18 July 2013

Kuih Cakoi Oiii Oiiii

Assalamualaikum~

uiii dah lama tak post resepi .
asyik cerita pasal hidup aku je kan .
sejak jadi suri rumah ni ,
very the boring la duduk rumah sorang-sorang .
so.......

hari ni buat Kuih Cakoi untuk buka puasa .
so pasni takyah gedik-gedik pegi beli lagi .
sebab bahan-bahan dia sikit je dan sangat pimple !!

tige singget ! tige singget ! tige singeyyyttt !!

murah kan ? haa nak beli kat aku tak ? haha


uli tepung sampai jadi doh secomel ini . aku namakan dia 'Domel' . jadi biakan Domel ni membesar selama 1 jam pastu baru buat step kat bawah ni . ada faham ka adik manissss ?


uli uli uli uli ali uli uli

sengaja letak URL Blog kat situ sebab nak cover "kesengetan" yang berlaku . -.-"

ok dah boleh gorengggg ...
aiii takkan masa aku goreng pun nak aku upload kot ...
tak pecaya ea ..

nah . dah siap .
edit sikit laa bagi nampak yang aku ni Bijak IT . hahaha



makan dengan sambal ikan bilis atau kastard manis .
kastard tak sempat buat .
tetibe dah azan .
padahal malas nak buat .

pehhsss gebuss giless kuih cakoi aku buat ni .
serious sedap ! serious lembut ! serious aku puji diri sendiri !

ok dah . selamat berpuasa semua .


esok buat kuih apa pulak ekkk



17 July 2013

Hari Terakhir Pakai Topi Putih .

Assalamualaikum~

terus terang aku cakap entry ni aku nak cerita pasal tempat kerja aku . siapa rasa macam malas nak baca , aku sarankan kau duk diam2 situ , niat puasa untuk esok . ok bye .

kelmarin hari terakhir aku kerja .
nah , sesi jejak kasih dengan Nazirah .

Nazirah tak boleh blah nangis kat tong air . aku tau kau puasa . tapi agak-agak lah nak curi-curi minum punnnn....


15 Julai 2013 . Noktah aku sebagai Site Supervisor .

ready okay . aku nak cerita dari awal .

hari first aku kerja , aku datang awal gilas babasss .
aku duk je dalam kereta . tau tak aku buat apa .
aku study pasal konkrit . kot kot japgi boss tanya mampuih tak dapat jawab .
haha
so hari first aku diberi tugas untuk jaga Blok B .
macam rocket boss jelaskan kat aku apa tugas aku .
errr... ada yang aku tak berapa nak dengar , tapi aku angguk je .
konon-konon faham . haha

haaaa dah start bosan la tu . tak de ! aku tak kira ! baca jugak sampai habis !!

teropong pakwe kat KL

ok ni sifu-sifu aku .
Farid , Kak Siti , Kak Shikin , En. Mani , En. BK , Mr. Raymond , Ah Ting , termasuklah wak wak indon tu .
sampai dah masuk 2 minggu aku kerja ,
rasa macam tauke Blok B .
aku rasa sayangsayangsayang kat Blok B buat aku semangat nak pegi kerja walaupun ilmu aku tak sebanyak diorang .

sampailah satu hari boss suruh jaga Blok C pulak .
serious boss , semangat saya hilang serta merta .
tak taulah kenapa aku tak suka jaga Blok C walaupun tak sepatutnya aku jadi tak suka .
oiii dah boss suruh kau ikut je lah . apa suka tak suka ha ?
maka episod punch card sesuka hati aku bermula .

bila aku letih dan berpeluh-peluh , aku pegi ke office Mr. Raymond pastu lepak-lepak jap dengan Nazirah kawanku sayang yang comot tu .
sebab , office dia punya aircond kuat gilaaa .
macam duk bawah helikopter .
kalau letak air dalam cawan , 5 minit je air tu kering .
- tipu -
hari-hari ada je Nazirah cerita lawak sampai aku malas nak gelak .
sebab kadang-kadang tak lawak pun .
hahahahaaha

masuk office aku pulak ,
semua senget-senget sengal-sengal mereng-mereng .
ok aku cerita satu-satu .

