08 November 2012

budak pengsan kat pasar borong selayang . ish ish

Assalamualaikum~

hari ni aku nak cerita pasal kegumbiraan , keseronokan , keexcitedan , kebestan kat Pasar Borong Selayang .
adakah aku sedang merosakkan bahasa ibunda???

cadangnya nak pegi pasar borong selayang pukul 6.30pagi.
aku excited sangat nak pegi pasar sampai asyik terjaga je dari tidur .
cehh nampak sangat la aku selalu jarang pegi pasar kan .
aku dengan abang sulung aku gerak dari rumah dalam pukul 7pagi .
  
sampai je pasar borong selayang ,
aku buat lompat bintang tanda aku seronok tak hengattt .
- tipu tipu tipu -
kitorang pun pegi beli ikan , sotong , udang , monyet .
kaki aku rasa sejuk sangatsangatsangat sebab lalu kat air ais ikan yang melimpah kat simen .
makin lama makin sejuk .
pastu on the way nak pegi beli sayur pulak .
tiba2 aku rasa macam nak pengsan .
jadi gelap , kepala aku jadi sejuk .
yang abang aku dah jalan ke depan .
aku nak panggil , tak bermaya karin wehh
aku benti jalan jap , ok ok dah .
sambung jalan balik . tapi malangnya jadi gelap lagi .
aku pegang tangan abang aku 
ececece macam sweet sweet gitu kan ?
aku cakap aku tak nampak .

then ada encik penjual ikan yang sangat baik hati macam tau2 je aku nak pengsan .
dia suruh aku duduk kat box ikan dia tu ,
dia bagi minyak cap kapak .
kaki aku makin sejuk .
aku makin tak dengar .
pastuuuuuu
- - - - - - - - - - - - - - - - - 

aku dah jatuh atas air ikan . yeyyy aku busukk !
aku tak tau bila masa ,
dah ramai kat keliling aku ,
ada kakak indon urut2 kaki , ada yang urut2 tangan .
i rasa macam princess tau ~ haha
aku sejuk tahap titanic la . - titanic part last tu
menggigil . sejuk gileee .
serious aku ingat aku hidup sampai situ je .
meninggal kat pasar ?
oo em ji , contoh suri rumah terbaik wa cakap lu .
haha main2 plak aku ni kan .
alhamdulillah , sekarang Allah masih pinjamkan nyawa .
aku pun balik dengan seluar basah .
bau ikan . tangan aku penuh sisik2 ikan .
ntah bila ikan sedekah sisik kat aku , aku pun tak tau ..

dah itu saje .
bagi siapa2 yang selalu pegi pasar borong selayang ,
mesti perasan ada abang2 kelantan jual ikan .
beli la ikan kat diorang banyak2 tau .
aku berterima kasih sangat2 kat semua yang tolong .
semoga bertambah la rezeki mereka .

pasni pegi pasar kena pakai selimut kot . haha
gedik tiba2 tak tahan sejuk pehal aku ni?
padahal tiap minggu balik russia elok je ..
- tipulagi -

byeee

maceh google . ( gambar sendiri takde , sebab takde paparazi amik gambar )
cettt bajet retiss letteww



23 October 2012

click la . please la . please la .

Assalamualaikum~

wahh click jugak . maseh maseh . 
buat masa ni aku ketandusan idea .
jom la teman baca natang ni jap .
saje suka2 post pasal diri sendiri .
*macam budak takde masa depan je*
my blog whaaattt . . . 
like my heart la ( suka hati aku la )

1. orang panggil Anis , Nish , Joy , Joyah , Fazreena .

2. geli lipas , cicak , lalat , ulat dan alien .

3. sukaaa hamster , kucing , beruang dan alien . aik ??

4. seorang kakak yang comel

5. tak tau pasal politik . study kat politeknik . eh ape kena mengena?

6. pernah baling fon masa tido sebab mimpi tengah main netball . tapi fon sihat walafiat cuma bateri tercabut .

7. pernah jadi cikgu tadika selama 3 tahun hari .

8. teringin nak tengok perokok isap rokok terbalik
- api dalam mulut , filter kat luar . muehehehe!!

9. takde idea dah .

10. ok ada idea . suka dengaq oghang utagha ngan ore pata timur kecek . cececehh ada maksud tersirat tu .

11. wakil pelari pecut peringkat dunia .
     ok dalam dunia ada negara . negaranya adalah Malaysia . dalam Malaysia ada negeri . iaitu Selangor . dalam Selangor ada daerah . daerah Petaling . dalam daerah Petaling ada sekolah . jadi saya adalah pelari pecut peringkat sekolah = dunia . please la paham .

12. sebenarnya tengah tunggu movie habis download .

