24 August 2012

Apendiks di Pagi Raya :(

Assalamualaikum~

" adik tolong sign kat sini ya untuk confirmkan adik nak kena operate ."
first time dalam hidup aku beraya dalam hospital .

**on the way to Kedah**
sakit betul perut aku ni , tapi aku try buat relax .
sebab aku fikir sakit biasa je .
sampai je rumah tok ,
perut aku menambah kegedikannye ke tahap maksimum .
aku rasa macam angin . so aku sapu minyak angin kat perut .
tak lega jugak . so aku sapu minyak sapi .
tak lega lagi , aku sapu minyak masak pulak .
tak lega lagi jugak , aku sapu minyak pengasih .
wahahah takdak aihhh tipu jaa... hehehe


**klinik #1**
pukul 1 pagi 
doktor cakap aku ada gastrik .
aku makan ubat .
ewww kalau ubat tu rasa macam chicken chop ke , ketupat ke , takpelah jugak .
setengah jam lepas makan ubat ,
aku muntah .

**klinik #2**
pukul 6 pagi .
sakit perut tak kurang . 
aku tak boleh tidur . 
nak kejutkan mak , tak sampai hati .
cuma sampai tangan je nak cuit2 mak .
sampailah mak aku bangun sebab aku muntah lagi .
terpaksa pegi klinik lain .
mana tau kot2 doktor tadi main hentam je ke kan . haha..
tapi doktor kat klinik satu lagi ni pun cakap ada gastrik .
aku makan ubat .
aku try nak tidur walaupun dalam kesakitan gila babasss sebab kejap lagi kan raya .
hoorey ! hoorey !

**hospital sultan abdul halim**
pukul 10 pagi .
orang dah balik sembahyang raya .
aku tak boleh bangun sebab sakit perut lagi .
kali ni sakit tahap cipan pakai lipstick .
dengan tak mandinya terus pegi hospital .
takpe .. tak mandi pun i comel tau.. ahak ahak
doktor check . rupanya aku apendiks .
" adik tolong sign kat sini ya untuk confirmkan adik nak kena operate ."
walaupun cuak , aku sign surat tu dengan penuh gaya .
siap angkat kening sebelah lagi .
aku baring je , 2 orang nurse tolakkan katil untuk pegi ke bilik pembedahan .
bilik pembedahan weiiii ! kau jangan main-main.....
sebelum masuk , aku salam mak aku .
syahdunyaa ~
orang lain syok2 tengah salam raya , yang aku pulak , salam nak gi bedah .

**bilik pembedahan**
pukul berapa aku tak tahu . yang aku tahu , hari tu hari raya pertama !
aku baring betul2 bawah lampu .
"tolong letak tangan kat sini ya.."
aku tengok sikit-sikit je .
tangan kiri aku tengah kena inject .
aku rasa kebas .
lepas tu....GELAP.........

" Anis...bangun , Anis.. "
aku bukak mata . nurse tu alihkan aku ke katil lain .
aku pelik . aikk tadi kata nak operate .
tak jadi operate ke? kenapa? doktor nak gi beraya ke?
aku pun tanya nurse tu ,
"tak jadi operate ke kak?"
nurse tu gelak2 . amboyoii.. gelak2 pulak nurse ni .
nasib baik ayaq liuq dia tak kena muka aku .
"dah operate lah adik..."
LAH ! dah ke? bila masa?
tadi kan aku tidur ? tak rasa pun ?
tercengang aku .

dari katil bilik pembedahan aku tengok kat pintu .
nampak kepala-kepala yang tengah senyum-senyum sambil lambai-lambai .
ohh family .
mata aku berat . tak boleh bukak .
woiii aku nak bangun lah . siapa gam mata aku ni?
tapi aku dengar ada doktor cina cakap dengan mak aku .
"nasib baik cepat , apendiks suda merah dan bengkak . sikit lagi mau pecah."
Alhamdulillah ..
-dan aku rehat berjam-jam...........-

cakap perlahan , jalan slow sambil pegang perut .
sebijik macam ibu baru lepas bersalin .
hehehe...
buat masa sekarang , aku tak boleh gelak , tak boleh batuk , tak boleh bersin .
kalau aku buat semua tu , perut aku ni rasa macam nak terkoyak .
mana-mana kawan aku yang suka buat lawak tu ,
aku merayu dulu sebelum sembang .
tolong jangan buat lawak !

sempat lagi ambik gambar sebelum operation. hahah

haha ni buah tangan paling comel . get well soon Anis !




-the end-

terima kasih Allah atas ujianMu






9 comments:

  1. tragis kenangan di hari raya.......
    get well soon...... jgn lupa mkn ubat bukan ketupat !!!!

    dah chat nanti.....boleh ler beraya......

    ReplyDelete
  2. Iskkk..raya kat hospital...
    Tapi kesihatan paling penting
    Kiutnya bear tuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa.. beraya kat hospital la.. bear tu yg teman :P

      Delete
  3. alaaa...sedey nya beraya di hospital , apa pun selamat hari raya dan semoga cepat sembuh anis , saya dpt rasa apa yg awk rasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq.. xpe.. dah nak baik dah luka ni.. :)
      pasni dah boleh wat break dance. hahaha

      Delete
  4. Jemputan rasmi buat anda…
    Promosi sikit……hehehe
    Dijemput sertai segmen saya ini:
    http://hanifidrus.blogspot.com/2012/08/hanifidrus-segmen-menerjah.html

    ReplyDelete
  5. jemputan ke promosi yg dkt atas ni.conpiuh..:)

    ReplyDelete
  6. tahun ni raya kita di hospital je! apa pun alhamdulillah, (:

    ReplyDelete