dan bercakap-cakap kat luar .
Yelah sebab bilik lain sebelah-sebelah tu je .
Boleh bukak pintu ke balkoni kalau nak rasa damai sikit .
Tengok pokok-pokok bunga kat luar tu sambil dengar bunyi cengkerik . Hehe


Kemudahan : 4/5
** Kureng sikit laa . TV yang disediakan kureng cun sebab buatkan kami sakit mata nengoknya . Warna skrin hijau , kami adjust tapi gitu jugak ghopenyee ..
Comforter ada 2 . Selesa sebab tebal macam duk kat Korea gituu.
Almari baju ada 1 , boleh gantung baju-baju dalam tu .
Kabinet TV ada laci .. laici je takde hahaha
Meja makeup dan cermin disediakan .
Heater pun disediakan , so boleh masak air .
Teh , cawan , sudu pun ada . Tapi tak perasan pulak teh apa .
Towel yang disediakan sebanyak 2 helai , okay je kan .
Macam biasa la, sabun dan syampu disediakan jugak .
Water heater untuk shower berfungsi dengan baik .

Parking
Kawasan parking luas dan rata (tak berbukit) .
Cuma tak berbumbung .
Jadi jangan lupa bawa payung .

Makan
Tak silap Anis , Seri Pengantin Resort ni tak ada sediakan cafe untuk makan .
Kena keluar dari resort ni untuk ke kedai makan .
Kedai makan terdekat adalah berdekatan dengan Danau Daun Chalet .
Nama kedai makan tu Kopi n Kraf kot .
Tak ingat pulak nama kedai tu apa , lebih kurang gitu la nama dia .
Tak pun korang boleh teruskan perjalanan , ada gerai-gerai makan tepi jalan dan kedai runcit .
Kalau rasa nak makan maggi je atau biskut-biskut, boleh beli kat bilik reception je , so tak perlu keluar .

Aktiviti
Aktiviti yang boleh dibuat kat sini tak banyak .
Kat sini boleh mandi pool dan bagi ikan makan .
Kalau tak silap Anis , itu je lah aktiviti yang boleh dibuat kat resort ni .
Aktiviti lain macam ATV, mandi sungai, air terjun, mungkin kena keluar jauh sikit .
Kalau tuan-tuan puan-puan tengok kat blog-blog lain yang share pasal Seri Pengantin Resort ni ,
diorang ada mandi sungai .
Malangnya masa Anis pegi , sungai tu dah macam takde air . Takat buku lali je .
Jadi mandi kat swimming pool je la ..

Swimming Pool
Kat sini ada dua swimming pool .
Satu untuk dewasa , dan satu lagi untuk kanak-kanak .
Yang untuk kanak-kanak tu , airnya takat pinggang Anis je .
Tapi untuk dewasa , sangat-sangat dalam .
Anis ni kategori tinggi jugak lah orangnya .
Tapi memang tak boleh jejak lantai langsung .
Jadi masa tu macam takde siapa yang mandi situ , semua sumbat dalam pool kanak-kanak . hahaha
Air pool tu pulak adalah dari air bukit .
Kurang bersih sebab bila tengok betul-betul , boleh nampak keladak-keladaknya walaupun masa tu kami orang pertama masuk pool .
Tapi airnya sangat sejuk !
Jangan lupa bawa pelampung untuk anak-anak ya !

Kolam ikan
Kolam ikan terletak dekat dengan reception .
Korang boleh beli makanan ikan dalam bilik reception tu , RM1 sebungkus .
Lepastu , buat lah kenduri kat kolam tu ya !

Kat bawah ni Anis sertakan gambar-gambar bilik Deluxe Garden View .

Seri Pengantin Resort

ni pandangan dari luar , kat tempat parking

toilet yang bersih , satu toilet bowl dan satu bath tub



barang mandi yang disediakan , 2 helai towel , sabun dan syampu



simple je , tapi selesa


ni pandangan dari balkoni




itu jeee..
selamat bercuti !

:)

06 April 2016

Kelantan Negeri Teruk? Betul ke?

Assalamualaikum~

Sebenarnya dah lama nak cakap pasal ni .

Aku duk fikir-fikir je .
Sebab ni isu sensitif .
Tapi sebab aku tengok macam makin menjadi-jadi , aku tulis jugak lah .

