hari ni hari paling sedih
and hari yang menakutkan
doa orang teraniaya dimakbulkan Allah
selalunya bila aku tengah buat kerja ,
dalam setiap 3 minit atau kurang ,
aku mesti akan toleh ke kiri untuk tengok cctv monitor .
sebab dari situ aku boleh tengok kereta aku .
dan boleh tengok siapa yang nak masuk office .
or siapa yang tekan loceng office .
aku ni ada tabiat suka buat kerja sambil dengar lagu .
tapi hari ni rasa macam nak biarkan office tu sunyi .
tak pasang lagu , senyap sunyi je office tu .
macam biasa , setiap 3 minit atau kurang ,
aku toleh ke kiri tengok cctv monitor ..
tak ada apa .
yang ada cuma kereta aku sebijik comeyyy je duk situ diam2 .
ok sambung buat kerja ..
tiba-tiba dengar bunyi bising .
bunyi tu jelas sebab aku tak pasang lagu .
bunyi macam hentaman / ketukan .
aku terus toleh tengok cctv .
camera ke-4 (CAM 4)
ya Allah !
aku tengok ada sorang lelaki tengah cuba pecahkan cermin kereta aku .
terkejutnya aku macam nak pengsan .
aku terus ambik handphone dial 999
berlari aku pegi bilik boss ..
sebab dari bilik boss aku boleh tengok direct dari tingkap ..
and boleh nampak no plate kereta orang tu yang parking sebelah kereta aku ..
belum sempat operator jawab ,
lelaki perangai syaitan ni dah pun pecut laju .
aku nampak no plate dia QAU je...
number belakang dia tak sempat tengok ..
lepas few minutes ,
3 kereta polis sampai ..
barulah aku berani nak turun .
hancurnyaaa hati aku tengok cermin kereta aku pecah
sedih teramat sangat
apa salah benda yang tak ada akal ni pada manusia yang ada akal tu?
rupanya si manusia perangai syaitan tadi pecahkan cermin kereta
semata-mata nak ambik roadtax aku
boss sampai and bawak kereta aku pegi bengkel
pasang cermin ...
then pinjam kereta kawan boss sebab nak gi balai .
dah la menggigil tak habis lagi ,
dah pulak kena bawak kereta manual pegi balai
sorang-sorang haa
berapa tahun duk bercinta dengan kereta auto
tiba-tiba kena bawak manual
sambil mata basah-basah ,
dahi aku pun basah risau enjin mati tengah jalan
Alhamdulillah selamat sampai balai polis
and buat report
takpe la duit aku melayang untuk pasang cermin , tinted , roadtax
mungkin bukan rezeki aku lagi nak kumpul duit sekarang
tapi aku nak manusia yg tak gunakan akal manusia tu dihumban masuk ke rumah besi
supaya orang lain tak jadi mangsa lepas ni
cubaan dia untuk pecahkan cermin banyak kali gagal
dik , tak semudah tu dik .
jangan pandang rendah kat viva yang kecik tu
apa ingat aku tak pasang tinted ke ?
nasib kau baik sebab situ tak ada orang .
kalau ikutkan cubaan kau pecahkan tu ,
memang tak sempat la kau kalau kat situ ada orang .
dah tak boleh pecah ,
guna kaki pulak sampai 3 kali baru berjaya ye ?
tak cepat putus asa kau ni .
aku share video dari cctv office aku untuk iktibar .
tengok dari apa yg dia pakai ,
bentuk badan ,
mana tau kot-kot ada siapa-siapa kenal si manusia jahil ni
kereta Perodua Viva , warna hitam , no plate QAU (number tak nampak)
tapi mungkin jugak no plate QAU tu palsu je ....
0:04 saat
dia usyar line clear dulu
perhati orang sebelah penumpang (depan)
pegang topi putih
skip ke 10:15
dia datang balik
dan pecahkan cermin
terus ambik roadtax :'(
kalau tak boleh play ,
search je kat youtube
Pecah Cermin Kereta - TSB Sungai Buloh
satu benda yang buat aku tertanya-tanya
kenapa alarm kereta aku tak bunyi ?
dah kena hentam camtu pun tak bunyi
aku pelik . hmmm nanti aku call perodua pulak .
lastly ,
terima kasih Allah atas ujianMu .
terima kasih kpd polis sg buloh , boss , tunang saya , Zati and Nazirah
semua ni pandai je buat lawak termasuk la polis dgn boss .
boleh laa bagi aku senyum di saat-saat hilang kekuatan ;)
* tengah bagi penjelasan kat polis ,
boleh pulak dia potong aku cakap and tanya ,
" Cik dah makan ? "
maybe sebab dia dengar aku macam panik kot .
atauuuu dia tak dapat dengar aku cakap apa
sebab pipi tengah disirami air terjun Niagara .
T.T
sedihnyaaa tengok bestfriend tercalar
hancur hati ni tengok :(
hati-hati ye semua orang
bahaya ada di mana-mana
TRAUMA !! :(