06 April 2016

Kelantan Negeri Teruk? Betul ke?

Assalamualaikum~

Sebenarnya dah lama nak cakap pasal ni .

Aku duk fikir-fikir je .
Sebab ni isu sensitif .
Tapi sebab aku tengok macam makin menjadi-jadi , aku tulis jugak lah .

Contoh #1

A : Eh Senah baru kawin kan , aku pegi kenduri dia. Apsal kau tak pegi?
B : Aku ada hal haritu..
A : Ooo yeke.. Tapi laki dia orang Kelantan...
B : Yekeee

> Kenapa perlu ada perkataan "tapi"?

dan kenapa tetiba je cakap laki dia asal dari Kelantan sedangkan tadi kau tanya pegi ke tak kenduri dia kan.
haa nampak?

Contoh #2

A : Tu yang tudung oren tu staf baru weh . Baru masuk harini .
B : Ooo yeke. Dia department mana?
A : Dia department Account . Orang Kelantan....

> Kenapa tetiba kau bagitau yang si tudung oren tu orang Kelantan? Si B tu takde tanya pun..

Seolah-olah negeri asal si tudung oren tu sangat pelik . apakah??? mengapakah???


Contoh #3

A : Kau nii bila nak kawin ni . Aku tak sabar nak makan nasi minyak kau.
B : Nak kawin apa nya , calon suami pun takde .
A : Harraz Danial Darwish Naufal Rayyan Beckham tu kan nak ngorat kau . On je lah .
B : Ehh taknak lah . Dia orang Kelantan lah . Kang tak terjaga la rumah aku, sepah2 , kotor . Orang Kelantan pengotor kottttt !

> Seriously? Orang kelantan pengotor? Buktikan !


Contoh #4

A : Weh tahniah ! Dah bertunang dah kau ! Tunang kau orang mana?
B : Thanks... Orang Kelantan..
A : Wooo.. habis lah kau .. kena cakap Kelantan lah kau nanti ..

> Kalau kawin dengan orang Kelantan je ke kena cakap Kelantan?

Kalau tak cakap Kelantan , batal ke kawin tu? ke dosa? kehkehkeh

Contoh #5

Korang ingat lagi tak perempuan yang gaduh sebab rebut lelaki tu?
Alaa yang rambut kuning , muka putih gebu gebas tuuu .
Dalam video dia yang viral tu dengar macam bahasa Kelantan .
Yang aku pelik , kenapa tajuk-tajuk yang orang share kat facebook tu kebanyakannya "Gadis Kelantan Gaduh blablabla"
Kenapa perlu mention Kelantan kat tajuk tu ?
Kenapa kalau negeri lain buat hal , takde pulak jadi macam ,
"Lelaki Selangor ragut blablabla"
Takde kan ??


Haa boleh paham tak apa yang cuba aku sampaikan?

Negeri Kelantan ni macam dipandang serong .
Tak boleh silap sikit .
Kenapa jadi camtu ?
Pada pandangan aku ,
Orang Kelantan ni bahasa dia pekat , mungkin ramai yang susah nak paham bila diorang bersembang .
Dan ada antara diorang yang susah nak cakap bahasa keyy ellllll korang tu sebab bahasa diorang pekat sangat .
Disebabkan itu , diorang pun hanya bercakap/bersembang dengan sesama diorang je .
Senang ! Nak buat lawak pun , sesama diorang je paham .
Kang buat lawak dengan korang , korang tak paham lawak tu . Takde lah CHIAA CHIAAA . krik krik lah jadinya .
Tapi ada dari kalangan korang ni sesedap rasa label diorang ni berpuak-puak hanya sebab taknak sembang dengan korang .
Ambik contoh camni , korang pegi kenduri dengan family/kawan korang , ada ke korang tetiba pegi tegur orang-orang lain yang duduk kat meja lain? Dah la tak kenal , nak tegur-tegur . Ntah-ntah kenal pun tak tegur . Korang mesti lah duduk sama-sama dengan family/kawan korang je kan . Takde nya korang pegi duduk kat meja lain . Kalau boleh nak jugak duduk semeja kan?
Mungkin ada lah sekerat dua yang friendly tegur-tegur sana sini , tapi tak semua kan?
Sama lah macam orang-orang Kelantan yang korang kata berpuak-puak tu .
Cuba lah korang fikir positif sikit. Cuba korang tegur orang-orang Kelantan ni terlebih dahulu . Confirm diorang akan cakap dengan baik .


Yang paling aku menyirap bila ada yang cakap orang-orang Kelantan ni pemalas , pengotor , pesepah , peserabut dan segala pe-pe lagi .