Contoh #1

A : Eh Senah baru kawin kan , aku pegi kenduri dia. Apsal kau tak pegi?
B : Aku ada hal haritu..
A : Ooo yeke.. Tapi laki dia orang Kelantan...
B : Yekeee

> Kenapa perlu ada perkataan "tapi"?

dan kenapa tetiba je cakap laki dia asal dari Kelantan sedangkan tadi kau tanya pegi ke tak kenduri dia kan.
haa nampak?

Contoh #2

A : Tu yang tudung oren tu staf baru weh . Baru masuk harini .
B : Ooo yeke. Dia department mana?
A : Dia department Account . Orang Kelantan....

> Kenapa tetiba kau bagitau yang si tudung oren tu orang Kelantan? Si B tu takde tanya pun..

Seolah-olah negeri asal si tudung oren tu sangat pelik . apakah??? mengapakah???


Contoh #3

A : Kau nii bila nak kawin ni . Aku tak sabar nak makan nasi minyak kau.
B : Nak kawin apa nya , calon suami pun takde .
A : Harraz Danial Darwish Naufal Rayyan Beckham tu kan nak ngorat kau . On je lah .
B : Ehh taknak lah . Dia orang Kelantan lah . Kang tak terjaga la rumah aku, sepah2 , kotor . Orang Kelantan pengotor kottttt !

> Seriously? Orang kelantan pengotor? Buktikan !


Contoh #4

A : Weh tahniah ! Dah bertunang dah kau ! Tunang kau orang mana?
B : Thanks... Orang Kelantan..
A : Wooo.. habis lah kau .. kena cakap Kelantan lah kau nanti ..

> Kalau kawin dengan orang Kelantan je ke kena cakap Kelantan?

Kalau tak cakap Kelantan , batal ke kawin tu? ke dosa? kehkehkeh

Contoh #5

Korang ingat lagi tak perempuan yang gaduh sebab rebut lelaki tu?
Alaa yang rambut kuning , muka putih gebu gebas tuuu .
Dalam video dia yang viral tu dengar macam bahasa Kelantan .
Yang aku pelik , kenapa tajuk-tajuk yang orang share kat facebook tu kebanyakannya "Gadis Kelantan Gaduh blablabla"
Kenapa perlu mention Kelantan kat tajuk tu ?
Kenapa kalau negeri lain buat hal , takde pulak jadi macam ,
"Lelaki Selangor ragut blablabla"
Takde kan ??


Haa boleh paham tak apa yang cuba aku sampaikan?

Negeri Kelantan ni macam dipandang serong .
Tak boleh silap sikit .
Kenapa jadi camtu ?
Pada pandangan aku ,
Orang Kelantan ni bahasa dia pekat , mungkin ramai yang susah nak paham bila diorang bersembang .
Dan ada antara diorang yang susah nak cakap bahasa keyy ellllll korang tu sebab bahasa diorang pekat sangat .
Disebabkan itu , diorang pun hanya bercakap/bersembang dengan sesama diorang je .
Senang ! Nak buat lawak pun , sesama diorang je paham .
Kang buat lawak dengan korang , korang tak paham lawak tu . Takde lah CHIAA CHIAAA . krik krik lah jadinya .
Tapi ada dari kalangan korang ni sesedap rasa label diorang ni berpuak-puak hanya sebab taknak sembang dengan korang .
Ambik contoh camni , korang pegi kenduri dengan family/kawan korang , ada ke korang tetiba pegi tegur orang-orang lain yang duduk kat meja lain? Dah la tak kenal , nak tegur-tegur . Ntah-ntah kenal pun tak tegur . Korang mesti lah duduk sama-sama dengan family/kawan korang je kan . Takde nya korang pegi duduk kat meja lain . Kalau boleh nak jugak duduk semeja kan?
Mungkin ada lah sekerat dua yang friendly tegur-tegur sana sini , tapi tak semua kan?
Sama lah macam orang-orang Kelantan yang korang kata berpuak-puak tu .
Cuba lah korang fikir positif sikit. Cuba korang tegur orang-orang Kelantan ni terlebih dahulu . Confirm diorang akan cakap dengan baik .


Yang paling aku menyirap bila ada yang cakap orang-orang Kelantan ni pemalas , pengotor , pesepah , peserabut dan segala pe-pe lagi .

Bukan lah aku nak backup orang Kelantan sebab suami aku orang Kelantan .
Tidak sama sekali okay ! Kalau suami aku orang negro pun aku akan cakap jugak Kelantan sebenarnya tak yang macam korang fikir tu !
Orang Kelantan pengotor?
Orang Kelantan pemalas?
Please la korang . Kemon la .
Adil ke korang label orang Kelantan camtu sedangkan tak semua orang Kelantan camtu .
Of course la ada yang pemalas pengotor .
Kenapa? kat Penang takde langsung orang pengotor pemalas ke? kat KL takde ke? kat Johor? kat negeri-negeri lain takde langsung ke?
Apa yang membuatkan korang cakap diorang tu pengotor?
Pernah duduk sekali ke? Atau korang penah kawin dengan SEMUA orang Kelantan?
ahaha soalan macam lawak-lawak . tapi aku serious ni .
*muka serious*
Yelah , korang cakap tu sure sangat macam pernah duduk sekali je aku tengok ....

setakat ni Alhamdulillah , suami aku selalu kemas rumah , bangun awal , uruskan anak , cuci toilet blablabla

aik aku buat apa? aku pemalas ! aku tengok je suami aku uruskan rumah sambil makan kuaci . ahahaha korang taknak cakap aku ni orang Kelantan ke?

Sebenarnya dia pemalas ke, pengotor ke, peserabut ke,  perpustakaan ke , bukan disebabkan oleh negeri asal dia . Ia adalah dari didikan mak ayah .

Macam mana kau didik anak kau , begitulah anak kau nanti, InsyaAllah .
Apahal tetiba korang cop-copkan orang Kelantan gini, orang Kelantan gitu ?
Alhamdulillah suami aku sangat rajin orangnya sebab didikan mak dan ayah dia , walaupun mak ayah dia dua-dua asal dari Kelantan .
Jadi masihkah korang nak cakap orang Kelantan camtu?
Contoh terdekat dah tu aku bagi .

Alah kita-kita ni pun yang asal dari negeri lain pun ntah-ntah pengotor .

Tapi sibuk cakap orang Kelantan jugak yang pengotor .
Kemon la .

Lepastu tak habis-habis cakap kat Kelantan jalan rosak , jalan teruk , tak maju .

Eh kat KL tu kau ingat semua jalan elok ?
Apa kat KL tu kalau jalan berlopak tutup sendiri ?

A : Jalan kat Kelantan semua teruk-teruk .

B : Tak la , cantik je jalan dia. Okay je .
A : Teruk lah . Kau pegi jalan yang kat mana yang elok tu?
B : Kat Kota Bharu .
A : Oo memang lah okay, itu bandar . Cuba kau pegi tempat yang hulu-hulu sikit . Teruk weii jalan dia ...

Eh eh . dah kata hulu-hulu , memang lah jalan tak cantik .

Alah kat KL tu kau ingat semua tempat hilir-hilir ke ?
KL pun ada tempat hulu . dan kau tengok lah jalannya macam mana .
teruk jugak .
Habis kau expect apa sebenarnya kat Kelantan ?
Semua jalan disaluti emas baru kau nak cakap jalan kat Kelantan elok ke cane?

Serious lah aku cakap , sebelum aku jejak Kelantan memang aku percaya bulat-bulat cakap orang yang jalan kat Kelantan teruk . Korang punya sembang tu sampai buat aku bayangkan kalau minum air dalam kereta mesti tumpah-tumpah sebab jalan tak rata, atau bila bercakap dalam kereta jadi macam penyanyi opera sebab banyak vibrato . haaa sampai camtu tau .

Aku memang tak pernah pegi semua tempat dalam Kelantan .
aku banyak pegi area Kota Bharu je .
Okay-okay je jalan dia . korang nak main roller blade atas jalan tu pun tarahal .
Nak suruh aku pegi area hulu Kelantan untuk tengok jalan teruk ?
Tak payah . sebab kat KL yang dibangga-bangga tu pun ada jalan teruk .
Jadi , sama je .


Nak kata orang Kelantan taknak campur negeri lain ?

Eh kawan-kawan suami aku punya isteri kebanyakannya dari Kelantan .
dan kalau jumpa masa raya , memang aku dikelilingi orang-orang Kelantan .
Jujur la cakap , semua friendly , sembang-sembang dengan aku elok je .
Diorang try control bahasa diorang supaya aku mudah paham . Biasa lah kadang-kadang terlepas jugak perkataan-perkataan Kelantan . Normal lah .
Give and take . Bila diorang try cakap bahasa sini , aku jugak selit-selit perkataan Kelantan .
Baru nampak keserasian gittewww ahaha . Korang yang tak pandai nak join . huh !

