28 November 2014

Perjalanan 7 Bulan :)

Assalamualaikum~

amboi amboii lamanya tak update blog ni
jadi malas nak update sejak-sejak alahan teruk
semua benda jadi malas .
buat kerja pun malas .
cehhh alasan :P

Alhamdulillah dah masuk 7 bulan
last muntah bulan ke 5 haritu
lama gak kan aku alahan
saje lah nak share pengalaman sejak bergelar mak buyung ni
hekhekk

# 1 Minggu
- tak tau pun dah ada

# 2 Minggu
- tak tau jugak

# 3 Minggu
- masih belum tau . tapi dalam hati ni berharappp je lagi 2 minggu "kawan baik" (period) tak datang .

# 4 Minggu
- belum tau jugak . tapi ada sakit-sakit and pedih-pedih perut .
dalam hati rasa macam dah ada tapi taknak berharap sangat takut kuciwaaa

- jalan turun tangga kat rumah pegang perut konon-konon nak jaga .
padahal belum tau lagi . cuma syok sendiri hahahahaa

# 5 Minggu
- Husband banyak kali ajak pegi klinik sebab duk sakit perut . 
tapi aku taknak sebab nanti mesti doktor suruh buat UPT . aku fikir kalau takde isi lagi mau nye aku frust menonggeng kat situ jugak . hahaha

- Husband insist pegi klinik hari Khamis sebab hari Khamis dia balik awal minggu tu .
so dengan pantas dan tuntasnya aku pegi beli UPT hari Selasa sebab nak check sendiri kat rumah sebelum dikecewakan oleh doktor hari Khamis tu hehehhh

- Pagi hari rabu aku bangun terus check UPT 
sekejappppp lepas tu naik dua line terang and jelasss !
tangan aku pun menggigil-gigil , mata aku yang besar ni jadi lagi besar , andddd menangis lah aku dalam toilet tu sambil jerit halus-halus AAABAAANGGG !! hahahahahaaa

- dari awal kawin dah niat dalam hati kalau aku tau aku pregnant je , nak buatkan kek untuk husband and tulis something atas kek tu hihih
- so cepat-cepat prepare barang buat kek . lepas buat kek masak dinner special untuk diaaaa <3

- pastu dia balik kerja aku pun sengih-sengih macam kerang busuk tak busuk . tapi dia macam tak pelik je dengan perangai aku tu . maybe sebab aku dah selalu sengih macam tu -.-"

- lepas dinner aku hulurkan kek tu sebelum dia bukak mata .
aku suruh dia tutup mata cehhh konon-konon surprise sangat kaann

- dia bukak je mata , dia baca tulisan atas kek tu .
ada laaa mana boleh bagitau kat blog ni . nanti korang tiru ! hahahahah
aku tulis la something-something macam hint yang husband aku tu bakal jadi ayah :)

# 6 Minggu
- kehidupan berjalan seperti biasa . takde alahan langsung . tapi macam berharap ada alahan sebab nak merasa perasaan orang muntah-muntah tu macam mana . ngeksss betul kan ahahaha

# 7 Minggu
- on the wayyy pegi rumah mama nak bukak puasa .
hamik kauu nak muntah sangat kan .
muntah dalam kereta . nasib baik memang standby plastik .
uhhhh baru muntah sekali dah rasa lembik .. sebab masa tu bulan puasa .
start tak boleh bau masak-masak terutamanya BAWANG
aku paling tak suka tengok bawang . ataupun daun bawang . ataupun syampu bawang hehehe

# 8 Minggu
- alahan semakin teruk . takde selera makan .
dah lah bulan puasa . gagahkan diri jugak untuk berpuasa walaupun muntah-muntah

SKIP minggu lah . lama sangat . hahaha

# 15 Minggu
- satu hari tu aku tak bangun sebab sakit kepala yang teramat sangat . husband yang kejutkan sebab dia nak pegi kerja . masa salam tangan husband pun tak dapat bangun elok-elok sebab rasa macam lembik gila babasss .
tiba-tiba menangis ( biasa la sensitif melampau ) . husband pun tak jadi pegi kerja sebab tengok bini dia ni lembik semacam je . ataupun dia kesian tengok bini dia yang comel ni pagi-pagi menangis dah macam pagi raya pulak :P
aku muntah muntah muntahhhh .
22 kali aku muntah haritu . makan pun tak selera .
seksanyaaa

# 16 Minggu
- kena masuk wad sebab muntah darah . tido la ngkau kat dalam hospital tu haaa

# 18 Minggu
- alahan belum habis . muntah muntah dan muntah . tapi selera dah ok sikit
- aku penah tak nak makan nasi .. mintak kat husband naaaak sangat makan Tomyum Kung kat Secret Recipe.. teringin sangat and rasa macam makanan tu je yang aku boleh telan .
haa ye lah tu .. betul-betul lepas makan , aku muntah . muntah pedas . woi peritnya tekak aku adoiii ..
tahniah tahniah -.-"
membazir je makan nak dekat RM30 sorang.
baik pegi makan roti kosong je kan hahaha

ok SKIP minggu lagi

# 20 Minggu
- selera macam monsterrrr . orang kata sebab makan untuk dua orang .
tapi gaya aku makan macam bukan untuk dua orang . tapi macam untuk empat lima enam seratus orang .
berat badan naik mendadak daripada 48kg naik ke 56kg .
so merasa lah aku hadiah special , iaitu air gula dari doktor tersayanggggg

Alhamdulillah sekarang masuk 28 minggu ,
alahan semua dah takde . dah boleh masak .
aku makan dalam kuantiti yang banyak and..... banyak kali .
not good ! not good !
** 61.5kg **


Mengidam ?

- aku takde la mengidam nak pelik-pelik .
cuma awal-awal pregnant haritu aku banyak mintak buah .
buah mata kucing and jambu air .
husband aku la yang cari buah tu .
awww terima kasihh sayang ..
wehhh tak payah nak gedik-gedik konon sweet dalam blog ye
hihhih
- lepastu aku penah makan kerang rebus berbungkus-bungkus . ratah macam tu je
pehh sedap gila masa tu . husband aku jugak yang pegi beli malam tu .
- hari-hari nak minum air kelapa . sampai pegi kerja pun bawak air kelapa tu dari rumah .
- hari-hari nak makan / minum benda sejuk . paling teringin aiskrim dalam plastik tu . apa ntah orang panggil . aiskrim pop kot ? yang warna-warni tuu and asam boi . husband jugak yang cari aiskrim tu .
and kawan-kawan yang sweet sangat , Iman & Yana . terharuuuuuu ... terima kasih kawan-kawannn !

ni dari Iman .. siap buat surprise tuu hahaha

ni pulak dari Yana.. datang rumah . ice cream delivery !


Pelik-pelik ?
- tiap kali aku balik kerja aku mesti suka duduk dalam kereta selama at least 20 minit .
lepas tu baru masuk rumah.
woii membazir minyak je kann .
aku pun taktau kenapa macam tu .

- tak suka dengar bunyi ringtone / message tone / warning tone kat handphone samsung kecik . siap sorok bawah bantal . hahaha

itu je la kot yang pelik-pelik

macam-macam ragam orang mengandung ni
tambah plak sekarang ni aku dah susah nak bangun dari duduk and susah nak tido .
sebab sakit pinggang rasa macam nak tercabut pinggang ni ha ..
terima kasih encik Azam husbandku sebab sentiasa bersabar sepanjang jaga orang mengada-ngada ni . hehehe

so next update ,
Hari : bila rajin
Masa : bila rajin

ok :)


2 comments: