30 April 2015

Aku Berpantang - Caesarian

Assalamualaikum~

dah nak masuk 3 bulan lepas aku bersalin secara caesar..
harini nak cerita pasal berpantang .
ok aku bagitau awal-awal yang aku ni tak lah pantang sangat .
so sesiapa yang nak berpantang betul-betul nanti atau agak-agak boleh rasa sakit hati dengan entry aku ni , mohon jangan baca ok . peace!

orang kata jangan makan ayam, nanti gatal .
orang kata jangan makan seafood, nanti gatal jugak .
orang kata jangan makan sayur kangkung, nanti angin .
orang kata jangan makan pisang, nanti angin .
dan macam-macam lagi lah

tapi semua jangan di atas bagi aku tak semua orang boleh pakai .
aku makan je semua tu .
Alhamdulillah tak ada gatal ke angin ke..
aku tak kata semua tu salah , ada jugak kawan aku yang makan jadi badan berangin .

tapi aku musykil..
kadang-kadang aku ada dengar orang cakap ,
" makan kangkung satu badan berangin ..bentan ."
errrrr apa yang aku pelik ialah ,
macam mana dia tau punca badan dia berangin tu sebab makan kangkung?
adakah satu hari suntuk tu dia hanya makan kangkung?
atau sebab dia dengar-dengar orang cakap kangkung berangin so tiba-tiba badan dia pun berangin?
*mindset*

kalau aku la ,
satu hari suntuk tu aku hanya makan kangkung kemudian badan aku berangin maybe yesss aku akan cakap puncanya ialah kangkung.
tapi kalau satu hari tu aku makan kangkung, nasi, sup, sawi, ikan, dan lain-lain aku rasa macam tak patut salahkan kangkung. hahahaha
so dari mana datangnya teori kangkung itu berangin?
sejauh mana kebenaran dia?
dan adakah semuaaaaaa orang yang makan kangkung akan badan berangin?
bagi sesiapa yang tau jawab soalan-soalan aku ni sila la jawab ye .
tapi dengan syarat jangan marah-marah...hahaha

serupa macam kes "jangan makan ayam nanti gatal"
kenapa salahkan makanan itu saja?
pasti tak memang puncanya ayam?
dan... pasti tak luka jahitan tu tak basah atau tak terkena infection yang menyebabkan gatal dan bukanlah sebab ayam?
yela, macam luka-luka biasa lah , kalau basah mesti ada gatal-gatal sikit kan ..

satu lagi yang paling aku rasa macam whaaaaat?
"jangan makan roti nanti badan kembang sebab dalam roti ada yis"
kalau betul la makan roti nanti badan kembang sebab ada yis, maknanya bukan orang yang lepas bersalin je tak boleh makan roti . malah orang yang tak bersalin atau orang lelaki pun tak boleh makan roti sebab nanti badan kembang .
yelah , yis dalam roti bukan hanya wujud bila orang lepas bersalin nak makan je kan?
hehehehe nampak macam ayat aku ni boleh mewujudkan kemarahan .
tapi relax la .. aku kat sini hanya bagi pendapat je . jangan marah naaa....

dan "jangan minum air banyak nanti buncit.."
mak datuk..... air tu sangat lah penting .
lagi-lagi untuk ibu yang menyusukan anak .
pandai-pandai lah sesuaikan diri , jangan lah minum sampai kembung ..
minum lah sikit-sikit tapi kerap ..
kata ikut sangat pantang , so pakai lah bengkung .
InsyaAllah tak buncit ..

haaa tengok tu.. ada yang tak setuju .
it's ok.. aku bukan kata tulisan aku ni fakta .
dan aku jugak tak kata segala pantang-pantang tu fakta .
bagi aku , pantang-pantang tu semua ikut atas badan sendiri .
kalau rasa makan ayam atau seafood tu buatkan luka jahitan gatal ,
so jangan makan .
tapi pastikan satu hari tu anda hanya makan ayam atau seafood tu saja barulah anda boleh cakap yang ayam atau seafood tu puncanya .

