19 February 2014

Juwita & Taufik - Lovers In Subang :D

Assalamualaikum~

bukan cerita Lovers In Paris .
tapi ni cerita Lovers In Subang , okay .

14 . 02 . 14
Alhamdulillah ..
maka pada tarikh ini Hirda Juwita si cantik manis berlesung batu pipit di pipi bertukar status dari Cik Hirda Juwita kepada Puan Hirda Juwita....
hehe
purple gitewww... korang sweet kuasa tiga puluh tiga belas ratus empat juta lima belas ratus ringgit . ehh ??
sambil tulis blog ni aku pasang lagu cintan cinton
bagi feeling lebih sikit nak tulis blog pasal korang ni Jue , Taufik oiii
encik tu pun dah tido ..
takde siapa nak mesej sayee . hehek
ngengada doohh penulis ni , tumbuk kang

mesti syahduuu je time ni kan haha :')


okay
al ceritanya , Jue dah pun arrange flower girls untuk wedding dia
semuanya lapan orang termasuk aku
hoyehh gumbira !

so hari yang ditunggu-tunggu ,
15 . 02 . 14

gegirl semua pun bersiap lah
* make up make up *
ada yang tak reti pakai eye liner
ada yang baju dia belum iron
ada yang iron baju sampai terbakar
ada yang berpeluh sampai rasa nak mandi 10 kali
ada yang lapar gila
ada yang kasut tercabut
ada yang sibuk snap gambar
ada yang takut kat jarum peniti 

hihihi jangan mareee







aku tengah snap-snap gambar sementara gegirl lain bersiap ,
Puan Juwita kita call
" u olls kat manaa ?? we olls tunggu niii , bila u olls nak datang ?? semua dah tunggu ni , Taufik dah sampaiii "

di sini kami ingin memohon sejuta ratus lapan ribu enam ringgit tiga puluh juta belas kali kat Juwita , Taufik dan semua kerana telah membuat anda semua menunggu ..

sebenarnya kami semua nak buat suasana suspens supaya menambahkan debaran Juwita dan Taufik macam tengok cerita seram . so hangpa toksah la pi tengok wayang cerita hantu ....
hihihi sorry sangat kitorang agak lambat .. ada masalah teknikal :(


bila dah masuk dewan ,
rose petals tu pun dibaling masa Juwita and Taufik jalan kat red carpet .
eh , baling ke ? ke tabur ?
macam tak sesuai je tabur ?
campak ke ? lagi la tak sesuai
ah apa-apa je la
hihi

selesaiiii



to Juwita & Taufik ,
Anis doakan korang bahagiaaaaa sangat hingga ke syurga ,
semoga dimurahkan rezeki , dipermudahkan segala urusan .
happy selalu ye Jue , Taufik .

Congratulations to you both and may you carry the joy of this happy day close to your heart as you journey the road of life together...
nampak tak ni ayat copy paste? haha

Alhamdulillah ... 

saya juga nak mintak maaf kpd Juwita dan Taufik kerana telah menculik gambar2 anda dari facebook . sekian .





22 January 2014

HIV Test seksyen 7 Shah Alam

Assalamualaikum~

hari ni 22 / 1 / 2014
lagi 2 bulan je nak ke 22 / 3 / 2014

kalau ingat tarikh je , mula la berderauuuu darah .
nervousnyaa !

so entry ni idea daripada Mr. F , iaitu Mr Fifi Fairuz Fuyoo .
hehee Mr F is Mr Fiance

" tak nak ambik gambar borang ke wk? nanti kan awk nak tulis dalam blog ... hahahahaa "
berdekah-dekah la beliau gelak sampai semua orang dalam klinik tu tengok kitorang termasuklah pesakit yg dalam bilik doctor pun keluar jenguk .
* tipu
* melampau
* tipu melampau



maka ,.... lepas siap isi borang ,
sesi bergambar pun bermula la .
kalau ada instagram dah masuk dah nii
tak terfikir pun nak tulis blog ,
tapi lepas encik tu cakap , terusss rasa nak tulis lah .
hahaha gedik . bye .

so kitorang pun tunggu giliran lepas ambik number ..
pastu doctor tu pun panggil ..

