29 January 2015

38 Minggu Dah :)

Assalamualaikum~

38 minggu !
berdebarnyaa.. sebab anytime je boleh terbersalin ni hihihi ..
nervous campur tak sabar nak jumpa baby .
nak peluk baby :)

tapi yang peliknya aku belum ada rasa sakit contraction lagi ..
yelah , ada kawan tu masa 34 minggu lagi dia dah rasa sakit-sakit macam nak bersalin .
tapi aku takde pun .
risau jugak ni sebab taknak kena induce !!

dari buat buku pink sampai lah ke 38 minggu ni memang aku pegi checkup kat klinik yg sama je .
Klinik Azlina & Sharifah nama klinik tu .
tiap kali checkup memang dengan Dr. Azlina .
best .
best sebab cara dia . buat aku selesa nak tanya apa pun .
lepastu dia membebeeeel je .
sebab dia betul-betul care pasal patient dia .
friendly sangat . aku ni dah la kuat gelak .
kadang-kadang tu gelak kuat gila dalam bilik dia tu selamber je .
dah macam kawan-kawan dah hihi

tunggu hari je ni nak bersalin ..
dia bagi nasihat macam-macam .
bagitau cara bernafas masa teran nanti .
pastu selalu ingatkan aku supaya tak tinggal solat , selalu berzikir .
terima kasih doktor !!

sekarang ni berat baby mungkin dah 3.5kg dalam perut ni .
sebab scan 2 minggu lepas 3.4kg .
sakit belakang wooo ..
nak bangun dari baring takyah cakap la dia punya sakit tu .
aduhaiii rasa nak meraung je bila nak bangun dari katil .
tapi sabo saboo ..
husband dah ajar kaaan takmo huaahuaaa kalau sakit hihihi ..
so bila nak bangun dari baring tu memang aku pejam mata rapat-rapat pastu ketap bibir je .
sakit sangat sangat tau . 
haaaa belum sakit nak bersalin lagi tu .

ok lah .
waktu rehat pun dah habis .
nanti aku update lagi .
jommm sambung kerja .
k boiiiii

16 January 2015

36 minggu . Menunggu Hari :)

Assalamualaikum~

haii harini dah 36minggu lebihh..
haa baby dalam perut ni pun aktif sangat sampai berlaga-laga perut aku dengan meja ni ha..
hehehe

barang semua dah ready .
menunggu hari je la ni .

haritu scan masa 36minggu berat baby dah 3.1kg .
berat kan ? ke biasa je ?
bagi aku dah berat dahh ..
sebab tu sekarang ni aku harap dapat bersalin dalam masa terdekat ni .
walaupun nervoussssss sangat !

bila baby dah makin berat ,
tido pun kurang selesa .
sakit-sakit badan . 
kadang-kadang tu sakit sampai rasa nak menangis pun ada
hehehe cengeng sangat kan .
baru la dapat rasa pengorbanan mama aku :')

tunggu kehadiran orang baru ni memang excited .
kalau pegi kedai baby ke expo baby ke ,
rasa macam nak beli semuaaaaa ..
sebab semuanya comel
excited punya pasal , masa aku lipat baju baby untuk masukkan dalam beg ,
aku cium cium baju tu siap timang-timang lagi .
BAJU JE plak tu hahahaa
kuat berangan laa aku ni

Alhamdulillah husband pun sangat memahami .
kalau aku tak larat tu ,
dia tolong basuh baju , tolong sidai baju , basuh pinggan .
tak payah suruh . memang dia dah tau apa nak buat . :)
ehhh masak pun ada !
hehhh baru ku tahuuu laki aku ni pandai masak .
kemain sedap lagi haa..
kalau hari-hari dia masak boleh gemuk aku hihihi

dan Alhamdulillah ..
walaupun dah 9 bulan , aku larat lagi nak masak .
pastu pulak tengok husband berselera makan ,
alahaiii sejukkkk kuali aku .
orang selalu cakap sejukkk perut kan .
tapi aku tak boleh lagi . kesian kat baby sejuk hahahaa

ok lah .
doakan la aku ye .

tata




08 January 2015

35 Minggu dah :)

Assalamualaikum~

harini dah pun masuk 35 minggu lebih ..
lagi beberapa hari je nak masuk 36 minggu
di mana bila dah masuk 36 minggu means get ready je lah untuk bersalin ...
wuwuuu
sesungguhnya aku belum betul-betul ready .
ye ye je muka aku ni macam over confident padahalll....

budak kecik ni pusing agak lambat ..
pusing tu maksud aku , kepala ke bawah ..
aku tak tau sejak minggu ke berapa dia pusing ke bawah ,
tapi ada laa kawan-kawan seperjuangan ( kawan-kawan yang pregnant jugakk )
cakap , 
" eee takutnya... baby kau songsang .. baby aku dah pusing dah .."
" habis lah... kena operate lah kau sebab baby kau songsang.."

dan macam-macam lagi .

padahal masa tu baru 6 bulan .
aku tak ambik port sangat sebabnya doctor aku pun relax je .
sebab walaupun baby dah pusing awal , tak mustahil baby tu boleh pusing jadi songsang balik .
so jangan nak capoiii sangat mulut tu yaaa hehehehe
aku tak marah tau sebab aku gelak kan tadi .. ok

sebelum doctor bagitau yang si kenit dalam perut ni dah masuk ke laluan ,
aku dah pun rasa perubahan tu .
ngilu , sakit , pedih , geli semua ada .
paling susah nak bangun .
dan sakit bila terasa macam dia tolak-tolak .
macam tak sabar nak keluar dah gayanye hahaha

sabar ye baby :)

nervous . tipu la kalau tak nervous .
lagi-lagi first time .
doa aku agar Allah tolong aku
mudahkan proses bersalin ni
sihatkan anak kami

menunggu hari .
hari-hari fikir pasal bersalin .
mampu tak aku ?
mampu tak aku tahan sakit yang orang kata sakit teramat sangat tu ?
Allah .. tolong aku .

