ok nak cerita pasal surprise yang tak berapa nak jadi
hihihi
Sabtu lepas lepas lepas punya lepas birthday husband aku .
dah berapa bulan dah aku duk fikir nak bagi apa kat dia .
tapi idea tak muncul-muncul jugak .
last-last search kat "encik tahu semua " laa iaitu Google .
alahaiii takdela membantu sangat .
hadiah-hadiah yang orang suggest kat situ macam separuh gaji aku .
tak pun gaji aku 2 bulan . hahaha
tak mampu la pulak nak bagi semahal tu . jujur ok jujur .
lagipun akhir-akhir ni duit memang banyak spend untuk budak kecik dalam perut ni .
takpe lah , harga hadiah tak penting , yang penting keikhlasan .
tak gituu ?? cehhh dan dan....
aku fikir punya fikir .
nak tido aku fikir ,
tengah masak aku fikir ,
tengah mandi aku fikir ,
tengah kerja kat office pun aku fikir .
sampai lah lagi beberapa hari nak birthday dia ,
aku ambik keputusan untuk buat surprise je lah untuk dia ..
tanpa ada hadiah T_T
wooo sedihnyaa.....
memandangkan hari sabtu aku tak kerja ,
so aku cadang nak masak special tak hengat punya untuk dia .
hahaha
hari jumaat lepas balik kerja aku terus pegi pasaraya beli barang-barang masak yang special tak hengat tu kan .
lepastu terus pegi ke Secret Recipe untuk beli kek .
alahh kek 3 slice je .
kesian betul aku ni kan . huhuhuu~
so aku pun mintak staff Secret Recipe tu tuliskan macam yang aku cakap .
" Happy Birthday Abang "
done ! lepastu budak tu pun masukkan dalam kotak sekali dengan lilin sebatang .
on the way balik rumah ,
risau pulak aku kang tengah bukak grill husband aku pun sampai .
sebab dia kata dia pun on the way balik .
takut kantoi pulak pegang kotak Secret Recipe .
aku pun bukak la grill rumah aku tu laju-laju macam gaya orang tak tahan nak pegi toilet .
masuk-masuk rumah terus sorok kotak kek tu dalam fridge bahagian bawah sikit ,
pastu tindih dengan sayur-sayur yang aku beli tadi tu .
hahahaa
sebabnya , aku dah plan nak kasi kek tu atas pukul 12am lepas dia tido and nak kejutkan dia .
so dah pukul 12am .
husband aku belum tido lagi duk tengok tv .
takpe takpe aku tunggu ...
pastu dalam pukul 1am kot baru laa husband aku tido .
aku pun buat-buat tido la hahaha
bila dah tengok dia macam lena je ,
aku pun senyap-senyap pegi kat dapur untuk keluarkan kek tadi,
jalan jengket-jengket gituuu.
dah la dengan perut boyot .
alahai buruknyaaa rupa si boyot jalan jengket .. hahaha
hancurrrrr ! hancur sikit la hati aku tengok-tengok tulisan atas kek tu tak jadi rupanya ...
tulisan tu dah melekat kat kotak kek .
aduhaiii sedih !
takpelah .. plan aku diteruskan jugak . hehe !!
Happy..... Abang? ooohh abang sangat happy !! yeayy ! |
kuajo punya kotak |
aku pun nyalakan lilin , and tutup lampu dapur .
jengjengjengggg~~~
so lakonan aku pun bermula - - -
husband aku tengah syok lena ,
aku kejut .
" awak , awak . teman pegi dapur jap bleh tak? "
* dia pun bukak mata , tiba-tiba dia senyum sampai nampak semuaaaaa gigi dia .
aku pun jadi macam nak tergelak .
aku fikir ,
alahhh kenapa dia senyum plak ni . dah ternampak kek tu ke tadi??
" kenapa senyum? jom la teman .. saya dengar ada bunyi la kat dapur .."
*dia senyum lagi
" pegi dapur? hihi nak nak nak "
aku pun pelik .
husband aku ni dah tau kot.. alaaa takpela teruskan berlakon!
pastu aku buat muka serious .
" haa tu . dengar tak bunyi tu? macam bunyi kat pintu . takut laa. jom la pegi dapur jap . bukak lampu dapur je .. "
pastu muka dia pun macam nak percaya je..
heheh!! menjadi la kot lakonan aku ni
" mana ada apa-apa.. saya ada ni . takyah takut .. tu bunyi serangga je tu.. "
alahaiii takmau pegi dapur la pulakk..... try lagi !
" jom la.. bukak lampu je.."
pastu aku pun buat-buat takut jalan belakang dia menuju ke dapur .
belum sampai dapur lagi tiba-tiba tergelak .
hampeh betul la.. memang tak boleh jadi pelakon la aku ni ..
alang-alang dah kantoi tu , aku pun tarik dia masuk dapur and tunjuk kek dalam samar-samar diterangi cahaya lilin je .
ecececehhhh ~
pastu punya la gelak dah macam orang gila dah .
malam-malam buta pulak tu .
hadoiii ...
ok...
Happy Birthday ;)
ok dah.. sekian..
No comments:
Post a Comment