" Anis ye ? "
" Ye ye "
" Kawin bulan berapa ? bulan 3 ? "
" Ye bulan 3 "
( aik macam mana dia tau ? nak kena jemput ke ni ? )
............................
krik krik krik..............
...........................
" Sakit ke ? "
" Tak sakit... kena gigit nyamuk lagi sakit "
* angguk angguk

Pup !!
keluar la cecair warna merah pekat dari jari gebu halus mulus ni .
hahahahaha perasan
uwekkk aku geli pulak aiii tengok dia picit jari aku untuk keluarkan darah ..

sebenarnya risau jugak sebelum buat HIV Test ni ..
ye la , kadang2 tanpa kita sedar penyakit tu dah ada .
walaupun bukan salah kita kan kan...
Alhamdulillah , kami negatif ..

:)

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah


25 December 2013

Cermin Kereta Dipecah . TRAUMA :(

Assalamualaikum~

hari ni hari paling sedih
and hari yang menakutkan

doa orang teraniaya dimakbulkan Allah

selalunya bila aku tengah buat kerja ,
dalam setiap 3 minit atau kurang ,
aku mesti akan toleh ke kiri untuk tengok cctv monitor .
sebab dari situ aku boleh tengok kereta aku .
dan boleh tengok siapa yang nak masuk office .
or siapa yang tekan loceng office .

aku ni ada tabiat suka buat kerja sambil dengar lagu .
tapi hari ni rasa macam nak biarkan office tu sunyi .
tak pasang lagu , senyap sunyi je office tu .
macam biasa , setiap 3 minit atau kurang ,
aku toleh ke kiri tengok cctv monitor ..
tak ada apa .
yang ada cuma kereta aku sebijik comeyyy je duk situ diam2 .

ok sambung buat kerja ..
tiba-tiba dengar bunyi bising .
bunyi tu jelas sebab aku tak pasang lagu .
bunyi macam hentaman / ketukan .
aku terus toleh tengok cctv .
camera ke-4 (CAM 4)

ya Allah !
aku tengok ada sorang lelaki tengah cuba pecahkan cermin kereta aku .
terkejutnya aku macam nak pengsan .
aku terus ambik handphone dial 999
berlari aku pegi bilik boss ..
sebab dari bilik boss aku boleh tengok direct dari tingkap ..
and boleh nampak no plate kereta orang tu yang parking sebelah kereta aku ..

belum sempat operator jawab ,
lelaki perangai syaitan ni dah pun pecut laju .
aku nampak no plate dia QAU je...
number belakang dia tak sempat tengok ..

lepas few minutes ,
3 kereta polis sampai  ..
barulah aku berani nak turun .

hancurnyaaa hati aku tengok cermin kereta aku pecah
sedih teramat sangat
apa salah benda yang tak ada akal ni pada manusia yang ada akal tu?





rupanya si manusia perangai syaitan tadi pecahkan cermin kereta
semata-mata nak ambik roadtax aku

boss sampai and bawak kereta aku pegi bengkel
pasang cermin ...

then pinjam kereta kawan boss sebab nak gi balai .
dah la menggigil tak habis lagi ,
dah pulak kena bawak kereta manual pegi balai
sorang-sorang haa
berapa tahun duk bercinta dengan kereta auto
tiba-tiba kena bawak manual
sambil mata basah-basah ,
dahi aku pun basah risau enjin mati tengah jalan