aku harap husband aku sentiasa ada kat sebelah aku masa bersalin nanti .
supaya aku dapat gigit tangan dia untuk kurangkan sakit tu hahahaha

main-main pulak ye . :P

ok lah .
nanti aku update lagi

tata

07 January 2015

Birthday Surprise Tak Jadi :P

Assalamualaikum~

ok nak cerita pasal surprise yang tak berapa nak jadi
hihihi

Sabtu lepas lepas lepas punya lepas birthday husband aku .
dah berapa bulan dah aku duk fikir nak bagi apa kat dia .
tapi idea tak muncul-muncul jugak .
last-last search kat "encik tahu semua " laa iaitu Google .
alahaiii takdela membantu sangat .
hadiah-hadiah yang orang suggest kat situ macam separuh gaji aku .
tak pun gaji aku 2 bulan . hahaha
tak mampu la pulak nak bagi semahal tu . jujur ok jujur .
lagipun akhir-akhir ni duit memang banyak spend untuk budak kecik dalam perut ni .
takpe lah , harga hadiah tak penting , yang penting keikhlasan .
tak gituu ?? cehhh dan dan....

aku fikir punya fikir .
nak tido aku fikir ,
tengah masak aku fikir ,
tengah mandi aku fikir ,
tengah kerja kat office pun aku fikir .
sampai lah lagi beberapa hari nak birthday dia ,
aku ambik keputusan untuk buat surprise je lah untuk dia ..
tanpa ada hadiah T_T
wooo sedihnyaa.....

memandangkan hari sabtu aku tak kerja ,
so aku cadang nak masak special tak hengat punya untuk dia .
hahaha
hari jumaat lepas balik kerja aku terus pegi pasaraya beli barang-barang masak yang special tak hengat tu kan .
lepastu terus pegi ke Secret Recipe untuk beli kek .
alahh kek 3 slice je .
kesian betul aku ni kan . huhuhuu~
so aku pun mintak staff Secret Recipe tu tuliskan macam yang aku cakap .
" Happy Birthday Abang "
done ! lepastu budak tu pun masukkan dalam kotak sekali dengan lilin sebatang .

on the way balik rumah ,
risau pulak aku kang tengah bukak grill husband aku pun sampai .
sebab dia kata dia pun on the way balik .
takut kantoi pulak pegang kotak Secret Recipe .
aku pun bukak la grill rumah aku tu laju-laju macam gaya orang tak tahan nak pegi toilet .
masuk-masuk rumah terus sorok kotak kek tu dalam fridge bahagian bawah sikit ,
pastu tindih dengan sayur-sayur yang aku beli tadi tu .
hahahaa
sebabnya , aku dah plan nak kasi kek tu atas pukul 12am lepas dia tido and nak kejutkan dia .

so dah pukul 12am .
husband aku belum tido lagi duk tengok tv .
takpe takpe aku tunggu ...

pastu dalam pukul 1am kot baru laa husband aku tido .
aku pun buat-buat tido la hahaha
bila dah tengok dia macam lena je ,
aku pun senyap-senyap pegi kat dapur untuk keluarkan kek tadi, 
jalan jengket-jengket gituuu.
dah la dengan perut boyot .
alahai buruknyaaa rupa si boyot jalan jengket .. hahaha


hancurrrrr ! hancur sikit la hati aku tengok-tengok tulisan atas kek tu tak jadi rupanya ...
tulisan tu dah melekat kat kotak kek .
aduhaiii sedih !
takpelah .. plan aku diteruskan jugak . hehe !!


Happy..... Abang? ooohh abang sangat happy !! yeayy !

kuajo punya kotak

aku pun nyalakan lilin , and tutup lampu dapur .
jengjengjengggg~~~
so lakonan aku pun bermula - - -

husband aku tengah syok lena ,
aku kejut .
" awak , awak . teman pegi dapur jap bleh tak? "
* dia pun bukak mata , tiba-tiba dia senyum sampai nampak semuaaaaa gigi dia .
aku pun jadi macam nak tergelak .
aku fikir ,
alahhh kenapa dia senyum plak ni . dah ternampak kek tu ke tadi??
" kenapa senyum? jom la teman .. saya dengar ada bunyi la kat dapur .."
*dia senyum lagi
" pegi dapur? hihi nak nak nak "
aku pun pelik .
husband aku ni dah tau kot.. alaaa takpela teruskan berlakon!
pastu aku buat muka serious .
" haa tu . dengar tak bunyi tu? macam bunyi kat pintu . takut laa. jom la pegi dapur jap . bukak lampu dapur je .. "
pastu muka dia pun macam nak percaya je..
heheh!! menjadi la kot lakonan aku ni
" mana ada apa-apa.. saya ada ni . takyah takut .. tu bunyi serangga je tu.. "
alahaiii takmau pegi dapur la pulakk..... try lagi !
" jom la.. bukak lampu je.."
pastu aku pun buat-buat takut jalan belakang dia menuju ke dapur .
belum sampai dapur lagi tiba-tiba tergelak .
hampeh betul la.. memang tak boleh jadi pelakon la aku ni ..
alang-alang dah kantoi tu , aku pun tarik dia masuk dapur and tunjuk kek dalam samar-samar diterangi cahaya lilin je .
ecececehhhh ~

pastu punya la gelak dah macam orang gila dah .
malam-malam buta pulak tu .
hadoiii ...

ok...
Happy Birthday ;)

ok dah.. sekian..