lagi satu ..
orang kata dalam pantang " jangan buat kerja berat , baring saja.."
ini mungkin aku setuju . tapi yang baring saja tu aku tak setuju .
buat kerja-kerja berat lepas bersalin memang bahaya,
peranakan boleh jatuh sebab masih lemah .
tapi jangan la satu hari suntuk tu asyik baring je .
latih lah diri untuk bekerja sikit-sikit supaya darah berjalan dengan lancar .
heyy darah mana boleh jalan :P

cuba bayangkan anda berpantang seorang diri .
takkan nak baring je .
baby siapa nak jaga? rumah siapa nak kemas?
baju yang anda pakai siapa nak basuh?
baju baby siapa nak basuh?
baby siapa nak mandikan?
anda? tak mandi ke? busyukkkk! kikkikiki
so... buat lah kerja rumah tapi slow and steady ..
gittewwwww....
sebab , mesti ada orang yang berpantang sorang-sorang .
cuba tanya dia siapa yang buat semua? dia ikut jugak ke baring atas tilam je?
mesti tak kaaaan.....

aku tak kata aku tak percaya langsung pantang-pantang ni ye .
masa aku baru-baru lepas bersalin,
aku makan semua .
aku amalkan minum air masak setiap 15 minit sebab haus sangat sangat sangattttt .
aku pakai stokin,
pakai pilis (tapi selalu lupa , husband yang ingatkan hahaha)
pakai bengkung,
berurut,
bertungku,
mandi air daun apa ntah namanya aku tak tau,
mandi air suam.
semua aku buat cuma bab makan je aku tak ikut sangat .
haaa ada yang kata ,
" sekarang tak rasa lagi sakit , nanti belum tua lagi dah sakit-sakit badan.."

InsyaAllah aku sihat ...InsyaAllah ....

dan yang membuatkan aku kurang percaya pantang ialah ,
1- ada kawan makan semua jugak tapi luka jahitan dia ok (tak gatal dan tak bernanah)
2- ada kawan yang terlalu ikut pantang tapi badan dia semangatttt dan semakin kembang . bukan ke korang korang korang cakap kena pantang betul-betul supaya tak buncit , tak kembang ?
3- ada jugak kawan kepada kawan punya kawan yang berpantang sangat tapi masih sakit-sakit badan .
4- mak aku nurse (memang tak pantang) dan mak mertua pun tak pantang sangat . diorang kata makan je jangan tinggal makanan yang berkhasiat macam protein dari ayam, vitamin dari buah-buahan.

so pada pendapat aku ,
berpantang yang bagus dan aku percaya ialah pantang ais sebab orang yang tak bersalin pun kalau kerap minum air berais memang boleh buncit apatah lagi orang baru lepas bersalin dan pantang buat kerja berat sebab rahim masih lemah, peranakan boleh jatuh..
tapi pantang-pantang lain terutamanya bab makanan aku kureng percaya sikit sebab bagi aku ,
makanan-makanan tu semua sama ada ok atau tak , bergantung pada tuan badan sendiri .
pastu sakit-sakit badan tu aku rasa tak semestinya sebab dia tak berpantang .
mungkin sebab kekurangan calcium ke apa ke kan ..hahahaha pandai-pandai aku je :P

pls pls pls jangan marah ye kakak-kakak makcik-makcik....
lagi sekali saya cakap, saya tak kata pantang-pantang tu semua tak boleh pakai yee...

pasal berpantang ni sama je konsep macam makanan semasa menyusukan anak .
orang kata " makan lobak putih boleh banyakkan susu badan "
ada orang makan lobak putih memang susu dia semakin banyak .
tapi ada jugak orang makan lobak putih susu badan dia semakin kurang .
nampak tak?
badan orang tak sama semuanya ..

ok itu saja....
selamat berpantang kepada yang tengah pantang ,
dan kepada yang kureng berpantang atau yang tak pantang langsung atau yang malas berpantang atau yang tak tau langsung nak berpantang, jaga diri elok-elok , jaga kesihatan , makan lah makanan yang berkhasiat . jangan asyik nak makan jajan pulak .

ok tata
:)


16 March 2015

Pengalaman Belah Perut Demi Seorang Puteri

Assalamualaikum~

Alhamdulillah..
Aku dah pun selamat melahirkan seorang anak perempuan..
Haa ni nak cerita pengalaman ni..
Sempat la menaip sementara budak kecik ni tengah tido .

Aku lahirkan dia secara caesar .
Sebab apa caesar?
Aku dah pun cerita kat entry lepas.
Oo tak baca ea? Hahaha
Bajet ramai pembaca betul aku ni kan haha
Sebabnya, baby aku ni besar. Sebab tu kena caesar..

Ahaaa mesti ada orang cakap,
" Ooo caesar... Senang la kau.. Tak sakit.."
Ooopp!! Stop di situ!
Siapa yang cakap camtu,
Anda silap sama sekali !
Memang .. Selalu orang pandang rendah kat orang yang beranak caesar ni. Katanya tak sakit.
Haa cantik sikit ye, sakit tau tak.
Meh sini nak ceramah.

Pagi2 pukul 5 pagi lagi nurse dah kejut suruh bangun mandi sebab sama ada pagi atau tengah hari dah nak kena operate.
Tau tak aku buat apa?
Hahaha lepas mandi aku makeup hahahaha!
Kononnya taknak nampak pucat lepas bersalin nanti.
Yelah, aku kan masuk Pureen Chak Chak.
Hahaahahaha bajettt !!
* masa siapkan barang masuk beg haritu siap ada ruang untuk simpan makeup. Hahah
Alaa bukan makeup teruk2 pun.. Foundation, compact powder, eyeliner dengan lipstick je..
Hihihi :P

Lebih kurang pukul 1 petang camtu,
Tengah sembang2 dengan husband,
Tiba2 dua orang nurse datang dengan katil.
Nak tolak aku pegi bilik bedah.
Homaigodd masa tu terus rasa gemuruh.
Tapi muka buat2 senyum.

Sampai depan bilik bedah,
Aku pun mintak ampun n salam husband..
Syahdunya masa tu..
Sikit lagi je nak ada sungai kat pipi tapi sedaya upaya aku tahan. Hahahaaa

Dah masuk dalam bilik bedah tu, aku tengok semua doktor dgn nurse macam dah ready.
Aku kena duduk untuk inject epidural kat belakang aku.
Lepastu mula la rasa kaki berat.
Doktor tu suruh aku try angkat kaki.
Tapi tak boleh.
Tu maknanya aku dah dibius cinta.
Eh eh.
Maknanya aku dah dibius daripada pinggang sampai kaki.

Aku pun baring pandang lampu yang tergantung betul2 atas perut aku sambil dua2 tangan aku dipasang apebenda ntah namanye aku pun tak tau hahaha.
Dari lampu tu aku boleh nampak doktor dgn nurse duk pas-pas pisau la gunting la pengepit la cekodok la dan macam2 lagi.
Tapi tak nampak bahagian perut aku yang bakal dibedah tu.
Alaa baru nak tengok macam mana baby keluar. Hehehe

Tapi kan..
Haa ni seremmss sikit ni.
Masa doktor tu nak toreh perut aku,
Aku rasa ketajaman pisau tu.
Sakit la..
Aku pun terus cakap,
" doktor, saya sakit. "
Pastu semua macam terkejut.
Semua stop kejap tunggu 5 minit .
Katanya maybe bius belum betul2 berkesan.
Pastu dah 5 minit, doktor toreh lagi sikit.
Aku still rasa pedih2. Huaaaa scarynyaa...
Pastu aku kena ambik bius gas, kena sedut la.
Alaa yang macam dalam tv tuuu... Hahaha
Terus aku rasa lalok..
Lalok tau lalok?
Sakit pun dah hilang,
Maka diorang pun teruskan membelah perut ni......

Pastu aku tengok kat cermin,
Sarung tangan doktor semua dah penuh darah.
Aku cuma rasa badan aku goyang2 je ntah apa yang diorang godek ntah.
Sambil2 tu aku berzikir, doa tak henti2 supaya Allah selamatkan kami. Walaupun lalok gila tapi alhamdulillah aku boleh ingat doa dan zikir sambil selang2 dengan mengucap dua kalimah syahadah..

Tiba2 salah sorang doktor cakap,
" Puan, tahan ye. Yang ni senak sikit. Tahan ye . "
Pastuuuu
Aku rasa macam nak meletup jantung aku.
Diorang tekan2 bawah dada aku kuat2 .
Sampai aku tak cukup nafas tahan sakit tu.
Maybe diorang tekan2 bawah dada untuk keluarkan baby kot..

Pukul 2.10 petang,
Buat pertama kalinya aku dengar suara ANAK aku menangis.
Wehh serious laaa aku pun terus menangis time tu jugak.
Tak henti2 sebut alhamdulillah :')
Dah keluar dahhh baby mama ayah niii..
4.32kg haaaa...

