05 September 2018

Keindahan Bersalin :)

Assalamualaikum ~

Alhamdulillah aku dah pun selamat bersalin. Kali ni bersalin secara normal. Dapat la aku merasa kedua-dua cara bersalin..

So entry ni aku nak story experience aku bersalin secara normal pulak.

26 May 2018

Macam biasa, lepas sahur dan solat subuh, aku tido balik. Lagipun haritu hari sabtu. Aku cuti. So tido je lah kan haha.
Masa sahur tu aku rasa badan penat sangat, plus sakit2 pinggang.
Tapi aku takde terfikir tu tanda nak bersalin.
Aku fikir biasa lah kan dah sarat, macam-macam la sakitnya.

Dalam pukul 8.00 pagi, aku still tak rasa nak bangun sebab macam makin kuat pulak sakit pinggang. So aku sambung tido hahah.
Dipendekkan cerita, dalam pukul 12 tengah hari aku pegi toilet dan terperasan ada darah.
(Alamak kantoi bangun pukul 12 hahaha)
Aku terus call husband dan kebetulan memang dia dah nak balik kerja time tu.
So aku bersiap-siap, dalam pukul 3 sampai hospital (eh lama jugak bersiap tu haha).

Sampai hospital, register, terus masuk buat CTG dan check bukaan. Ada bukaan 1cm. Aku dibenarkan balik.
Masa ni dah nervous sebab tak sangka dah ada bukaan rupanya.

Sampai rumah, aku naik turun tangga, jalan-jalan, jalan itik untuk percepatkan bukaan.
Agak-agak lenguh kaki, aku stop dan rehat kejap. Pastu sambung balik jalan-jalan.

27 May 2018

Lebih kurang pukul 12 malam, contraction pertama datang. Terpejam jugak lah mata ni menahan sakit. Frequency lebih kurang setiap 20-30 minit. Rating sakit 1 hingga 10, aku bagi 3. Maknanya still boleh senyum lagi time nih.
Aku tak boleh tido sampai pukul 4 pagi, contraction kuat datang. Rating sakit : 5/10

Contraction makin kerap so aku fikir maybe dah ada bukaan dalam 3cm kot.
Lepas sahur, kami gerak ke hospital.
Sampai je parking hospital, sempat lagi tunggu dalam kereta sampai pukul 7 pagi. Sebab tiba-tiba contraction makin slow dan tak kerap.

Aku masuk register dan buat CTG. Lepastu check bukaan. Frust gila wehh baru 1cm jugak, tak bergerak. Ingatkan dah bukak beso sikit, rupanya tak !
Tapi sakit dah macam apa dah. Disebabkan contraction kuat, aku tak boleh balik.

Minit demi minit, jam demi jam. Aku layan contraction yang kadang-kadang kuat kadang-kadang slow.
Sampai waktu malam, katil menunggu penuh. Terpaksa la aku tido atas kerusi sambil layan contraction.
Seksa wehh! Tapi nak buat macam mana, aku yg pilih untuk ke hospital kerajaan. Kena la paham dan hadap, kebetulan orang nak bersalin terlampau ramai masa tu.

28 May 2018

Tak bersalin lagi? Hahah! Check bukaan baru 2cm tapi sakit dah macam hapee je.
Aku sampai fobia nak berjalan sebab tiap kali aku bangun dari duduk, baru jalan selangkah, contraction kuat datang.
Ada jugak aku gigih cuba jalan masa contraction, tapi tak mampu jugak untuk gerakkan kaki melangkah, kepala aku melekat kat dinding, tangan kat perut, mata mesti terpejam, ketap gigi. Fuhhh seksa!

Bila buat CTG, contraction kuat tapi still 2cm. 
Doctor dan nurse tanya, aku minum air selusuh ke? Kuat sangat contraction ni tapi jalan lambat bukak.
Seriously aku tak minum air selusuh walau setitik.
Perasaan masa tu bercampur baur. Geram+risau+tak sabar+excited+sedih semua ada. Memang mood ke laut lah.
Sebab mood ke laut?
Aku dah penat tahan sakit lebih sehari, tak tido, rindu anak, dan tak selesa!
Dah la rindu sangat kat anak sulung. Sampai bengkak-bengkak lah mata aku ni nangis teringat kat dia. 