Bukan lah aku nak backup orang Kelantan sebab suami aku orang Kelantan .
Tidak sama sekali okay ! Kalau suami aku orang negro pun aku akan cakap jugak Kelantan sebenarnya tak yang macam korang fikir tu !
Orang Kelantan pengotor?
Orang Kelantan pemalas?
Please la korang . Kemon la .
Adil ke korang label orang Kelantan camtu sedangkan tak semua orang Kelantan camtu .
Of course la ada yang pemalas pengotor .
Kenapa? kat Penang takde langsung orang pengotor pemalas ke? kat KL takde ke? kat Johor? kat negeri-negeri lain takde langsung ke?
Apa yang membuatkan korang cakap diorang tu pengotor?
Pernah duduk sekali ke? Atau korang penah kawin dengan SEMUA orang Kelantan?
ahaha soalan macam lawak-lawak . tapi aku serious ni .
*muka serious*
Yelah , korang cakap tu sure sangat macam pernah duduk sekali je aku tengok ....

setakat ni Alhamdulillah , suami aku selalu kemas rumah , bangun awal , uruskan anak , cuci toilet blablabla

aik aku buat apa? aku pemalas ! aku tengok je suami aku uruskan rumah sambil makan kuaci . ahahaha korang taknak cakap aku ni orang Kelantan ke?

Sebenarnya dia pemalas ke, pengotor ke, peserabut ke,  perpustakaan ke , bukan disebabkan oleh negeri asal dia . Ia adalah dari didikan mak ayah .

Macam mana kau didik anak kau , begitulah anak kau nanti, InsyaAllah .
Apahal tetiba korang cop-copkan orang Kelantan gini, orang Kelantan gitu ?
Alhamdulillah suami aku sangat rajin orangnya sebab didikan mak dan ayah dia , walaupun mak ayah dia dua-dua asal dari Kelantan .
Jadi masihkah korang nak cakap orang Kelantan camtu?
Contoh terdekat dah tu aku bagi .

Alah kita-kita ni pun yang asal dari negeri lain pun ntah-ntah pengotor .

Tapi sibuk cakap orang Kelantan jugak yang pengotor .
Kemon la .

Lepastu tak habis-habis cakap kat Kelantan jalan rosak , jalan teruk , tak maju .

Eh kat KL tu kau ingat semua jalan elok ?
Apa kat KL tu kalau jalan berlopak tutup sendiri ?

A : Jalan kat Kelantan semua teruk-teruk .

B : Tak la , cantik je jalan dia. Okay je .
A : Teruk lah . Kau pegi jalan yang kat mana yang elok tu?
B : Kat Kota Bharu .
A : Oo memang lah okay, itu bandar . Cuba kau pegi tempat yang hulu-hulu sikit . Teruk weii jalan dia ...

Eh eh . dah kata hulu-hulu , memang lah jalan tak cantik .

Alah kat KL tu kau ingat semua tempat hilir-hilir ke ?
KL pun ada tempat hulu . dan kau tengok lah jalannya macam mana .
teruk jugak .
Habis kau expect apa sebenarnya kat Kelantan ?
Semua jalan disaluti emas baru kau nak cakap jalan kat Kelantan elok ke cane?

Serious lah aku cakap , sebelum aku jejak Kelantan memang aku percaya bulat-bulat cakap orang yang jalan kat Kelantan teruk . Korang punya sembang tu sampai buat aku bayangkan kalau minum air dalam kereta mesti tumpah-tumpah sebab jalan tak rata, atau bila bercakap dalam kereta jadi macam penyanyi opera sebab banyak vibrato . haaa sampai camtu tau .

Aku memang tak pernah pegi semua tempat dalam Kelantan .
aku banyak pegi area Kota Bharu je .
Okay-okay je jalan dia . korang nak main roller blade atas jalan tu pun tarahal .
Nak suruh aku pegi area hulu Kelantan untuk tengok jalan teruk ?
Tak payah . sebab kat KL yang dibangga-bangga tu pun ada jalan teruk .
Jadi , sama je .


Nak kata orang Kelantan taknak campur negeri lain ?

Eh kawan-kawan suami aku punya isteri kebanyakannya dari Kelantan .
dan kalau jumpa masa raya , memang aku dikelilingi orang-orang Kelantan .
Jujur la cakap , semua friendly , sembang-sembang dengan aku elok je .
Diorang try control bahasa diorang supaya aku mudah paham . Biasa lah kadang-kadang terlepas jugak perkataan-perkataan Kelantan . Normal lah .
Give and take . Bila diorang try cakap bahasa sini , aku jugak selit-selit perkataan Kelantan .
Baru nampak keserasian gittewww ahaha . Korang yang tak pandai nak join . huh !

Korang baru dengar perkataan Kelantan sikit , dah buat-buat serabut kepala otak .

Tak paham langsung katanya .
Korang yang malas ambik tahu . Padahal perkataan simple-simple je macam
"Nok makey tepak sekalo ko?"
Cuba lah jalan sikit otak tu kalau dengar .
Paham sikit-sikit takpe dah . Boleh agak dia cakap apa .
Buat-buat tak paham langsung konon . Padahal malas ambik tahu .
Eleh , bahasa Korea tu kemain korang siap google-google bagai .
Siap belajar tulisan Korea . Gedik ahahaha

Ok.. setakat ni saja lah..

Sesiapa yang terasa tu , maaf lah ye bahasa agak kasar .
Ubah la persepsi korang pada Kelantan .
Bosan dah aku dengar .

sekian, terima kasih .....




1 comment:

  1. جميل أن أعرف أن اسمي muhammad solehuddin معجب حقًا بهذا المقال. شكرا لك للمشاركة. لا استطيع الانتظار للمنصب التالي

    ReplyDelete