Nurse tu pun letakkan baby atas dada,
Sementara tu doktor tengah jahit perut aku.
Masa tu aku dah tak kisah dah pasal perut.
Kau nak jahit, jahit la.
Aku fokus kat baby je.
Aku cium2 dia .
Ini laa yang aku bawak selama 39minggu 5 hari dalam perut tu..
Ini laa dia..
Disebabkan husband aku tak boleh masuk bilik bedah,
Aku sebut kalimah Allahu Akbar dan Lailahaillallah kat telinga dia dulu.
Biar dia dengar nama Allah, tuhan kita.

Lepas siap semua, nurse pesan yang kesan ubat bius tu boleh buat aku muntah.
Tak boleh bangun, tak boleh makan dalam masa 6 jam.
Dah la masa tu aku haus yang teramat sangat.
Tapi lalok tu tak habis lagi.

Dah keluar dari bilik bedah baru nampak muka husband aku yang hensem tu hahaha
Abang please jangan kembang ok :P
Dia ikut aku kena tolak katil masuk wad balik.
Haa masa ni terseksa sikit.
Dah la haus sangat2.
Muntah2 pulak tu.
Bayangkan la perut baru kena jahit pastu muntah2.
Muntah plak tak boleh bangun.
Kena muntah sambil mengiring tau !
Tak dibenarkan bangun.
Peritnya masa tu.
Rasa macam jahitan nak terbukak sebab bila kita muntah kan perut jadi tegang .. Fuhhh

Lepas je 6 jam aku terus bedal air kosong.
Paling best masa tu minum air panas. Bukan air suam tau.
Air panas. Rasa lega sangat .
Haus dia lain macam tau.

Esoknya aku dah try jalan sendiri tapi husband aku tolong pegang sikit yela kot2 aku tak berapa kuat lagi kan.
Bila husband dah balik pun aku try lagi jalan pegi toilet.
Kononnya nak bagi nurse nampak yang aku dah ok dengan harapan boleh balik awal.
Hahahaha

Lusa tu doktor check bekas operate tu,
Luka aku ok! Cun!
Aku dengan baby pun boleh balik... Yeayyy!!!

Tapi lepastu serangan sakit belakang pulak dah..
Doktor kata tu kesan ubat bius.
Sobss..
Susah sangat nak bangun tau.
Nasib baik ada husband yang katang dan sado.
Hahahaha!!

Lepas 3 hari, aku dah boleh jalan macam biasa.
Sakit belakang pun dah hilang.
Kawan2 yang datang melawat pulak yang suruh aku jalan slow2.
Alhamdulillah kekuatan ni semua Allah yang bagi.
Dah start masak pungpangpungpang dah .

So kepada ibu2 yang bersalin secara caesar.
Ibu2 semua tak perlu takut nak jalan lepas bedah.
Memang sakit, tapi takde terbukaknya la jahitan tu kalau jalan macam biasa.
Percayalah!
Nak mandi pun jangan takut.
Tak sakit pun tempat jahitan tu kalau terkena air.
Kan lagi bagus luka tu kena air dan sabun.
Sebab pernah terbaca dalam blog seseorang, dia mandi dalam keadaan macam rukuk dalam solat tu sebab taknak bagi air terkena kat tempat jahitan.
Tak perlu macam tu ye ibu2..
Sila la mandi macam biasa pastu keringkan betul2 .
Tak kisah la guna kain lap ke... Guna hair dryer ke.. Jangan guna iron sudah hehehe

Ok la. Itu saje.
Nanti entry untuk berpantang lepas caesar pulak ye.

Assalamualaikum!