Kak Zen - lawok + kelako + sengal . kalau gelak dengan dia ni aku rasa nak terkoyak pipi . paling tak boleh lupa dia suka baling barang kat orang yang dia geram . kalau kat tangan dia ada pen , pen lah dia baling . kalau kat tangan dia ada stapler , stapler lah dia baling . kalau kat tangan dia ada hammer , mampuih semua orang ready nak call ambulance .

Kak Shikin - kakak cantik . bila orang bercerita , dia diam je . tapi sekali dia bersuara , heeehee selalu buat kelako ye kak .

Ah Meng - taiko kat site . kuat kerja orangnya . tengok oppa gangnam style confirm teringat . haha

Hanim - ni pun taiko jugak . tapi taiko2 pun bila dia start sewel dia , habissss . semua orang benti keje sebab duk dengo lawok dia .

Abg Nizam - tauke perfume . kadang-kadang ada benda aku nak tanya dia . tapi tengok dia busy je mengadap komputer . ek elehhh rupanya duk sibuk order perfume dia tu . hahahaa terbaik terbaik . office kita wangi dah sekarang .

Syafiq - helo my friendddd ! haa tu ayat dia . kerja tiptop . tepuk tangan sikitttt . layak jadi pekerja cemerlang . haha tapi selalu bajet cool . aku lempang kang .. hahaha kacau orang je keje... wei gambar kau jatuh kerusi dah ada dalam komputer . hahahaha


ehhhh tak sengaja plak terrrrletak gamba ni kat sini . sorry sorry sorry . heehaha


sambung sambung

Risa - kawan aku yang comel ni berjangkit jugak sewel . selalu buat muka risau . pang nak ? haha.. good luck wehh !

En. Mani - tok guru . satu hari tak dengar dia gelak , itu pelik . tapi satu hari tak dengar dia membebel , itu laaaagi pelik . hahahaha... kalau dia ada masalah problem trouble , nampak sangat dari muka dia . mesti dia termenung je.... kan En. Mani ???

Mr. Raymond - tok guru jugak . banyakkkk sangat ajar aku . mesti dia ada macam nak hilang sabar sebab aku asyik tanya dia je . heeee

Nazirah - eeee rindunyaaa kan kan . please la angguk .. hee . eh . kenapa nama kau ada banyak dalam blog aku aaa ?? dah lah . taknak cakap dah . ok next !! hahaha

Iza - ni budak praktikal sorang ni aku nak jugak masukkan nama dia . sebab dah macam bayang-bayang aku . ikuttttt je . hari first jalan dengan dia dah macam orang gila gelak kat Blok C tu . pasni banyak la kerja Iza yeee.. emmmm satu benda yang sama dengan aku . makan banyak . oops , pembetulan . makan banyak gilaaaa .....

lagi nama siapa lagi .

ohhh boss...

Mr. Lim - kalau mood dia baik , satu hari tu asyik dengar dia gelak je . gelak bukan sikit-sikit , sampai merah-merah muka . tapi bila mood tak baik dia mai .......... tuut....tuut....tuut....tuut....
( kredit aku habis la . tak sempat nak cerita pasal boss . hahaakkk )

so itu saje . hari last aku kerja , camera office diserang gadis-gadis .

tengokkk... site ni ramai gadis !

err... kenapa tiga-tiga kaki patah sebelah ?

terpaksa edit mulut aku yg sexy tu sebab senyum tak jadi -___-

ok next . Lady Boss !!

Boss  : Aku nak korang tunjuk kat aku mana Master Bedroom dalam Blok E . Keje dah lama , mesti semua tempat dah ada dalam otak .
Tudung Purple  : Saya tau ! Kat sini boss .. saya tau sebab kitorang kalau nak tido ke , melepak ke , malas keje ke , kitorang pegi kat sini la boss . . 
Baju Merah  : Ye ye betul tu . kadang-kadang tertido sampailah malam . sebab tu OT kitorang banyak tau boss ...  

Boss  : Amboboyboy... bahagia je korang cakap dengan aku camtu kan . OT banyak ?? Tu bukan OverTime !! Tu Over Tauu !! 
Tudung Purple  : Emm sorry boss .. Tak buat dah pasni . hari ni last buat boss . 
Baju Merah  : Krrrooohhhhh.... ffiiuuuu~~  

skesta di atas tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang mati .
ehem!!

ok aku nak penuhkan entry ni dengan gambar comel gadis-gadis projek Shah Alam . ok go !


