06 November 2013

Resepi Chocolate Cheese Cake

Assalamualaikum~

hari ni nak pos cerita perasan sikit lah .
disebabkan semalam Anis pos gambar Chocolate Cheese Cake kat facebook ,
ada la permintaan resepi .
kembang jugak la hidung ni kan...
padahal Anis guna resepi dari blog-blog yang Anis search dalam google .
hehehe...
tapi Anis ubah sikit-sikit ikut taste sendiri , konon-konon chef la ni kan ...
hahaha perasan bwekkk

kepada kawan-kawan yang dah lapo perut bunyi lagu black metal tu ,
cepat gi beli barang !!


Chocolate Cheese Cake

Bahan Kek Coklat :
2 biji telur
1 cawan gula halus
3 sudu besar esen vanila
1/2 cawan susu segar / susu cair ( Anis guna susu cair )
1/2 cawan minyak jagung / minyak masak ( Anis guna minyak sayur )
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar serbuk koko ( Anis letak 1/2 cawan )
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 cawan air panas
secubit garam
* kalau rajin dan nak texture kek halus mulus , ayak tepung , serbuk koko , soda bikarbonat & baking powder sekali :)

Cara :
1) Pukul telur dan gula halus sampai kembang .
2) Masukkan esen vanila dan garam , pukul lagi .
3) Masukkan air panas , susu dan minyak , pukul rata .
4) Masukkan pulak tepung gandum , serbuk koko , soda bikarbonat & baking powder , pukul kasi sebati ya adik maniss
5) Kalau texture dah cantik , bahagikan sama banyak kepada dua bekas . ( untuk buat lapisan atas dan bawah )
6) Biarkan sekejap , buat cheese pulak :)

Bahan Cheese :
250 gram cream cheese
60 gram gula halus
1 biji telur
3 sudu besar air
1 sudu besar tepung gandum

Cara :
1) Pukul cream cheese dengan gula .
2) Masukkan telur , pukul sampai kembang .
3) Masukkan air dan tepung gandum , pukul rata .

So here we go ,
1) Panaskan periuk kukus dulu , sapu sikit butter sekeliling loyang .
2) Bila air dah mendidih , tuang adunan coklat pertama selama 15-20 minit .
3) Kalau dah masak ( kek jangan kering ) , tuang cheese dan ratakan , kukus selama 15 minit atau sampai cheese tu tak melekat .
4) Tuang adunan coklat kedua selama 20 minit atau sampai dia masak la yer
* Boleh tutup dengan aluminium foil untuk elakkan air menitik atas kek masa kukus .

Ok siap . Jom buat Chocolate Topping .

Masak secara double boiler
1) 1 cawan serbuk koko
2) 2 sudu marjerin / butter
3) 5 sudu besar susu pekat
4) 4 sudu besar susu cair
5) 1/2 cawan air
6) 2 sudu tepung jagung
* Kalau rajin , sebelum tuang atas kek , tapis dulu supaya topping halus mulus macam muka Kak Ton

ok itu saje ..
sorry kawan-kawan .
hari ni tak sempat nak pm kat facebook .
boss bagi keje banyak pulak haaa...
ni pun taip laju-laju kat office .
haha
dah buat kek tu jangan lupa kat kita ni ..

* entry kali ni lain sikit , kena guna nama Anis instead of Aku sebab ada kakak-kakak , puan-puan , datin-datin yang baca . hahaha *

ok tataaa



2 comments:

  1. Assalam. Boleh la saya cuba yer :)

    mazlinamr.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh puan ada blog rupanya.. hehee :)

      Delete