06 February 2015

Menghitung Hari . Welcome My Baby :)

Assalamualaikum~

harini dah masuk 39 minggu 3 hari .
harini jugak last aku keje .
hari Selasa 10 Februari bersalin .
macam mana aku tau hari Selasa aku bersalin?

ceritanya cenggini....

kelmarin aku pegi checkup kat klinik .
macam biasa lah , checkup tiap minggu .
untuk yg ke-39 minggu .
doktor Azlina tu scan ,
dua kali dia cuba scan tapi error .
sebab tak dapat nak ukur size baby .
besar sangat katanya .
masa tu dah mula rasa risau dah .
sebab aku ada baca sebelum ni , kalau baby besar sangat , doktor akan suruh bersalin je .
tapi aku diamkan je, tunggu doktor cakap apa . huhuhuuu

disebabkan aku cadang nak bersalin kat Hospital Sg, Buloh ,
doktor Azlina pun bagi surat untuk aku refer kat sana .
baby besar . nak tau sama ada aku boleh bersalin normal atau operate .
aduhaii cuaknyaa ....

so esok pagi tu pun aku n husband pegi hospital .
ramai takyah cakap la berjam-jam aku tunggu .
sampai turn aku ,
doktor tu pun scan ,
sama jugak , tak dapat nak ukur sebab baby aku ni bambam .

dia panggil doktor pakar untuk scan .
sama jugak tak dapat ukur .
tapi mungkin sebab dia ada title "pakar" kan ,
dia anggar je berat baby aku .
lebih kurang 4.2kg
besar tak besar tak ?
hehehe

Doktor Pakar : " So kita operate lah .. "
aku dengan spontannya ( serious tak sengaja )
Aku : " Tipuuu .. "
Doktor Pakar : * macam tergamam dengan ayat aku tu . *
" ini bukan tipuu .. you boleh bersalin normal , tapi risikonya ialah bila you teran , kita takut bahu baby patah , sebab dia besar . baby juga boleh kehilangan oxigen sebab mungkin you akan ambil masa yang lama untuk keluarkan dia .. okay? "
Aku : okay ... * pandang husband *
aku pun tak sangka aku tercakap camtu kat doktor . macam kawan-kawan plak kan hihihi suka hati aku je kan....

so lepas tu , doktor set tarikh operation .
masa tu aku rasa macam tak boleh terima je apa yang doktor tu cakap.
sebak sangat masa tu.
tapi aku n husband kena la setuju untuk operate .
demi kesihatan dan keselamatan baby .
taknak la apa-apa yang buruk jadi kan .

pastu aku n husband pun duduk la kat kerusi sementara tunggu doktor buat surat .
masa tu aku pun berjuraian la ayaq mataaa ..
husband aku tanya kenapa aku menangis tapi aku macam tak boleh nak cakap .
aku nangis - lap - nangis - lap je keje aku masa tu .
kesian dia cakap sorang-sorang hahahahaha

Memang besar agaknya perut aku ni sebab ramai duk tengok perut aku bila aku jalan .
Kalau letak tabung sape tengok perut kena bayar, mesti dah kaya dah aku haahaha ..
Ada la 3 4 orang tanya,
" kembar ke? "
" sorang jee "
" sorang? Besarnyaa "
Ok ok ok ramainya cakap kembar .
InsyaAllah lepas ni .
Eh eh eh ehhhhhhh
Hehehehe

pastu dalam kereta on the way nak pegi makan .
call la family untuk inform berita ni ..
pastu pegi la bedal makan .
makan la nak makan apa .
sebab nanti pantang kena pantang betul2 ..
lepas bedal semua , husband kata nak bawak pegi taman kat tepi Setia City Mall tu .
bukan nak sweet2 ke hape ye .
cuma nak tenangkan fikiran je hehehe ..

kitorang duduk dalam kete je .
haa masa tu berjuaraian laa lagi skali ayaq mata aku ni dah macam air terjun .
apa yang buat aku sedih sangat tu ?
alahaii malu pulak nak cakap . hahahaa

sebenarnya aku ni kuat berangan .
daripada hari yang dapat tau je aku pregnant haritu ,
aku dah berangan dah .
nanti aku bersalin nanti , husband kat sebelah pegang tangan aku . pastu kalau aku tak larat , husband la yang kuatkan aku , ajar aku cara bernafas masa teran . pastu husband cakap ,
" push lagi sayangg ! push sayang ! ( sambil usap-usap dahi )
haaa gituu . alaa yang macam dalam drama tuuu ...
hahahahaha teruk kan aku punya berangan tu .

tu la yang buat aku sedih .
operate kat hospital kerajaan husband tak boleh masuk .
aku ni dah la cengeng . menangis je keje hahaha
teghok betoi dah nak jadi mak orang pun kuat nangis .
apadaaaaaa

ok berbalik pada cerita tadi ,
aku luahkan la apa yang buat aku sedih sangat tu dalam kete .
husband aku pun dengar dengar dengar dan dengar .
pastu macam biasalah , mesti lah ada nasihat untuk isteri dia yang lemah ni ..

