11 August 2013

Bukak Puasa Marathon

Assalamualaikum~

dah raya ni .
cerita pasal puasa baru nak post harini .
apedaaa.....

sorry Iman aku lambat post .
maklumlah , banyak sangat meeting datin-datin sekarang ni .

ok ceritanya macam ni .
weii best ni . jangan la tekan close .
haha

perbincangan kitorang nak berbuka puasa sama-sama bermula kat facebook je memandangkan kitorang semua ni pakai smart phone yg power gila .
fon aku la yang paling mahal tu kan .
-.-"
kitorang tu bermaksud awek-awek ( Iman , Liyana , Lisa , Zati , Sofia , Ayu dan aku )
cop cop ! ayu marah nama marka dia takdak . ok2 Izwan . hehe

FLAMMING STEAMBOAT
woohoooo ! nama dia je buat aku macam homaigod homaigodd nak pegi ! nak pegi ! nak nakkk !!!
wei relax relaxxx... kantoi laaa aku tak biasa makan steamboat kan .....

hari yang ditunggu-tunggu pun sampai .
sampai je kat FLAMMING tu ,
kitorang pun diberi meja makan yang sangat selesa dan mewah sekali .
aku siap ternganga sebab terlampau macam ....macam .....
macam mewah lah .
sampai Sofia macam tak sanggup je nak makan situ .
Yana pun bersuara sebab perfume yang staff FLAMMING letak kat meja makan tu kuat sangat aromanya .
kalah segala mak nenek perfume .

woiii jangan scroll . aku tombok kang .
baca semua !!
mueehehehe
disebabkan kitorang ni semua penah jadi juara karate ,
kitorang selamber je la mintak balik duit yang kitorang dah bagi kat FLAMMING sebab kitorang tak nak makan kat situ .
lagi-lagi sebab Iman risau perfume Body Shop dia tak bau sebab perfume FLAMMING lagi hebat macam Wolverine .
homaigoddd Wolverineeeeee

mintak punya mintak ,
bertungkus-lumus berpeluh-peluh berhempas-pulas bermadah-helah kitorang mintak duit kitorang akhirnya berjaya jugak dapatkan balik .
tengok jam , dah pukul 7.15pm oiii . lagi berapa minit nak berbuka ni .
lenggang lenggok lagi jalan masuk Sunway Pyramid cari kedai makan lain .
ishh kesian kitorang kan .

dari hujung ke hujung Sunway Pyramid kitorang jalan .
asal kitorang dekat dengan pintu masuk restoran je , staff restoran tu geleng kepala .
geleng kepala untuk masa tu bermaksud ,
" sorry , meja dah full . sila cari restoran lain .. "
ataupun mungkin ,
" tak boleh masuk . dah full .. ish ish ish ... haa tu la , padan muka korang .. "
 
hahaha aku lepuk kang kalau ada staff restoran cakap camtu .

kitorang pun jalan pegi restoran sebelah , sebelah lagi , dan sebelah lagi sikit , daaannn sampai ke hujung .
masa tu jalan laju je dah macam marathon .
 
pukul 7.25pm
misi mencari kedai makan belum selesai

aku tau time macam ni mesti susah nak dapat kedai makan . 
confirm full .
aku pun cakap dengan nada gurau dan muka yang comel macam selalu ,
" wehhh ntah-ntah kita beli roti makan kat tepi-tepi je kan ? hahaha "

tenn tenn tennnnnnn ~
azan pun berkumandang ~
betul lah apa yang aku cakap tadi
bangku Aeon jadi kerusi restoran mahal kitorang untuk berbuka .
berbuka dengan .....
air tin Heaven and Earth .
hahahahaaa

lepas solat maghrib baru lah kitorang sambung misi mencari kedai makan .
The Manhattan Fish Market
aku rasa kedai ni Hattan yang punya .
kan ? hoho

so macam biasa lah ,
SNAP SNAP SNAP SNAP
macam orang baru beli camera .
tayang gigi , tayang gusi , tayang lesung pipit , lesung batu dan lesung kucing .


omputih belakang tu on the way nak paksa Izwan masuk dalam group awek-awek ni . hahaaa

Anis gigit Iman guna gigi rabbit . Iman buat muka cencurut .

haa yang tudung hijau senyum beriya tu nama dia Ayu . dia memang camtu . hahahahahahaa


Iman N Yana . eh ada lagi sorang kat belakang Yana . tapi tak tau nama dia apa . panggil je lah Eton . jadi , Iman , Yana N Eton

takde caption . malas nak fikir .

Iman N Ayu . nak lawan gigi rabbit saye yeee :P

eh Iman . gambar kita lagi . tak sengaja lah upload banyak2 .

kesimpulan daripada cerita ni ,
gambar aku dan Iman paling banyak .
dah . siap .



 

No comments:

Post a Comment