Korang baru dengar perkataan Kelantan sikit , dah buat-buat serabut kepala otak .

Tak paham langsung katanya .
Korang yang malas ambik tahu . Padahal perkataan simple-simple je macam
"Nok makey tepak sekalo ko?"
Cuba lah jalan sikit otak tu kalau dengar .
Paham sikit-sikit takpe dah . Boleh agak dia cakap apa .
Buat-buat tak paham langsung konon . Padahal malas ambik tahu .
Eleh , bahasa Korea tu kemain korang siap google-google bagai .
Siap belajar tulisan Korea . Gedik ahahaha

Ok.. setakat ni saja lah..

Sesiapa yang terasa tu , maaf lah ye bahasa agak kasar .
Ubah la persepsi korang pada Kelantan .
Bosan dah aku dengar .

sekian, terima kasih .....




30 April 2015

Aku Berpantang - Caesarian

Assalamualaikum~

dah nak masuk 3 bulan lepas aku bersalin secara caesar..
harini nak cerita pasal berpantang .
ok aku bagitau awal-awal yang aku ni tak lah pantang sangat .
so sesiapa yang nak berpantang betul-betul nanti atau agak-agak boleh rasa sakit hati dengan entry aku ni , mohon jangan baca ok . peace!

orang kata jangan makan ayam, nanti gatal .
orang kata jangan makan seafood, nanti gatal jugak .
orang kata jangan makan sayur kangkung, nanti angin .
orang kata jangan makan pisang, nanti angin .
dan macam-macam lagi lah

tapi semua jangan di atas bagi aku tak semua orang boleh pakai .
aku makan je semua tu .
Alhamdulillah tak ada gatal ke angin ke..
aku tak kata semua tu salah , ada jugak kawan aku yang makan jadi badan berangin .

tapi aku musykil..
kadang-kadang aku ada dengar orang cakap ,
" makan kangkung satu badan berangin ..bentan ."
errrrr apa yang aku pelik ialah ,
macam mana dia tau punca badan dia berangin tu sebab makan kangkung?
adakah satu hari suntuk tu dia hanya makan kangkung?
atau sebab dia dengar-dengar orang cakap kangkung berangin so tiba-tiba badan dia pun berangin?
*mindset*

kalau aku la ,
satu hari suntuk tu aku hanya makan kangkung kemudian badan aku berangin maybe yesss aku akan cakap puncanya ialah kangkung.
tapi kalau satu hari tu aku makan kangkung, nasi, sup, sawi, ikan, dan lain-lain aku rasa macam tak patut salahkan kangkung. hahahaha
so dari mana datangnya teori kangkung itu berangin?
sejauh mana kebenaran dia?
dan adakah semuaaaaaa orang yang makan kangkung akan badan berangin?
bagi sesiapa yang tau jawab soalan-soalan aku ni sila la jawab ye .
tapi dengan syarat jangan marah-marah...hahaha

serupa macam kes "jangan makan ayam nanti gatal"
kenapa salahkan makanan itu saja?
pasti tak memang puncanya ayam?
dan... pasti tak luka jahitan tu tak basah atau tak terkena infection yang menyebabkan gatal dan bukanlah sebab ayam?
yela, macam luka-luka biasa lah , kalau basah mesti ada gatal-gatal sikit kan ..

satu lagi yang paling aku rasa macam whaaaaat?
"jangan makan roti nanti badan kembang sebab dalam roti ada yis"
kalau betul la makan roti nanti badan kembang sebab ada yis, maknanya bukan orang yang lepas bersalin je tak boleh makan roti . malah orang yang tak bersalin atau orang lelaki pun tak boleh makan roti sebab nanti badan kembang .
yelah , yis dalam roti bukan hanya wujud bila orang lepas bersalin nak makan je kan?
hehehehe nampak macam ayat aku ni boleh mewujudkan kemarahan .
tapi relax la .. aku kat sini hanya bagi pendapat je . jangan marah naaa....

dan "jangan minum air banyak nanti buncit.."
mak datuk..... air tu sangat lah penting .
lagi-lagi untuk ibu yang menyusukan anak .
pandai-pandai lah sesuaikan diri , jangan lah minum sampai kembung ..
minum lah sikit-sikit tapi kerap ..
kata ikut sangat pantang , so pakai lah bengkung .
InsyaAllah tak buncit ..