" jangan la sedih .. bersyukur .. cuba awak fikir balik , orang yang nak sangat ada anak tapi tak boleh ada anak , mesti tak kisah pun kalau dia mengandung tapi kena bersalin operate . At least awak dah ada pengalaman mengandung macam orang lain jugak .. cuma belum ada rezeki nak bersalin normal .. kan kan kan "

betul .. aku pun rasa malu dengan diri sendiri .
apalah aku ni . tak perlu la sedih-sedih .
sebaliknya bersyukur sebab Allah kurniakan anak .
tak kisah la bersalin secara normal atau operate .
asalkan anak aku selamat dan sihat .

itu la suami , bimbing kita supaya kita tak lost ;)

perempuan . kadang-kadang pendek akalnya ...
mesti aku berdosa sebab aku sedih kan .
ampuni aku Allah .

Aku rasa semua orang pun harap bersalin normal..
Macam tu la aku.
Aku siap pegi senamrobik lagi tau.
Konon nak bagi senang bersalin.
Hihihi..
Tapi takpelah.. Belum ada rezeki nak bersalin normal..

itulah ceritanyaaa .. tamat ..
maybe ni last entry kot ..
sebab lepas ni aku berpantang kat rumah sendiri je .
internet takdok . huhuu

doakan kami ye .
Assalamualaikum~



29 January 2015

38 Minggu Dah :)

Assalamualaikum~

38 minggu !
berdebarnyaa.. sebab anytime je boleh terbersalin ni hihihi ..
nervous campur tak sabar nak jumpa baby .
nak peluk baby :)

tapi yang peliknya aku belum ada rasa sakit contraction lagi ..
yelah , ada kawan tu masa 34 minggu lagi dia dah rasa sakit-sakit macam nak bersalin .
tapi aku takde pun .
risau jugak ni sebab taknak kena induce !!

dari buat buku pink sampai lah ke 38 minggu ni memang aku pegi checkup kat klinik yg sama je .
Klinik Azlina & Sharifah nama klinik tu .
tiap kali checkup memang dengan Dr. Azlina .
best .
best sebab cara dia . buat aku selesa nak tanya apa pun .
lepastu dia membebeeeel je .
sebab dia betul-betul care pasal patient dia .
friendly sangat . aku ni dah la kuat gelak .
kadang-kadang tu gelak kuat gila dalam bilik dia tu selamber je .
dah macam kawan-kawan dah hihi

tunggu hari je ni nak bersalin ..
dia bagi nasihat macam-macam .
bagitau cara bernafas masa teran nanti .
pastu selalu ingatkan aku supaya tak tinggal solat , selalu berzikir .
terima kasih doktor !!

sekarang ni berat baby mungkin dah 3.5kg dalam perut ni .
sebab scan 2 minggu lepas 3.4kg .
sakit belakang wooo ..
nak bangun dari baring takyah cakap la dia punya sakit tu .
aduhaiii rasa nak meraung je bila nak bangun dari katil .
tapi sabo saboo ..
husband dah ajar kaaan takmo huaahuaaa kalau sakit hihihi ..
so bila nak bangun dari baring tu memang aku pejam mata rapat-rapat pastu ketap bibir je .
sakit sangat sangat tau . 
haaaa belum sakit nak bersalin lagi tu .

ok lah .
waktu rehat pun dah habis .
nanti aku update lagi .
jommm sambung kerja .
k boiiiii

16 January 2015

36 minggu . Menunggu Hari :)

Assalamualaikum~

haii harini dah 36minggu lebihh..
haa baby dalam perut ni pun aktif sangat sampai berlaga-laga perut aku dengan meja ni ha..
hehehe

barang semua dah ready .
menunggu hari je la ni .

haritu scan masa 36minggu berat baby dah 3.1kg .
berat kan ? ke biasa je ?
bagi aku dah berat dahh ..
sebab tu sekarang ni aku harap dapat bersalin dalam masa terdekat ni .
walaupun nervoussssss sangat !