Alhamdulillah selamat sampai balai polis
and buat report

takpe la duit aku melayang untuk pasang cermin , tinted , roadtax
mungkin bukan rezeki aku lagi nak kumpul duit sekarang
tapi aku nak manusia yg tak gunakan akal manusia tu dihumban masuk ke rumah besi
supaya orang lain tak jadi mangsa lepas ni

cubaan dia untuk pecahkan cermin banyak kali gagal
dik , tak semudah tu dik .
jangan pandang rendah kat viva yang kecik tu
apa ingat aku tak pasang tinted ke ?

nasib kau baik sebab situ tak ada orang .
kalau ikutkan cubaan kau pecahkan tu ,
memang tak sempat la kau kalau kat situ ada orang .
dah tak boleh pecah ,
guna kaki pulak sampai 3 kali baru berjaya ye ?
tak cepat putus asa kau ni .

aku share video dari cctv office aku untuk iktibar .
tengok dari apa yg dia pakai ,
bentuk badan ,
mana tau kot-kot ada siapa-siapa kenal si manusia jahil ni
kereta Perodua Viva , warna hitam , no plate QAU (number tak nampak)
tapi mungkin jugak no plate QAU tu palsu je ....

0:04 saat
dia usyar line clear dulu
perhati orang sebelah penumpang (depan)
pegang topi putih

skip ke 10:15
dia datang balik 
dan pecahkan cermin
terus ambik roadtax  :'(




kalau tak boleh play ,
search je kat youtube
Pecah Cermin Kereta - TSB Sungai Buloh

satu benda yang buat aku tertanya-tanya
kenapa alarm kereta aku tak bunyi ?
dah kena hentam camtu pun tak bunyi
aku pelik . hmmm nanti aku call perodua pulak .

lastly ,
terima kasih Allah atas ujianMu .
terima kasih kpd polis sg buloh , boss , tunang saya , Zati and Nazirah
semua ni pandai je buat lawak termasuk la polis dgn boss .
boleh laa bagi aku senyum di saat-saat hilang kekuatan ;)

* tengah bagi penjelasan kat polis ,
boleh pulak dia potong aku cakap and tanya ,
" Cik dah makan ? "
maybe sebab dia dengar aku macam panik kot .
atauuuu dia tak dapat dengar aku cakap apa
sebab pipi tengah disirami air terjun Niagara .
T.T

sedihnyaaa tengok bestfriend tercalar
hancur hati ni tengok :(






hati-hati ye semua orang
bahaya ada di mana-mana
TRAUMA !! :(


09 December 2013

Anisa & Din . SAH ! Alhamdulillah ~

Assalamualaikum~

hari tu update pasal kawan bertunang .
hari ni nak update pasal kawan nikah pulak .
ramai kawan-kawan yg dah kawin ,
yg dah ada anak pun ramai .
semuanye sebaya .
kawin di usia muda ni bagusss ..
ececehhh aku bila ?
hahahaha

Nisa ni masa akad nampak relax brader relax je .
aku pulak yg berdebar .
hahaha


segak hang nohhh patut la Din bekenan :P

this beautiful lady is Anisa Nasruddin :)

maka 30.11.13 sah la Nisa bertukar status .
Alhamdulillah ....

of course laa nanti lindu lindu nak merempit dengan kau Nisa .
pagi-pagi buta pukul 4.30pagi dah terpacak depan rumah aku
pastu merempit naik motor pegi kerja .
nanti rindu nak borak-borak sambil makan McD .
nanti rindu nak mengarut ngarut dengan kau kat whatsapp .
maklum laa , kau dah kena kurangkan karut mengarut tu sebab kau tuuu dah jadi bini orang !!
hahahaa aku boleh lagi jadi kanak-kanak ribena hehehe

alamak banyak sangat flash camera . one more one more !
tapi gamba atas ni aku rasa muka kau macam Memey Suhaiza lah Nisa .
hahaaa tantiknyeee !

ala pengantin oren tak pandang camera ~

ok yang ni sweet 

* lap air mata *
heeheee...