haaa tengok tu.. ada yang tak setuju .
it's ok.. aku bukan kata tulisan aku ni fakta .
dan aku jugak tak kata segala pantang-pantang tu fakta .
bagi aku , pantang-pantang tu semua ikut atas badan sendiri .
kalau rasa makan ayam atau seafood tu buatkan luka jahitan gatal ,
so jangan makan .
tapi pastikan satu hari tu anda hanya makan ayam atau seafood tu saja barulah anda boleh cakap yang ayam atau seafood tu puncanya .

lagi satu ..
orang kata dalam pantang " jangan buat kerja berat , baring saja.."
ini mungkin aku setuju . tapi yang baring saja tu aku tak setuju .
buat kerja-kerja berat lepas bersalin memang bahaya,
peranakan boleh jatuh sebab masih lemah .
tapi jangan la satu hari suntuk tu asyik baring je .
latih lah diri untuk bekerja sikit-sikit supaya darah berjalan dengan lancar .
heyy darah mana boleh jalan :P

cuba bayangkan anda berpantang seorang diri .
takkan nak baring je .
baby siapa nak jaga? rumah siapa nak kemas?
baju yang anda pakai siapa nak basuh?
baju baby siapa nak basuh?
baby siapa nak mandikan?
anda? tak mandi ke? busyukkkk! kikkikiki
so... buat lah kerja rumah tapi slow and steady ..
gittewwwww....
sebab , mesti ada orang yang berpantang sorang-sorang .
cuba tanya dia siapa yang buat semua? dia ikut jugak ke baring atas tilam je?
mesti tak kaaaan.....

aku tak kata aku tak percaya langsung pantang-pantang ni ye .
masa aku baru-baru lepas bersalin,
aku makan semua .
aku amalkan minum air masak setiap 15 minit sebab haus sangat sangat sangattttt .
aku pakai stokin,
pakai pilis (tapi selalu lupa , husband yang ingatkan hahaha)
pakai bengkung,
berurut,
bertungku,
mandi air daun apa ntah namanya aku tak tau,
mandi air suam.
semua aku buat cuma bab makan je aku tak ikut sangat .
haaa ada yang kata ,
" sekarang tak rasa lagi sakit , nanti belum tua lagi dah sakit-sakit badan.."

InsyaAllah aku sihat ...InsyaAllah ....

dan yang membuatkan aku kurang percaya pantang ialah ,
1- ada kawan makan semua jugak tapi luka jahitan dia ok (tak gatal dan tak bernanah)
2- ada kawan yang terlalu ikut pantang tapi badan dia semangatttt dan semakin kembang . bukan ke korang korang korang cakap kena pantang betul-betul supaya tak buncit , tak kembang ?
3- ada jugak kawan kepada kawan punya kawan yang berpantang sangat tapi masih sakit-sakit badan .
4- mak aku nurse (memang tak pantang) dan mak mertua pun tak pantang sangat . diorang kata makan je jangan tinggal makanan yang berkhasiat macam protein dari ayam, vitamin dari buah-buahan.

so pada pendapat aku ,
berpantang yang bagus dan aku percaya ialah pantang ais sebab orang yang tak bersalin pun kalau kerap minum air berais memang boleh buncit apatah lagi orang baru lepas bersalin dan pantang buat kerja berat sebab rahim masih lemah, peranakan boleh jatuh..
tapi pantang-pantang lain terutamanya bab makanan aku kureng percaya sikit sebab bagi aku ,
makanan-makanan tu semua sama ada ok atau tak , bergantung pada tuan badan sendiri .
pastu sakit-sakit badan tu aku rasa tak semestinya sebab dia tak berpantang .
mungkin sebab kekurangan calcium ke apa ke kan ..hahahaha pandai-pandai aku je :P

pls pls pls jangan marah ye kakak-kakak makcik-makcik....
lagi sekali saya cakap, saya tak kata pantang-pantang tu semua tak boleh pakai yee...

pasal berpantang ni sama je konsep macam makanan semasa menyusukan anak .
orang kata " makan lobak putih boleh banyakkan susu badan "
ada orang makan lobak putih memang susu dia semakin banyak .
tapi ada jugak orang makan lobak putih susu badan dia semakin kurang .
nampak tak?
badan orang tak sama semuanya ..

ok itu saja....
selamat berpantang kepada yang tengah pantang ,
dan kepada yang kureng berpantang atau yang tak pantang langsung atau yang malas berpantang atau yang tak tau langsung nak berpantang, jaga diri elok-elok , jaga kesihatan , makan lah makanan yang berkhasiat . jangan asyik nak makan jajan pulak .

ok tata
:)


16 March 2015

Pengalaman Belah Perut Demi Seorang Puteri

Assalamualaikum~

Alhamdulillah..
Aku dah pun selamat melahirkan seorang anak perempuan..
Haa ni nak cerita pengalaman ni..
Sempat la menaip sementara budak kecik ni tengah tido .

Aku lahirkan dia secara caesar .
Sebab apa caesar?
Aku dah pun cerita kat entry lepas.
Oo tak baca ea? Hahaha
Bajet ramai pembaca betul aku ni kan haha
Sebabnya, baby aku ni besar. Sebab tu kena caesar..

Ahaaa mesti ada orang cakap,
" Ooo caesar... Senang la kau.. Tak sakit.."
Ooopp!! Stop di situ!
Siapa yang cakap camtu,
Anda silap sama sekali !
Memang .. Selalu orang pandang rendah kat orang yang beranak caesar ni. Katanya tak sakit.
Haa cantik sikit ye, sakit tau tak.
Meh sini nak ceramah.

Pagi2 pukul 5 pagi lagi nurse dah kejut suruh bangun mandi sebab sama ada pagi atau tengah hari dah nak kena operate.
Tau tak aku buat apa?
Hahaha lepas mandi aku makeup hahahaha!
Kononnya taknak nampak pucat lepas bersalin nanti.
Yelah, aku kan masuk Pureen Chak Chak.
Hahaahahaha bajettt !!
* masa siapkan barang masuk beg haritu siap ada ruang untuk simpan makeup. Hahah
Alaa bukan makeup teruk2 pun.. Foundation, compact powder, eyeliner dengan lipstick je..
Hihihi :P

Lebih kurang pukul 1 petang camtu,
Tengah sembang2 dengan husband,
Tiba2 dua orang nurse datang dengan katil.
Nak tolak aku pegi bilik bedah.
Homaigodd masa tu terus rasa gemuruh.
Tapi muka buat2 senyum.

Sampai depan bilik bedah,
Aku pun mintak ampun n salam husband..
Syahdunya masa tu..
Sikit lagi je nak ada sungai kat pipi tapi sedaya upaya aku tahan. Hahahaaa

Dah masuk dalam bilik bedah tu, aku tengok semua doktor dgn nurse macam dah ready.
Aku kena duduk untuk inject epidural kat belakang aku.
Lepastu mula la rasa kaki berat.
Doktor tu suruh aku try angkat kaki.
Tapi tak boleh.
Tu maknanya aku dah dibius cinta.
Eh eh.
Maknanya aku dah dibius daripada pinggang sampai kaki.

Aku pun baring pandang lampu yang tergantung betul2 atas perut aku sambil dua2 tangan aku dipasang apebenda ntah namanye aku pun tak tau hahaha.
Dari lampu tu aku boleh nampak doktor dgn nurse duk pas-pas pisau la gunting la pengepit la cekodok la dan macam2 lagi.
Tapi tak nampak bahagian perut aku yang bakal dibedah tu.
Alaa baru nak tengok macam mana baby keluar. Hehehe

Tapi kan..
Haa ni seremmss sikit ni.
Masa doktor tu nak toreh perut aku,
Aku rasa ketajaman pisau tu.
Sakit la..
Aku pun terus cakap,
" doktor, saya sakit. "
Pastu semua macam terkejut.
Semua stop kejap tunggu 5 minit .
Katanya maybe bius belum betul2 berkesan.
Pastu dah 5 minit, doktor toreh lagi sikit.
Aku still rasa pedih2. Huaaaa scarynyaa...
Pastu aku kena ambik bius gas, kena sedut la.
Alaa yang macam dalam tv tuuu... Hahaha
Terus aku rasa lalok..
Lalok tau lalok?
Sakit pun dah hilang,
Maka diorang pun teruskan membelah perut ni......

Pastu aku tengok kat cermin,
Sarung tangan doktor semua dah penuh darah.
Aku cuma rasa badan aku goyang2 je ntah apa yang diorang godek ntah.
Sambil2 tu aku berzikir, doa tak henti2 supaya Allah selamatkan kami. Walaupun lalok gila tapi alhamdulillah aku boleh ingat doa dan zikir sambil selang2 dengan mengucap dua kalimah syahadah..