13. kadang2 tak tumpu dalam kelas tapi angguk2 bila lecturer pandang supaya dia ingat aku dengar .

30. haa dah point yang ke-30 ni . cukup la tu . bye .

^__^  hehohihuha






16 October 2012

Kita Dah Konvo Beb !

Assalamualaikum~

selesai sudah majlis konvokesyen untuk Diploma semalam..
tahniah untuk semua .
lepas ni ntah bila boleh jumpa lagi kan .
tunggu kenduri kawin je le , ye dok?
(memen punye ayat)

*Raptai Konvo*
beratur nak daftar punya la lama .
riuhnya tak payah cakap la ,
dah macam kat pasar .
yang tu cerita , yang ni cerita .
yang tu mengumpat , yang ni mengumpat .
haippp tak mo tak mo....
dah lama tak jumpa la katakan....
ada yang makin kurus , ada yang makin bambam ,
ada yang makin putih ( duk rumah tanam anggur la tu )
ada yang makin gelap ( yang pi main tengah panaih tu pasai pa )
hehehhh
macam aku , aku rasa aku makin....makin malas .
*hantuk kepala kat dinding
time tu la nak tegur kawan kawan ..
rindu gila sampai nangis , melalak , meraung dan sebagainya .
*over tu Joyyy ! tipu belaka .
tapi ada jugak yang tak bertegur .
duk dekat tapi buat buat rabun dekat .
rabun sungguh baru tau!
tak kisah la , asalkan aku bahagia , bukan kau bahagia tau .
hahahah

*Konvo*
ececehhh semua nak baru .
baju baru , tudung baru , kasut baru , beg baru , awek baru , eh tak tak . setia kennnnn......
nak bersiap punya la lama .
lagi2 time nak pakai jubah graduan ,
aku rasa macam tengah berlakon kat dalam cerita Harry Potter .
jap lagi nak naik pentas , terbang je .
ok dah stop stop .
haa... aku dah la orang first naik pentas untuk Sesi Disember 2011 .
sebab orang yang patutnya first tak hadir .
memang beku la tangan aku kan .
tapi semuanya berjalan lancar .
aku tak tersadung ! hooreyyy !

tengok kawan2 naik pentas .
tapi sikit je aku tengok ,
maklumlah . aku kan rabun jauh .
penat mata aku zoom lama2 . yang aku perasan ni je la :)

Sofia
-comel je dia naik tangga pastu senyum kat camera .

Liyana
-jalan sambil senyum sampai depan camera . go girl !

Iman
-alahh tak nampak muka kau . tapi kau jalan macam cover nebesss je. hehehe

Naim
-kitorang tergelak (sikit je) bila kau naik tangga , pastu sampai depan camera first , kau berdiri tegak gile. hahaha

Ayuni
-naik tangga macam berhati-hati betoi . mesti taku terjatuh kan kan? hehehe

Muhaimin a.k.a memen
-macam biasa , lemah lembut je jalan . awwwww~

Azaiman
-aku rasa macam kau orang first yang salam pengarah . kau yang hulur tangan plak tu . hehe cayalah!

Aina
-macam model la Aina ! senyum sampai balik ke kerusi . :)

Sarawanan
-ramai yang tepuk tangan untuk Sara .

Fahmi a.k.a Dato'
-kau jalan memang macam dato' laaa

Suzeanni
-alamak orang tu salah sebut nama . jadi Suzeni la...takpe, kau maintain cute beb .

Luqman
-maintain jalan macam brader cool

haa.. itu saje . tahniah kawan2 !

dicuri dari fb Fahmi . heheh mekasih~
Wan , Fahmi (tuan gambo) , Ejat , Alif , Badrul , Aizat , Naim , Luqman , Nani
Aina , Ezza , Sofia , Wanie , Ayu , Aku , Iman
much much much love

Sarawanan bersama gadis gadis . pehhh kalah Aaron Aziz .



thank you so much especially to mama dan abah yang banyak support Anis.
thank you so much for coming .
thank you so much to my family dan kawan2 .
thank you so much pensyarah . 



anddddd...... thank you so much Azam . heeeee~

 


14 October 2012

Orang Goreng Tepung . sanggup ke nak makan?

Assalamualaikum~

ada korang tau tak sekarang ni ada orang goreng tepung?
haa jangan gedik nak tekan close eh ,
aku nak cerita pasal "orang goreng tepung" kat satu kedai makan ni.

10 Oktober lepas hari last aku kerja kat situ .
so aku lah orang goreng tepung tu .
tapi tak kena goreng la ,
kalau kena goreng dah masuk paper metro dah .
macam biasa , aku memang suka buat tajuk gempak sejujurnya sebab nak bagi orang click .
heehee jangan la maah titewwww ( buat suara gedik )

saje letak web URL kat muka . sebenarnya nak cover muka yg macam zombi tu.. haha

air + telur + tepung + grease trap .
grease trap tu maksud aku ayaq dalam grease trap tu la .
aku memang sukaa busuk busuk ni kan =.="
okehh habis dah pasal orang goreng tepung~~~

* memoriesss *
ni konangan yang tak dapek den lupo

> kejar customer yang tak bayar
jalan laju2 ikut customer . nak lari malu pulak kan .
dah sampai kat customer tu ,
orang mesti tau dia tak bayar .
taknak dia malu punya pasal ,
aku cakap slow gila sambil senyum seikhlas mungkin .
dari jauh orang akan ingat aku ngorat dia .
=.="

> tersasul
tersasul #1
Aku : can I take your order?
Customer : yup , can I have Smoked Salmon Salad please.
Aku : okay one Smoked Salmon Samad .
*customer buat mata bulat*
Aku : eh , Smoked Salmon Salad . I'm ss.. I'm sorry sir ..

tersasul #2
Customer ( pakcik ) : kat sini ada tak coffee letak caramel kat atas?
Aku : oohh... tak ada la kak....
*dalam hati , kakak ape jadah pulak aku ni... terang2 pakcik ada misai depan aku ni panggil kak pulak dahhhh......

tersasul #3
Customer : Can I pay now?
Aku : play ? oops sorry... pay ?
*muka customer tahan gelak sambil angguk
Aku : yes sir , I'll get...I'll get the....bill .
*aku terus pusing dan jalan pegi kaunter sambil pukul2 mulut . hahaha

> retiss retiss dan retiss
maklumlah kat airport kan ,
ramai la artis artis yang datang makan sebelum naik flight .
awal ashaari , neelofa , kak ogy , erin malik , Datuk K dan anak2 , selena ridzuan , waheeda N akhil hayy , siapa ntah lagi aku tak ingat...
jangan nak bangga sangat eh , diorang tu manusia biasa je :P


> customer gediks
yang paling aku tak faham ,
dah makan separuh , mintak tukar yang lain .
sebabnya , dia tak suka .
what the ef ???!!!
kau ingat freeeee??


> jantung aku dupdapdupdap
bukan artis je , Pak Lah dan wife pun datang minum .
ternganga aku kejap .
Tunku Panglima Besar Kedah, YTM Dato' Seri Diraja Tunku Puteri Intan Shafinaz .
mana tak dupdapdupdap kan ...
Tunku Shafinaz friendly sangattt ! i loikeee :)

banyak lagi nak cerita...
tapi aku tengok muka korang macam malas je nak baca .
sampai sini je la...
*touching*

bhahahaa ok bye

dulang atas kepala , jalan silang kaki . bajet model :P


beberapa minit sebelum "dibusukkan" . masih clean n clear  


Cafe Barbera :)



06 October 2012

Mengigau ke ape?

Assalamualaikum~

semalam hari jumaat , 5 Oktober 2012 .
esok nak kerja pukul 12 tengah hari ni .
kena keluar awal sejam . maklumlah kereta baru , kena bawak slow2 .
besar pulak tu . sampai 37 orang muat .
Bas Rapid KL la tu

hari ni hari sabtu , 6 Oktober 2012 .
pukul 10.30 aku keluar dari rumah ,
bajet2 pukul 11 sampai la tempat kerja .
ada sejam lagi .
boleh lepak2 isi perut yang kosong ni .
kalau ketuk mau bunyi sampai ke perlis .

dah sampai , gi makan dulu .
hamik kau , terlentang aku kekenyangan .
ehh takdelah sampai terlentang ,
aku duduk elok2 je sopan macam perempuan melayu terakhir .

pukul 11.50 tengah hari 
duk mesej dengan abe ,
abe cakap hari ni bukan cuti ke?
* terasa buduh sekejap *
hamikk kau . aku pun baru teringat .
sudah cukup sudah ..
balik balik balik . aku pun tengah pening kepala ni.
cehhhh dan dan pening . haha
pehhhh berpeluh peluh aku jalan pegi bustop tadi ,
ini nak balik pulak , tunggu bas lagi .
takpe , sanggup !!
mood hari ni pun tak berapa nak baik .
balik aje laa...
sorry ye boss . pekerja yang cemerlang , gemilang dan terbilang takkan balik kalau dah sampai kan kan?
tapi saya lepak kedai mamak tadi , 
so maknanya saya tak sampai lagi la .
hehehe..
weiii aku cuti la hari ni .
aku ni mengigau ke ape?
aku pun tak tau lah , serabut sangat maybe?
serabut serabut . shyyttt !
hoi mencarut ea?

haa dah kat rumah ni ,
update natang ni la .
juge idea dari abe untuk entry kali ni .
aku pun update je la , lama tak update kan kan kan...

ok booiiii~
layan JustForLaugh kat youtube la boleh buat aku gelak .