buat Nisa dan suami Nisa ,
tahniah !
aku doakan korang bahagia selalu ,
bahagia hingga ke syurga .
dan.... semoga aku cepat dapat jadi aunty . ehh???
HAHAHAH

ohhh satu lagi Nisa ,
mintak maaf laa aku tak sempat nak belikan hadiah yang kau mintak tu .
hahahaaaa Nisaa nisaa...
* geleng kepala *

love you Nisa ! 

hehee tataa ~


23 November 2013

Sofia ; The Cincin

Assalamualaikum~

Walaupun dah nak dekat dua minggu cerita ni ,
aku nak jugak masukkan dalam entry .
sorry Sofia , lambat sangat update .
kite busy laa . hari hari ada meeting datin-datin

tak tau nak buh tajuk apa ,
The Cincin je la .
kelakar kan? tolong gelak tolong gelak .

Alhamdulillah , selamat sudah kawan aku yang cung ni bertunang .

masa aku bertunang hari tu , dia selalu cakap
" macam tak pecaya je . macam tak pecaya je .. "
ehh tu ayat Sofia ke ayat Shasha ??
hahaha

10 . 11 . 13
puteri bongsu , Cik Sofia

oiii jiran , kite ade dua cincin tau . haaa ngko ade? hahahaa

haihhh rindunya waktu ni .
jumpa dengan kawan-kawan .
ada yang tak pernah jumpa dan tak kenal pun .
tapi jadi macam dah kenal ,
gurau-gurau manja-manja tepuk-tampar tumbuk-tumbuk tarik rambut dan sebagainya

so hari tu aktiviti menghabiskan battery handphone masing-masing dijalankan dengan penuh makanan dalam perut ... ehh ??

Pink + Yellow

we are The Dulang Girls !! wiwit wiwitttt !!


alolorrr sweet je makcik ni dengan dress pink

aku pegang " korang sangat cute okay ! " sebab twins ni memang cute !! AZRA n AFZA <3

masa majlis pertunangan aku ,
Sofia ada pegang props " I'm next! "
mungkin Iman dah mandrem props tu ,
dah dikrungkrengkrongkan oleh Iman .
memang jadi kenyataan !!
Sofia bertunang lepas aku bertunang .
hari tu aku halakan props yang sama kat Farah .
so... Farah , nanti bagitau ek kitorang kena pakai baju warna apa nanti ..
hahahaha


Aku : She's Next !!
Farah : Homaigoddddd

Makwekuu !! bila lagi nak manja-manja dengan Iman ni haaa.....

Gadis-gadis cung

semua muka tak bersalah duduk atas pelamin orang . hahaa

kesian Miza duk bawah tiak kite . hahaha
tak tau lah kenape aku suka sangat posing camtu
.

woaaa best sangat hari tu .
rindu kawan-kawan semua .
Kalau Ayuni , Ezza , Min n Aida ada kan besttt
takpelah kita jumpa kat majlis kawan kita pasni pulak .
agak-agak pasni sape ekkk ?
hehehee

aku balik awal hari tu .
rasa nak nangis je pulak bila salam peluk kish korang .
lagi-lagi dengan kawan yang duk jauh .

much love ! muahh for Aina <3

To this beautiful young lady ,
Sofia ,
2 people , 2 lives , 1 love .
Enjoy the love that grows ,
I hope your life together will be filled with happiness and lots of love .
welcome to the club , Sofia !!
hehehee

Engaged 10.11.13 <3

To Encik Wandy ,
jagalah kawan kami ni elok-elok ,
bukan jaga fizikal saja ,
tapi jagalah hati jugak ok....
beratur orang nak Sofia ni tau .
tapi Sofia pilih Wandy .
kami kawan-kawan nak menangis pulak tengok Sofia disarungkan cincin .
apa lagi ayah n mak Sofia .
Anis doakan Sofia dan Wandy bahagia hingga ke syurga .
cepat-cepat kawin ye !!!