Dalam pukul 3 pagi, baru dapat katil.
Alhamdulillah.
Fuhh dapat la aku lunjur kaki yg lenguh ni dan tido.
Ehh kau ingat boleh tido ke kalau contraction datang tiap 5 minit??
Hahaha memang idok le.
Aku dapat la baring kejap. Terlelap tu ada, paling lama dapat tido dalam 10 minit. Hahaha lama kan aku tido? Kihkihkih sabo je la.
Setiap kali contraction datang, aku genggam cadar katil. habih tu nak genggam apa lagi .
Meleleh jugak la air mata ni tahan kesakitan yang amat !

Lebih kurang pukul 5 petang, check bukaan dah 3cm.
Ayoyo lamanyaaa 1cm nak ke 3cm.
Doctor terus masukkan nama aku untuk ke labour room. Tapi macam biasalah, still kena tunggu ada labour room kosong baru boleh masuk.


29 May 2018

Pagi subuh tu aku dah tak boleh tahan dah sakitnya. Sampai berpeluh aku.
Masa ni doctor panggil-panggil nama aku dari luar bilik, aku dah tak mampu nak sahut.
Lebih 10 kali jugak la dia panggil sampai dia ingat aku hilang.
Maaf, doctor!
Kesian doctor tu, aku cuba jugak lah jalan slow-slow masa dia panggil kali ke doploh tu haha.
Bila check bukaan still 3cm.
Sedih !
Contraction timer pun aku dah tak mampu tekan sebab nak pegang handphone pun tak larat hahaha dahsyat betol ! Rating sakit : 7/10

Doctor inform kat aku yg harini aku boleh masuk labour room untuk pecahkan air ketuban dan doctor bagi masa 6 jam sahaja untuk bagi peluang aku bersalin secara normal. Kalau aku tak bersalin dalam masa 6 jam tu, aku akan ditolak ke OT. Sobsss.
Masa tu aku macam tak yakin je yg aku boleh bersalin normal sebab yelah, 1cm nak ke 3cm pun ambik masa berhari-hari. Ini kan pulak 3cm nak ke 10cm dalam masa 6 jam?

Aku dah seram gila sebab orang cakap kalau air ketuban dah pecah confirm sakit gila. Ini belum pecah ketuban pun dah sakit gila, macam mana aku nanti?
Mau botak kepala aku sebab takut aku tarik rambut sendiri.
Ataupun boleh tercabut braces aku nanti hohoh.

Doctor suruh aku pegi makan dan pegi toilet dulu.
Lepas mintak ampun dan maaf kat semua, aku ditolak masuk ke labour room.
Hoooii  syahdu teroxxxx masa mintak maaf kat husband.
Dua-dua nangis kihkihkih.

10 pagi

Sampai je labour room, aku rasa macam nak request kat nurse supaya slowkan aircond sebab aku sejuk gila. Tapi macam mengada la pulak kan. So diam je lah nikmati je lah sakit contraction dalam kesejukan hihi.

Doctor pun pecahkan air ketuban. Panas je air tu keluar, rasa macam terkencing atas tilam pulak. Eh pernah ke terkencing atas tilam? Kantoi ahh ! Hahah

Contraction datang. Serious kuat sangat !
Sekali lagi doctor dan nurse tanya sama ada aku ada minum air selusuh ke?
Pelik sebab baru 3cm tapi contraction macam 7cm.
Aku jawab "tak minum" dengan nada lemah gila. Haihh nak keluar suara pun tak larat lagi dah.
Weii serious laa aku tak minum pun air selusuh tu tau!

11 pagi

Doctor check bukaan. Sama. Still 3cm.
Erghhh frustnya aku! Sakit bertambah tapi tak ada progress. Boleh ke nak bersalin normal ni?
Aku dah start berpeluh-peluh.

12 tengah hari

Doctor check bukaan. 4cm.
Aku bersyukur sebab ada progress. Tapi dalam masa sama geram jugak kenapa sikit sangat progress aku ni haha. Ingatkan dah bukak sampai 5cm.
Contraction makin kuat dan makin kuat.
Labour room yang tadi aku rasa sejuk, dah tak sejuk lagi.
Basah dahi aku dengan peluh. Bukan sikit-sikit. Tapi basah lenjun tau baju aku !

1.30 tengah hari

Bukaan 5cm. Aku dengar doctor cakap contraction aku "6 in 10". Maknanya tak ada masa untuk aku berehat.
Bayangkan la satu contraction berdurasi dalam seminit lebih. Contraction 6 kali dalam masa 10 minit, berapa saat je aku boleh rehat.
Masa ni aku dah tak boleh tahan.
Aku merayu-rayu kat doctor tu supaya hantar je la aku ke OT.
Doctor tak layan, dia cakap "tak ada sebab kami nak hantar puan ke sana."
Serious weii aku merayu gila-gila kat doctor tu sebab dah tak tahan sangat dah sakitnya. 
Aku dah macam hilang pedoman hahaha.
Sekarang terasa bongok gila pulak mintak kat doctor camtu hahahah!
Tapi Alhamdulillah aku tak ada la maki hamun ke apa .
Jangan begitu yaa mommies !

Ada nurse bagi aku sedut gas Entonox nama dia tak silap aku. Katanya untuk kurangkan rasa sakit.
Aku sedut, ah sama jugak sakit ! Aku tak rasa kurang pun huhuuu.

2.30 petang

Masih 5cm. Sikit lagi nak ke 6cm.
Kau tauuu, bergegar katil tu aku genggam tau. Punya la sakit nak mati !
Ya Allah sungguh dahsyat rasa sakit nak bersalin !
Yang bagusnya nurse dan doctor situ banyak ingatkan aku untuk istighfar dan zikir masa sakit contraction datang.
Tapi paling panjang aku boleh sebut hanya Allahu Akbar.
Yasss itu perkataan paling panjang yang mampu aku sebut .
Ada time tu aku terjerit ALLAHU AKBAR!!!!! Terkejut semua nurse, diorang serbu labour room aku dan macam marah sikit. "Tak boleh jerit camtu puan.."
Hahahahha adoiii kena tegur tapi lantak situ .
Iolls dah tak tahan sangat sakit dia .
Kira okay lah aku jerit Allahu Akbar daripada jerit AaaAAaaAaa gitu hahahaha

Bila dah 5cm ni, doctor ajarkan cara push masa contraction datang nanti.
"Tarik nafas dalam-dalam dan teran. Teran macam puan nak teran berak, haa tapi jangan teran lagi. Sekarang baru 5cm nak ke 6cm"

Lebih kurang 2.55 petang

Aku terlampau sakit sangat sekali lagi aku terjerit ALLAH !!!!
Aku bagi rating sakit : 20/10 hahaha
Doctor terus check, bukaan 6cm.
Doctor tutup kain aku dan suruh aku mengiring supaya kurang sikit sakit tu.
Aku baru je mengiring tiba-tiba rasa nak teran yang dah tak boleh tahan sangat dah.
Aku cakap "saya nak teran!!"
Dalam masa sama aku sempat fikir, baru 6cm kenapa aku rasa nak teran eh?

Doctor terus selak kain aku dan doctor cakap
"ok Anis teran!!"
Nurse lain pun cakap "Teran! Teran!"
Semangat datang sebab nurse dan doctor pun nampak bersemangat . Cuma tak ada pompom je hehehe

Tetiba husband aku dah ada kat sebelah bagi kata-kata semangat cewaaahh.
Dengan seluruh kuderat, aku teran.
Bupppp!! Rasa macam kepala dia dah keluar.

Aku rasa nak teran lagi. Doctor cakap "Okay kejap jangan teran jangan teran!"
Tak silap aku masa ni, doctor suruh aku stop teran sebab dia nak betulkan kedudukan kepala baby.
Muka baby perlu mengadap bawah kemudian doctor kena pelan-pelan pusingkan muka baby mengadap atas pula .
(betulkan aku kalau silap ya)
Tapi kau tauu , kalau rasa nak teran tu datang, memang susah sangat la kalau kau nak hold teran tu.
Aku sedaya upaya tahan teran.
Dalam otak fikir,
Jangan teran bila doctor tak bagi teran. Mesti ada sebab. Tahan selagi boleh demi selamatkan baby.

