26 August 2014

Dugaan Sebelum dan Selepas Kahwin

Assalamualaikum~

dugaan ada di mana-mana...

hehehe siapa yang dah kawin mesti faham perasaan orang yang dah kawin
so entry ni untuk bakal pengantin boleh...
yang dah kawin pun boleh..

blog aku ni kadang-kadang macam diary aku gak .

tapi diary yang boleh dibaca oleh semua orang .
tu bukan diary namanya !!
ok . bye

aku nak mengajak korang semuaaa supaya jadi lebih sensitif terhadap beberapa perkara.

bukan la nak kata aku ni baik sangat .
tapi disebabkan aku dah pernah kena ,
dan aku pulak sangat caring orangnya 
*wekk ! muntah hijau
aku taknak orang lain kena
wowww baiknya Anis ...
* gosok kepala sendiri

DUGAAN SEBELUM KAWIN


Badan Kurus VS Badan Gemuk

ada orang sebelum kawin stress gila babas
bak kata orang ,
mandi tak kenyang , makan tak basah . eh ehh
yelah , mungkin masa dekat-dekat nak kawin tu la dia diuji dengan masalah yang menimbun .
maka kuruslah badan beliau
lagi kurus dari mentadak mentadu yang bekerjaya sebagai model .
ni la aku nak habaq mai ...
kawan-kawan bakal pengantin jangan la SELALU SANGAT cakap camni ,
" eeee makin kurus lah kau ni .. "
" kurusnyaaa kau ..... "
" eh pinjam jap badan kau . aku nak buat garisan ni . pembaris aku hilang... "  -..-

 dan ayat ni !! paling aku benci !

" ehhh kau ni .. makin kurus pulak . orang nak kawin selalunya makin gemuk .. "

dan ayat-ayat cinta di atas jangan lah kawan-kawan ulang sampai 150juta kali macam Fynn Jamal cakap .

sebab kadang-kadang ada antara kawan-kawan kita ni ayat tu saja nak bagi sakit hati .
yelah , orang kata kalau badan berisi ni hati senang ..
habis tuuuu maksud korang yang cakap kurus kurus kurus tu maknanya bakal pengantin tu hati tak senang la?
kan dia nak kawin ..
of course hati senang + bahagia + tak sabar + gatal + miang
haaa hamik kau !! ggggrrr marah ni marah ni

copp !!
ada orang badan gemuk sebelum kawin pun kena jugak .
so aku memang tak paham laa
ape benda yang korang nak komen lagi ??
seeeeeebok je pasal badan orang .
semuaaaaa tak kena .
cuba diam je . shadap !
:(  :(  :(

DUGAAN SELEPAS KAWIN


Dah Ada Isi ?

biasa la lepas kawin , soalan paling famous ialahhhhhh
" dah ada isi ke? "
soalan tu memang aku dah prepare jawapan dari sebelum kawin .
aku rasa semua orang macam tu . mesti dah prepare .
soalan tu tak ada masalah langsung bagi aku .
yang ada masalah kalau orang cakap camni ,
" belum ada isi ke? lambatnyaaa...."
" kau kawin dah lama kan? belum ada isi lagi ?? "
" Senah tu kawin sama tarikh dengan kau . tapi dia dah pregnant dah weh... "

kalau setakat tanya takpe . serious aku tak kisah .

tapi please la jangan sampai cakap ayat-ayat macam tu .
sebab kita tak tahu sama ada pengantin baru tu boleh mengandung atau tak (mandul)
sorry ye.
kalau betul dia tak boleh mengandung , ayat-ayat tu sangat la boleh mengguris hati dia .
of course ramai yang nak kejar sangat title " bunting pelamin " entah whateverrrr tu kan .
ramai yang nak ada anak .
tapi kalau takdir dia tak boleh , mesti dia sedih kalau orang selalu cakap macam tu .
jagalah kata-kata .
sebab orang yang cakap macam tu pun bukan dia tahu sama ada diri dia tu boleh pregnant ke tak .
so jaga-jaga je mulut tu . takut terpatah balik kat diri sendiri .
Nauzubillah ....
rata-rata kawan aku yang rezeki dapat anak lambat sikit lepas kawin semuanya stress dengan ayat-ayat dari kawan diorang sendiri .


Berat Badan Lepas Kawin

haa ni contoh cerita dari diri aku .
majority orang lepas kawin akan naik berat badan .
aku ni pulak jenis memang susah betul nak naikkan berat badan .
tapi aku ni selera makan macam monsterrrr
sama lah macam suami aku
kurus orangnya
ada pulakkkk orang cakap ,
" kau lepas kawin kurussss je .. orang lain lepas kawin gemuk .. "
" suami kau kurus wehh... kenapa aaa? "
aku ni pulak takde lah nak balas pedas-pedas kan .
aku senyum je siap puji ,
" berisi ye kau dengan suami kau :) "
aku cakap camtu la bagi dia senyap sikit sebab aku dah puji dia..
tapi dibalasnya dengan ayat macam perli aku je ,
" yela.... aku pandai jaga dia .. kau tuu? "

so maksud dia..... aku tak pandai jaga suami aku la ?

serious serious serioussssss
kalaulah ada cctv kat dapur aku
nescaya dia akan suruh aku pulak masak untuk dia
hahahahahaa
dah masak nasi + lauk-lauk , lepas tu aku buat desert lagi tau !
kau hado ?
* belagak jap hehehhh

adaaaa je ayat nak sakitkan hati orang kan .

isk iskk sedih sedihhh !
masing-masing nak belagak dengan kebahagiaan sendiri .
:(

Anak Aku Comel , Anak Kau?

haiii.... dah ada anak pun nak berbunyi lagi ke....
aku pernah terbaca cerita salah sorang kawan aku yang dah ada anak ...
dia cakap dalam facebook je .
anak dia tu belum setahun .
badan anak dia tu tak tembam , tak kurus .
ada pulak manusia komen anak dia .
" anak kau ni kuruuuusss je aku tengok . kau nii.... bagi la tembam sikit... "
aduhai ... ayat tu seolah-olah macam dia tak bagi makan pulak .
sebab tu la dia pun update status sedih-sedih pasal orang komen anak dia .
padahal hari-hari dia jaga bagi makan anak dia .
tak usah la komen anak orang . tengok dulu anak sendiri .

ok lah .

macam dah banyak je aku membebel .
penat penat .
semoga kita semua tak menyakiti satu sama lain .
harap yang kena macam tu.. bersabar lah ye...
kalau tak boleh nak sabar sebab diorang melampau sangat ,
kau debik je diorang .

k byebye

entry ni bukan marah tau .
nanti ada pulaaak orang kata aku marah-marah
ala whateverrrrr la
k byebye lagi sekali







No comments:

Post a Comment