Assalamualaikum~
harini aku nak share pasal something yang jadi kat aku
supaya orang lain tak kena
pengajaran untuk semua
:)
bagi yang dah kawin ,
mesti ada plan nak anak kan
tak kisah la nak lambat atau cepat
bila Allah dah bagi rezeki ,
bersyukur . mesti terus ada baca-baca pasal pregnancy
ada yang ilmu pasal pregnancy ni tak tebal ,
terutamanya yang tak pernah ada anak ,
iaitu takde pengalaman mengandung, bersalin , jaga anak , etc..
so kat sini apa yang aku nak share ,
JANGAN BUAT X-RAY
ini yang jadi kat aku .
aku taknak ia jadi kat bakal-bakal ibu lain
ceritanya camni ,
aku pegi buat medical checkup kat satu klinik sebab aku dapat masuk kerja baru .
so macam biasalah ,
bila sampai klinik , kita kena register nama kat kaunter tu kan
aku pun tulis nama , umur , semua-semua lah .
termasuklah aku TICK kat MARRIED .
bermakna aku dah kawin lah kan .
lepastu , salah sorang staff nurse ( yang bermuka masam tak mesra ) kat situ pun bawak aku pegi timbang berat , tinggi , check BP , check mata dan apa ntah lagi , tak ingat .
lepastu dia bawak aku pegi ke bilik X RAY
bagi yang tak tahu ,
meh sini nak bagitau .
orang yg mengandung TAK BOLEH BUAT X-RAY sebab boleh menyebabkan keguguran .
so bila dah sampai depan pintu bilik x-ray,
aku pun tanya nurse tu .
" kejap , kalau pregnant tak boleh buat x-ray kan? "
dia pun tanya aku balik ,
" pregnant ke? "
dik ooiiii... nasib baik laa 3 hari sebelum aku buat medical checkup tu aku dah baca dalam satu buku yang orang mengandung tak boleh buat x-ray .
buatnya kalau aku tak baca ? apa jadi kalau aku terus ikut je buat x-ray ?
kau pun takde tanya aku sama ada aku pregnant atau tak kan .
bagi aku la ,
( maaf kalau pendapat aku ni salah )
kalau patient tu dah tulis kat borang " SUDAH BERKAHWIN " ,
nurse tu wajib tanya , puan mengandung tak ?
atau kalau berat mulut sangat nak tanya ,
sila la suruh patient tu bagi urine dan buat lah urine test .
caj lah lebih kalau itu yang sangat memalaskan nurse-nurse sekalian .
sebab ini pasal nyawa .
nyawa anak orang dik .. kau jangan main-main ....
( maaf lagi sekali )
so aku harap takkan ada dah nurse yang macam ni kat mana-mana klinik pun .
tapi jangan salah faham ,
tak semua nurse macam ni .
mak aku sendiri pun seorang nurse .
maka terang-teranglah aku langsung tak berniat mengutuk nurse .
hehee....
**dah la awal-awal masuk klinik tu nurse sorang lagi dah buat aku bengang.
haihhh saboo je le..... makin sakit laa patient korang....
ok itu saja ...
waaa...panas ati nampak..relax..x elok untuk baby tu :)
ReplyDeletekirim salam kat baby dalam perot tuuuu.. peace
hehehe mesti la panas hati.. nyawa ni bukan bleh buat main.. hehe
ReplyDeleteanis... dlu mak shera pun penah jd mcm tu.. mak jatuh bilik air.. then smpai hospital dyorg trus buat x-ray. mase tu mak pregnant 2 bulan. Lepas je x-ray dr suruh gugurkan, sbb dr kate da buat x-ray janin rosak. mak abah buat istikarah & teruskan jugak. Alhamdulillah dpt la adik bongsu..huhu. pihak hospital sepatut nye take serius hal ni.
ReplyDeleteYeke shera.. Ish.. Senang je cakap suruh gugurkan
ReplyDelete