Tiba2 salah sorang doktor cakap,
" Puan, tahan ye. Yang ni senak sikit. Tahan ye . "
Pastuuuu
Aku rasa macam nak meletup jantung aku.
Diorang tekan2 bawah dada aku kuat2 .
Sampai aku tak cukup nafas tahan sakit tu.
Maybe diorang tekan2 bawah dada untuk keluarkan baby kot..

Pukul 2.10 petang,
Buat pertama kalinya aku dengar suara ANAK aku menangis.
Wehh serious laaa aku pun terus menangis time tu jugak.
Tak henti2 sebut alhamdulillah :')
Dah keluar dahhh baby mama ayah niii..
4.32kg haaaa...

Nurse tu pun letakkan baby atas dada,
Sementara tu doktor tengah jahit perut aku.
Masa tu aku dah tak kisah dah pasal perut.
Kau nak jahit, jahit la.
Aku fokus kat baby je.
Aku cium2 dia .
Ini laa yang aku bawak selama 39minggu 5 hari dalam perut tu..
Ini laa dia..
Disebabkan husband aku tak boleh masuk bilik bedah,
Aku sebut kalimah Allahu Akbar dan Lailahaillallah kat telinga dia dulu.
Biar dia dengar nama Allah, tuhan kita.

Lepas siap semua, nurse pesan yang kesan ubat bius tu boleh buat aku muntah.
Tak boleh bangun, tak boleh makan dalam masa 6 jam.
Dah la masa tu aku haus yang teramat sangat.
Tapi lalok tu tak habis lagi.

Dah keluar dari bilik bedah baru nampak muka husband aku yang hensem tu hahaha
Abang please jangan kembang ok :P
Dia ikut aku kena tolak katil masuk wad balik.
Haa masa ni terseksa sikit.
Dah la haus sangat2.
Muntah2 pulak tu.
Bayangkan la perut baru kena jahit pastu muntah2.
Muntah plak tak boleh bangun.
Kena muntah sambil mengiring tau !
Tak dibenarkan bangun.
Peritnya masa tu.
Rasa macam jahitan nak terbukak sebab bila kita muntah kan perut jadi tegang .. Fuhhh

Lepas je 6 jam aku terus bedal air kosong.
Paling best masa tu minum air panas. Bukan air suam tau.
Air panas. Rasa lega sangat .
Haus dia lain macam tau.

Esoknya aku dah try jalan sendiri tapi husband aku tolong pegang sikit yela kot2 aku tak berapa kuat lagi kan.
Bila husband dah balik pun aku try lagi jalan pegi toilet.
Kononnya nak bagi nurse nampak yang aku dah ok dengan harapan boleh balik awal.
Hahahaha

Lusa tu doktor check bekas operate tu,
Luka aku ok! Cun!
Aku dengan baby pun boleh balik... Yeayyy!!!

Tapi lepastu serangan sakit belakang pulak dah..
Doktor kata tu kesan ubat bius.
Sobss..
Susah sangat nak bangun tau.
Nasib baik ada husband yang katang dan sado.
Hahahaha!!

Lepas 3 hari, aku dah boleh jalan macam biasa.
Sakit belakang pun dah hilang.
Kawan2 yang datang melawat pulak yang suruh aku jalan slow2.
Alhamdulillah kekuatan ni semua Allah yang bagi.
Dah start masak pungpangpungpang dah .

So kepada ibu2 yang bersalin secara caesar.
Ibu2 semua tak perlu takut nak jalan lepas bedah.
Memang sakit, tapi takde terbukaknya la jahitan tu kalau jalan macam biasa.
Percayalah!
Nak mandi pun jangan takut.
Tak sakit pun tempat jahitan tu kalau terkena air.
Kan lagi bagus luka tu kena air dan sabun.
Sebab pernah terbaca dalam blog seseorang, dia mandi dalam keadaan macam rukuk dalam solat tu sebab taknak bagi air terkena kat tempat jahitan.
Tak perlu macam tu ye ibu2..
Sila la mandi macam biasa pastu keringkan betul2 .
Tak kisah la guna kain lap ke... Guna hair dryer ke.. Jangan guna iron sudah hehehe

Ok la. Itu saje.
Nanti entry untuk berpantang lepas caesar pulak ye.

Assalamualaikum!