Tahniah to Ayah n Mak Sofia .
akhirnya puteri bongsu melangkah ke fasa baru :)

cute props made by Iman .
untuk tempahan sila tinggalkan nombor telefon anda =D





06 November 2013

Resepi Chocolate Cheese Cake

Assalamualaikum~

hari ni nak pos cerita perasan sikit lah .
disebabkan semalam Anis pos gambar Chocolate Cheese Cake kat facebook ,
ada la permintaan resepi .
kembang jugak la hidung ni kan...
padahal Anis guna resepi dari blog-blog yang Anis search dalam google .
hehehe...
tapi Anis ubah sikit-sikit ikut taste sendiri , konon-konon chef la ni kan ...
hahaha perasan bwekkk

kepada kawan-kawan yang dah lapo perut bunyi lagu black metal tu ,
cepat gi beli barang !!


Chocolate Cheese Cake

Bahan Kek Coklat :
2 biji telur
1 cawan gula halus
3 sudu besar esen vanila
1/2 cawan susu segar / susu cair ( Anis guna susu cair )
1/2 cawan minyak jagung / minyak masak ( Anis guna minyak sayur )
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar serbuk koko ( Anis letak 1/2 cawan )
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 cawan air panas
secubit garam
* kalau rajin dan nak texture kek halus mulus , ayak tepung , serbuk koko , soda bikarbonat & baking powder sekali :)

Cara :
1) Pukul telur dan gula halus sampai kembang .
2) Masukkan esen vanila dan garam , pukul lagi .
3) Masukkan air panas , susu dan minyak , pukul rata .
4) Masukkan pulak tepung gandum , serbuk koko , soda bikarbonat & baking powder , pukul kasi sebati ya adik maniss
5) Kalau texture dah cantik , bahagikan sama banyak kepada dua bekas . ( untuk buat lapisan atas dan bawah )
6) Biarkan sekejap , buat cheese pulak :)

Bahan Cheese :
250 gram cream cheese
60 gram gula halus
1 biji telur
3 sudu besar air
1 sudu besar tepung gandum

Cara :
1) Pukul cream cheese dengan gula .
2) Masukkan telur , pukul sampai kembang .
3) Masukkan air dan tepung gandum , pukul rata .

So here we go ,
1) Panaskan periuk kukus dulu , sapu sikit butter sekeliling loyang .
2) Bila air dah mendidih , tuang adunan coklat pertama selama 15-20 minit .
3) Kalau dah masak ( kek jangan kering ) , tuang cheese dan ratakan , kukus selama 15 minit atau sampai cheese tu tak melekat .
4) Tuang adunan coklat kedua selama 20 minit atau sampai dia masak la yer
* Boleh tutup dengan aluminium foil untuk elakkan air menitik atas kek masa kukus .

Ok siap . Jom buat Chocolate Topping .

Masak secara double boiler
1) 1 cawan serbuk koko
2) 2 sudu marjerin / butter
3) 5 sudu besar susu pekat
4) 4 sudu besar susu cair
5) 1/2 cawan air
6) 2 sudu tepung jagung
* Kalau rajin , sebelum tuang atas kek , tapis dulu supaya topping halus mulus macam muka Kak Ton

ok itu saje ..
sorry kawan-kawan .
hari ni tak sempat nak pm kat facebook .
boss bagi keje banyak pulak haaa...
ni pun taip laju-laju kat office .
haha
dah buat kek tu jangan lupa kat kita ni ..

* entry kali ni lain sikit , kena guna nama Anis instead of Aku sebab ada kakak-kakak , puan-puan , datin-datin yang baca . hahaha *

ok tataaa



20 September 2013

orang tu

Assalamualaikum~


ada orang tu call tadi .
dia cakap aku dah lama tak update blog ni .
hehhehh ~
macam terharu sikit sebab ada jugak orang baca .
ececeee ...
hahahahaaaaaaaaa ..... ok cukup ..

haa ni kira dah update la kan ..
ok tataaa

:)