Maceh Nazirah . kaulah awek aku kat situ . sayang kau size XS !!



 Syafiq buat teruk main Gold Miner guna pembaris . hahahaha

 Serious cantik sangat Kak Zen !!!
thank you kawan-kawan . friends forever wokey ? eh cop ! Iza , kau tido apehal ? haha


Farid si Encik Stokin . thank you banyak bro . kau banyak ajar aku . tabik spring kat kau sebab jaga tiga-tiga blok sorang-sorang . tu baru POWERRRR


ok saya nak berterima kasih kat semua yg banyak tolong .
yang bagi kerjasama , yang bagi tunjuk ajar , yang bagi perut kenyang dan tak lupa jugak yang bagi duit kutu .
mintak maaf kalau ada salah silap .
sangat best kerja kat sini . tapi jodoh saya dengan projek ni sampai sini je .
ok kerja elok-elok . semoga projek ni siap dalam masa yang ditetapkan .
ohh satu lagi . bila-bila ajak Mr Lim makan kat kedai ayah saya ye .

last day haritu Mr Lim cakap ,
" Sampai you last day pun you tak ada bawakkan aku nasi ayam . You orang pegi makan sana pun tak ajak aku . You orang pegi masa aku tak ada . Hari ni last pun aku still tak dapat nasi ayam . "

hahahaha .. nanti lepas puasa ye Mr Lim

nah gambar . biar Mr Lim pegang perut tengok gambar ni .

tipu je... saya curi gambar ni kat google . haha

ok lah byeeeee .
Assalamualaikum ~

* tetibe je ada gambar nasi ayam . -___- *

 dah dah boleh tekan close atau tekan older posts di bawah ni .


08 July 2013

Doktor bagi MC 2 hari sebab jatuh cinta kat tempat keje

Assalamualaikum~

mengada jap nak cerita pasal aku terjatuh hari tu .

sambil boleh bagi peringatan kat kawan kawan supaya sentiasa berhati hati di tapak pembinaan .
amboiii tapak pembinaan??? ok ok atau dengan nama glamournya , site .

hujan turun renyai-renyai .
sebagai pekerja yang cemerlang , aku pegi jugak site .
ehem .
check besi , check kayu .
hujan benti . aku nak balik office .
ek eleh . orang time hujan la masuk office . ini time hujan dah benti baru nak masuk office .
kan.....
aku pun dengan berhati-hati memulakan langkah pertama untuk turun tangga kat tangga yang belum siap .
malangnya ...

gedebukkk !
shhiiuuuuuu~~
ssrraapppp !! srreettttt !!
gedebukk !!

haaa nampak tak sound effect aku dalam bentuk tulisan tuuu ?
hahaha
jatuh atas kayu - terlentang - menggelongsor turun - cuba berpaut - tak sempat - belakang badan terseret - tangan terkena kayu - bangun - cermin mata senget -
adoiiii~~~
aku pun tengok lah tangan aku yang rasa macam pedih-pedih ni .
wow ada luka . macam kena cakar dengan rimau je .
aku balik office dengan muka konon-konon heroin .
heroin ape kejagungnya kalau jatuh gitu dah fikir pasal ubat ye dok?
hehehe

jadi sebagai anak yang manja ,
ecehhh
aku pun call mama aku .
mama aku pulak , sebagai ibu yang sangat sayangkan anak ketiganya yang comel ini ,
beliau sanggup meredah kesesakan lalulintas untuk pegi ke tempat kerja aku .
uhuk uhuk uhukkkk

sampai lah ke klinik ,
ayah aku yang dari rumah pun pegi klinik tu .
haaaa nampak tak betapa manjanya aku kat situ ?
kahkahkah

dapat le MC 2 hari ....
agak-agak boleh tak aku nak buat video kat youtube jugak .
I got 2 days MC...... (peace !! mulut muncunggggg )

hihihiiii

tajuk entry ni bajet orang ramai nak click . bajetttt.....
boo boo booo!!!

* hari ni aku datang keje rasa bahagia plak . tak tau lah kenape.. tenang je *

aku sedang menayangkan gigi rabbit ..
pakwe saye cakap saye comel . kan wk ? hahahaha
* hantuk kepala kat dinding *


ok stop .