bila baby dah makin berat ,
tido pun kurang selesa .
sakit-sakit badan . 
kadang-kadang tu sakit sampai rasa nak menangis pun ada
hehehe cengeng sangat kan .
baru la dapat rasa pengorbanan mama aku :')

tunggu kehadiran orang baru ni memang excited .
kalau pegi kedai baby ke expo baby ke ,
rasa macam nak beli semuaaaaa ..
sebab semuanya comel
excited punya pasal , masa aku lipat baju baby untuk masukkan dalam beg ,
aku cium cium baju tu siap timang-timang lagi .
BAJU JE plak tu hahahaa
kuat berangan laa aku ni

Alhamdulillah husband pun sangat memahami .
kalau aku tak larat tu ,
dia tolong basuh baju , tolong sidai baju , basuh pinggan .
tak payah suruh . memang dia dah tau apa nak buat . :)
ehhh masak pun ada !
hehhh baru ku tahuuu laki aku ni pandai masak .
kemain sedap lagi haa..
kalau hari-hari dia masak boleh gemuk aku hihihi

dan Alhamdulillah ..
walaupun dah 9 bulan , aku larat lagi nak masak .
pastu pulak tengok husband berselera makan ,
alahaiii sejukkkk kuali aku .
orang selalu cakap sejukkk perut kan .
tapi aku tak boleh lagi . kesian kat baby sejuk hahahaa

ok lah .
doakan la aku ye .

tata




08 January 2015

35 Minggu dah :)

Assalamualaikum~

harini dah pun masuk 35 minggu lebih ..
lagi beberapa hari je nak masuk 36 minggu
di mana bila dah masuk 36 minggu means get ready je lah untuk bersalin ...
wuwuuu
sesungguhnya aku belum betul-betul ready .
ye ye je muka aku ni macam over confident padahalll....

budak kecik ni pusing agak lambat ..
pusing tu maksud aku , kepala ke bawah ..
aku tak tau sejak minggu ke berapa dia pusing ke bawah ,
tapi ada laa kawan-kawan seperjuangan ( kawan-kawan yang pregnant jugakk )
cakap , 
" eee takutnya... baby kau songsang .. baby aku dah pusing dah .."
" habis lah... kena operate lah kau sebab baby kau songsang.."

dan macam-macam lagi .

padahal masa tu baru 6 bulan .
aku tak ambik port sangat sebabnya doctor aku pun relax je .
sebab walaupun baby dah pusing awal , tak mustahil baby tu boleh pusing jadi songsang balik .
so jangan nak capoiii sangat mulut tu yaaa hehehehe
aku tak marah tau sebab aku gelak kan tadi .. ok

sebelum doctor bagitau yang si kenit dalam perut ni dah masuk ke laluan ,
aku dah pun rasa perubahan tu .
ngilu , sakit , pedih , geli semua ada .
paling susah nak bangun .
dan sakit bila terasa macam dia tolak-tolak .
macam tak sabar nak keluar dah gayanye hahaha

sabar ye baby :)

nervous . tipu la kalau tak nervous .
lagi-lagi first time .
doa aku agar Allah tolong aku
mudahkan proses bersalin ni
sihatkan anak kami

menunggu hari .
hari-hari fikir pasal bersalin .
mampu tak aku ?
mampu tak aku tahan sakit yang orang kata sakit teramat sangat tu ?
Allah .. tolong aku .

aku harap husband aku sentiasa ada kat sebelah aku masa bersalin nanti .
supaya aku dapat gigit tangan dia untuk kurangkan sakit tu hahahaha

main-main pulak ye . :P

ok lah .
nanti aku update lagi

tata

07 January 2015

Birthday Surprise Tak Jadi :P

Assalamualaikum~

ok nak cerita pasal surprise yang tak berapa nak jadi
hihihi

Sabtu lepas lepas lepas punya lepas birthday husband aku .
dah berapa bulan dah aku duk fikir nak bagi apa kat dia .
tapi idea tak muncul-muncul jugak .
last-last search kat "encik tahu semua " laa iaitu Google .
alahaiii takdela membantu sangat .
hadiah-hadiah yang orang suggest kat situ macam separuh gaji aku .
tak pun gaji aku 2 bulan . hahaha
tak mampu la pulak nak bagi semahal tu . jujur ok jujur .
lagipun akhir-akhir ni duit memang banyak spend untuk budak kecik dalam perut ni .
takpe lah , harga hadiah tak penting , yang penting keikhlasan .
tak gituu ?? cehhh dan dan....