Pastu contraction datang lagi.
Aku cakap "nak teran!"
Doctor balas, "Okay teran sekarang!"
Dengan seluruh tenaga lagi sekali aku teran. Tak cukup nafas, aku tarik nafas sikit nak teran lagi sekali yg gila-gila punya teran haahha.
Bupppp!!!
Alhamdulillah aku nampak seketolll dah keluar.
Serious weiii terus hilang segala sakit yg dahsyat tu. Umpama orang off suis. Hilang serta merta!
Husband pulak tak berhenti cakap terima kasih dan kiss dahi aku.
Tak geli ke yangg kiss dahi yg peluh2 tu hahahha
Alhamdulillah sekejap je proses meneran, tak sampai 3 minit lah.
Lega sangat..

Lepastu cuma kena hadap sakit nak jahit je la hehehe.
Sebelum bersalin, aku lagi takut nak jahit dari bersalin.
Rupanya kalau dibandingkan, sakit jahit tu sikit sangat. Siapa-siapa yg dah lalui sakit contraction, mesti tak ada hal nak hadap sakit kena jahit. Chill ok!
(Tapi memang sakit pun hahah)

Lepas bersalin dan jahit, aku rasa macam badan nak roboh.
Sakit rahang - maybe sebab masa teran tu aku ketap gigi terlampau kuat.
Sakit lengan - maybe sebab aku pegang besi katil kuat sangat haha
Sakit bahu - sebab apa ek? Haha
Semua lah sakit !

Begitu lah pengalaman aku dari hari first sakit sampai hari bersalin.
Lama kan aku sakit? Maybe banyak dosa. Sobssss!

Cara bersalin sama ada operate atau normal, dua-dua sakit.
Dua-dua jugak adalah jihad wahai muslimat sekalian. Ahaa macam ostajah tak?

Ramai jugak yg taktau sakit contraction tu macam mana kan?
Pernah rasa senggugut tak?
Contraction ni sebijik macam senggugut tapi macam 200 kali ganda lagi sakit hehehee.
Atau pun 300 kali ganda atau 1000 kali ganda !
Perut tiba-tiba akan mengeras sangat dan dalam masa sama akan sakit sangat kat perut, seluruh pinggang, sampai kaki.
Duduk sakit, berdiri sakit, baring sakit, malah nak bercakap pun macam tak mampu. Apa yg mampu rasanya hanya boleh pejam mata, ketap gigi.
Lebih kurang selepas seminit atau dua minit, perut akan lembut balik.
Haa cer bayangkan.

Tips untuk kurangkan sakit contraction:
Masa contraction, tarik nafas dalam-dalam melalui hidung kemudian hembus pelan-pelan melalui mulut.
Macam "hmmmmm (tarik)...fuhhhhhhh (lepas) " gituu haha
Walaupun takde la kurang mana pun sakitnya. Kihkihkih takde la gurau je.
InsyaAllah kurang sikit sakit tu.

Macam tu lah doctors kat hospital tu ajar setiap kali contraction datang.

Okay bakal mommies ! Good luck !
Banyakkan berdoa untuk dipermudahkan bersalin ye.

Sekian....

26 April 2018

35 Weeks

Assalamualaikum~

Ya tohaaaan.
Lama sungguh aku tak update blog ni .
Nak kata busy , yelah busy sikit . sikit je .
Sebenarnya tak ada idea hihihi

Ok sebenarnya nak cerita pasal pregnancy kali ni je .
Kalau taknak baca sila lah click pangkah di atas kanan anda atau jika anda guna handphone , sila lah off handphone anda kendian jadikan handphone anda sebagai sendal pintu .
hehehh

So minggu ni dah 35 weeks .
Lagi berapa hari ntah nak 36 weeks .
Pregnant kali ni aku macam serba salah sikit kat baby .
Sebab aku selalu lupa aku dah berapa weeks .
Masa first pregnant dulu setiap weeks aku ingat , hari ke berapa pun ingat .
Sikit lagi nak ingat dah berapa jam baby ada dalam perut . ahaha menipuuuu !

Ada beza tak pregnant kali ni?

Jawapannya ..
BANYAK !