24 August 2012

Apendiks di Pagi Raya :(

Assalamualaikum~

" adik tolong sign kat sini ya untuk confirmkan adik nak kena operate ."
first time dalam hidup aku beraya dalam hospital .

**on the way to Kedah**
sakit betul perut aku ni , tapi aku try buat relax .
sebab aku fikir sakit biasa je .
sampai je rumah tok ,
perut aku menambah kegedikannye ke tahap maksimum .
aku rasa macam angin . so aku sapu minyak angin kat perut .
tak lega jugak . so aku sapu minyak sapi .
tak lega lagi , aku sapu minyak masak pulak .
tak lega lagi jugak , aku sapu minyak pengasih .
wahahah takdak aihhh tipu jaa... hehehe


**klinik #1**
pukul 1 pagi 
doktor cakap aku ada gastrik .
aku makan ubat .
ewww kalau ubat tu rasa macam chicken chop ke , ketupat ke , takpelah jugak .
setengah jam lepas makan ubat ,
aku muntah .

**klinik #2**
pukul 6 pagi .
sakit perut tak kurang . 
aku tak boleh tidur . 
nak kejutkan mak , tak sampai hati .
cuma sampai tangan je nak cuit2 mak .
sampailah mak aku bangun sebab aku muntah lagi .
terpaksa pegi klinik lain .
mana tau kot2 doktor tadi main hentam je ke kan . haha..
tapi doktor kat klinik satu lagi ni pun cakap ada gastrik .
aku makan ubat .
aku try nak tidur walaupun dalam kesakitan gila babasss sebab kejap lagi kan raya .
hoorey ! hoorey !

**hospital sultan abdul halim**
pukul 10 pagi .
orang dah balik sembahyang raya .
aku tak boleh bangun sebab sakit perut lagi .
kali ni sakit tahap cipan pakai lipstick .
dengan tak mandinya terus pegi hospital .
takpe .. tak mandi pun i comel tau.. ahak ahak
doktor check . rupanya aku apendiks .
" adik tolong sign kat sini ya untuk confirmkan adik nak kena operate ."
walaupun cuak , aku sign surat tu dengan penuh gaya .
siap angkat kening sebelah lagi .
aku baring je , 2 orang nurse tolakkan katil untuk pegi ke bilik pembedahan .
bilik pembedahan weiiii ! kau jangan main-main.....
sebelum masuk , aku salam mak aku .
syahdunyaa ~
orang lain syok2 tengah salam raya , yang aku pulak , salam nak gi bedah .

**bilik pembedahan**
pukul berapa aku tak tahu . yang aku tahu , hari tu hari raya pertama !
aku baring betul2 bawah lampu .
"tolong letak tangan kat sini ya.."
aku tengok sikit-sikit je .
tangan kiri aku tengah kena inject .
aku rasa kebas .
lepas tu....GELAP.........

" Anis...bangun , Anis.. "
aku bukak mata . nurse tu alihkan aku ke katil lain .
aku pelik . aikk tadi kata nak operate .
tak jadi operate ke? kenapa? doktor nak gi beraya ke?
aku pun tanya nurse tu ,
"tak jadi operate ke kak?"
nurse tu gelak2 . amboyoii.. gelak2 pulak nurse ni .
nasib baik ayaq liuq dia tak kena muka aku .
"dah operate lah adik..."
LAH ! dah ke? bila masa?
tadi kan aku tidur ? tak rasa pun ?
tercengang aku .

dari katil bilik pembedahan aku tengok kat pintu .
nampak kepala-kepala yang tengah senyum-senyum sambil lambai-lambai .
ohh family .
mata aku berat . tak boleh bukak .
woiii aku nak bangun lah . siapa gam mata aku ni?
tapi aku dengar ada doktor cina cakap dengan mak aku .
"nasib baik cepat , apendiks suda merah dan bengkak . sikit lagi mau pecah."
Alhamdulillah ..
-dan aku rehat berjam-jam...........-

cakap perlahan , jalan slow sambil pegang perut .
sebijik macam ibu baru lepas bersalin .
hehehe...
buat masa sekarang , aku tak boleh gelak , tak boleh batuk , tak boleh bersin .
kalau aku buat semua tu , perut aku ni rasa macam nak terkoyak .
mana-mana kawan aku yang suka buat lawak tu ,
aku merayu dulu sebelum sembang .
tolong jangan buat lawak !

sempat lagi ambik gambar sebelum operation. hahah

haha ni buah tangan paling comel . get well soon Anis !




-the end-

terima kasih Allah atas ujianMu