aku fikir punya fikir .
nak tido aku fikir ,
tengah masak aku fikir ,
tengah mandi aku fikir ,
tengah kerja kat office pun aku fikir .
sampai lah lagi beberapa hari nak birthday dia ,
aku ambik keputusan untuk buat surprise je lah untuk dia ..
tanpa ada hadiah T_T
wooo sedihnyaa.....

memandangkan hari sabtu aku tak kerja ,
so aku cadang nak masak special tak hengat punya untuk dia .
hahaha
hari jumaat lepas balik kerja aku terus pegi pasaraya beli barang-barang masak yang special tak hengat tu kan .
lepastu terus pegi ke Secret Recipe untuk beli kek .
alahh kek 3 slice je .
kesian betul aku ni kan . huhuhuu~
so aku pun mintak staff Secret Recipe tu tuliskan macam yang aku cakap .
" Happy Birthday Abang "
done ! lepastu budak tu pun masukkan dalam kotak sekali dengan lilin sebatang .

on the way balik rumah ,
risau pulak aku kang tengah bukak grill husband aku pun sampai .
sebab dia kata dia pun on the way balik .
takut kantoi pulak pegang kotak Secret Recipe .
aku pun bukak la grill rumah aku tu laju-laju macam gaya orang tak tahan nak pegi toilet .
masuk-masuk rumah terus sorok kotak kek tu dalam fridge bahagian bawah sikit ,
pastu tindih dengan sayur-sayur yang aku beli tadi tu .
hahahaa
sebabnya , aku dah plan nak kasi kek tu atas pukul 12am lepas dia tido and nak kejutkan dia .

so dah pukul 12am .
husband aku belum tido lagi duk tengok tv .
takpe takpe aku tunggu ...

pastu dalam pukul 1am kot baru laa husband aku tido .
aku pun buat-buat tido la hahaha
bila dah tengok dia macam lena je ,
aku pun senyap-senyap pegi kat dapur untuk keluarkan kek tadi, 
jalan jengket-jengket gituuu.
dah la dengan perut boyot .
alahai buruknyaaa rupa si boyot jalan jengket .. hahaha


hancurrrrr ! hancur sikit la hati aku tengok-tengok tulisan atas kek tu tak jadi rupanya ...
tulisan tu dah melekat kat kotak kek .
aduhaiii sedih !
takpelah .. plan aku diteruskan jugak . hehe !!


Happy..... Abang? ooohh abang sangat happy !! yeayy !

kuajo punya kotak

aku pun nyalakan lilin , and tutup lampu dapur .
jengjengjengggg~~~
so lakonan aku pun bermula - - -

husband aku tengah syok lena ,
aku kejut .
" awak , awak . teman pegi dapur jap bleh tak? "
* dia pun bukak mata , tiba-tiba dia senyum sampai nampak semuaaaaa gigi dia .
aku pun jadi macam nak tergelak .
aku fikir ,
alahhh kenapa dia senyum plak ni . dah ternampak kek tu ke tadi??
" kenapa senyum? jom la teman .. saya dengar ada bunyi la kat dapur .."
*dia senyum lagi
" pegi dapur? hihi nak nak nak "
aku pun pelik .
husband aku ni dah tau kot.. alaaa takpela teruskan berlakon!
pastu aku buat muka serious .
" haa tu . dengar tak bunyi tu? macam bunyi kat pintu . takut laa. jom la pegi dapur jap . bukak lampu dapur je .. "
pastu muka dia pun macam nak percaya je..
heheh!! menjadi la kot lakonan aku ni
" mana ada apa-apa.. saya ada ni . takyah takut .. tu bunyi serangga je tu.. "
alahaiii takmau pegi dapur la pulakk..... try lagi !
" jom la.. bukak lampu je.."
pastu aku pun buat-buat takut jalan belakang dia menuju ke dapur .
belum sampai dapur lagi tiba-tiba tergelak .
hampeh betul la.. memang tak boleh jadi pelakon la aku ni ..
alang-alang dah kantoi tu , aku pun tarik dia masuk dapur and tunjuk kek dalam samar-samar diterangi cahaya lilin je .
ecececehhhh ~

pastu punya la gelak dah macam orang gila dah .
malam-malam buta pulak tu .
hadoiii ...

ok...
Happy Birthday ;)

ok dah.. sekian..