Pertama , Dari awal pregnant sampai ke hari ini aku langsung tak ada alahan .
Alhamdulillah ....
Nak bandingkan dengan yang first , sampai nak masuk 6 bulan pun aku still tak boleh makan .
Asyik muntah je kan .
Haaa yang kali ni , asyik nak makaaaan je sampai nak termuntah sebab perut dah penuh sangat hahahaa terbalik .

Kedua , kaki aku tak bengkak .
Sekali je bengkak , tu pun tak teruk .
Dan dalam masa sehari surut terus bengkak tu .

Ketiga , apa ek .
Tadi macam ingat . Lupa pulak nak taip apa .

Keempat terus la . hahahah
Muka aku pulak teroxxx .
Start 4 bulan camtu , muka aku naik bijik-bijik .
Mula-mula ingatkan nak tumbuh cendawan ke apa hahahaah .
Rupanya dia macam ruam-ruam gedik gitu .
Jerawat yang pedih pun sukati dia je tumbuh .
Muka aku sejenis jarang tumbuh benda-benda ni .
Tapi time pregnant ni dia tumbuh pulak .
Plus aku malas gilaaa nak pakai apa-apa skincare .
Dasar pemalas !
Sampai la bulan ke 8 camtu baru ada kesedaran ,
aku pakai Mary Kay .
Guna pore minimizer dan moisturizer Mary Kay ,
terus rasa cantik macam Fazura . hmmmm
jerawat pun lariiii


Kelima ,
Braxton Hicks start dalam 33 weeks .
Tau tak Braxton Hicks ?
Alaa yang nyanyi lagu Unbreak My Heart tu. 
Cer google .
Kalau tak silap dulu dalam 35 weeks baru rasa Braxton Hicks tu .
Eh entah la dah lupa .


Keenam ,
Kuatnya baby gerak ! 
dulu ingatkan dah kuat dah , rupanya yang ini lagi kuat movement dia .
sebab boy kot ? hihi tak sure lah kan .
Tapi serious laaa kuat sangat .


Ketujuh ,
Berat . Sekarang aku tengah control makan .
Tak boleh makan banyak sangat (walaupun aku kurus)
Sebab nak elakkan baby terlalu besar , nanti susah nak teran .
Dan kalau boleh aku taknak operate lagi untuk keluarkan si kecik ni .
Pregnant yang first dulu kan aku makan tak hengat dunia .
Berat naik mendadak sampai kena minum air gula 3 kali .
Baby membesar dengan jayanya .
Operate lah jalan keluarnya huhuhuuu .
So kali ni , Alhamdulillah , berat baby ikut yang sepatutnya .
Tolong lah doakan aku boleh bersalin secara normal .

Haa setakat ni itu lah perbezaan yang aku boleh cerita .
Ada lagi , tapi macam tak patut je cerita kat sini kheennn .
hehehh

Harini aku puasa .
banyak hari lagi aku nak ganti oi !
Oh cakap pasal puasa , aku nak cerita sikit .
Serious perbezaan yang sangat banyaaak aku rasa bila puasa semasa pregnant dan puasa semasa menyusu baby .

Puasa semasa pregnant bagi aku NO HAL .
Lagi-lagi kalau tak ada alahan .
Lapar dan haus sudah semestinya .
Kan memang itu tujuan kita berpuasa ? Untuk memahami orang lain yang tidak mampu makan dan minum .
Aku still bertenaga, Alhamdulillah .
yang penting sahur . Pernah je sahur just makan biskut cicah susu .
Alhamdulillah , puasa penuh haritu hehehehh

TAPI

Puasa semasa menyusu TERSANGAT LAH LETIH .
Aku dah experienced dua-dua dan ini pendapat aku .
Aku tak tahu lah kalau orang lain .
Tapi serious laaaaah haus sangat6383528282135 .
Haus n lapar dia lain macam weh .
Nampak meja pun macam nampak roti john .
Haaa ibu-ibu yang menyusu dan berpuasa yang baca blog ini jangan terus bukak puasa pulak ye hihihi .
Try bertahan dulu yeaaaa 

Heee ok lah setakat ni je lah taip .
Waktu lunch office pun dah nak habis .
Nanti kalau rajin aku update lagi yaaa .

Adios !