terus terang aku cakap entry ni aku nak cerita pasal tempat kerja aku . siapa rasa macam malas nak baca , aku sarankan kau duk diam2 situ , niat puasa untuk esok . ok bye .
kelmarin hari terakhir aku kerja .
nah , sesi jejak kasih dengan Nazirah .
Nazirah tak boleh blah nangis kat tong air . aku tau kau puasa . tapi agak-agak lah nak curi-curi minum punnnn.... |
15 Julai 2013 . Noktah aku sebagai Site Supervisor .
ready okay . aku nak cerita dari awal .
hari first aku kerja , aku datang awal gilas babasss .
aku duk je dalam kereta . tau tak aku buat apa .
aku study pasal konkrit . kot kot japgi boss tanya mampuih tak dapat jawab .
haha
so hari first aku diberi tugas untuk jaga Blok B .
macam rocket boss jelaskan kat aku apa tugas aku .
errr... ada yang aku tak berapa nak dengar , tapi aku angguk je .
konon-konon faham . haha
haaaa dah start bosan la tu . tak de ! aku tak kira ! baca jugak sampai habis !!
teropong pakwe kat KL |
ok ni sifu-sifu aku .
Farid , Kak Siti , Kak Shikin , En. Mani , En. BK , Mr. Raymond , Ah Ting , termasuklah wak wak indon tu .sampai dah masuk 2 minggu aku kerja ,
rasa macam tauke Blok B .
aku rasa sayangsayangsayang kat Blok B buat aku semangat nak pegi kerja walaupun ilmu aku tak sebanyak diorang .
sampailah satu hari boss suruh jaga Blok C pulak .
serious boss , semangat saya hilang serta merta .
tak taulah kenapa aku tak suka jaga Blok C walaupun tak sepatutnya aku jadi tak suka .
oiii dah boss suruh kau ikut je lah . apa suka tak suka ha ?
maka episod punch card sesuka hati aku bermula .
bila aku letih dan berpeluh-peluh , aku pegi ke office Mr. Raymond pastu lepak-lepak jap dengan Nazirah kawanku sayang yang comot tu .
sebab , office dia punya aircond kuat gilaaa .
macam duk bawah helikopter .
kalau letak air dalam cawan , 5 minit je air tu kering .
- tipu -
hari-hari ada je Nazirah cerita lawak sampai aku malas nak gelak .
sebab kadang-kadang tak lawak pun .
hahahahaaha
masuk office aku pulak ,
semua senget-senget sengal-sengal mereng-mereng .
ok aku cerita satu-satu .
Kak Zen - lawok + kelako + sengal . kalau gelak dengan dia ni aku rasa nak terkoyak pipi . paling tak boleh lupa dia suka baling barang kat orang yang dia geram . kalau kat tangan dia ada pen , pen lah dia baling . kalau kat tangan dia ada stapler , stapler lah dia baling . kalau kat tangan dia ada hammer , mampuih semua orang ready nak call ambulance .
Kak Shikin - kakak cantik . bila orang bercerita , dia diam je . tapi sekali dia bersuara , heeehee selalu buat kelako ye kak .
Ah Meng - taiko kat site . kuat kerja orangnya . tengok oppa gangnam style confirm teringat . haha
Hanim - ni pun taiko jugak . tapi taiko2 pun bila dia start sewel dia , habissss . semua orang benti keje sebab duk dengo lawok dia .
Abg Nizam - tauke perfume . kadang-kadang ada benda aku nak tanya dia . tapi tengok dia busy je mengadap komputer . ek elehhh rupanya duk sibuk order perfume dia tu . hahahaa terbaik terbaik . office kita wangi dah sekarang .
Syafiq - helo my friendddd ! haa tu ayat dia . kerja tiptop . tepuk tangan sikitttt . layak jadi pekerja cemerlang . haha tapi selalu bajet cool . aku lempang kang .. hahaha kacau orang je keje... wei gambar kau jatuh kerusi dah ada dalam komputer . hahahaha
ehhhh tak sengaja plak terrrrletak gamba ni kat sini . sorry sorry sorry . heehaha |
sambung sambung
Risa - kawan aku yang comel ni berjangkit jugak sewel . selalu buat muka risau . pang nak ? haha.. good luck wehh !
En. Mani - tok guru . satu hari tak dengar dia gelak , itu pelik . tapi satu hari tak dengar dia membebel , itu laaaagi pelik . hahahaha... kalau dia ada masalah problem trouble , nampak sangat dari muka dia . mesti dia termenung je.... kan En. Mani ???
Mr. Raymond - tok guru jugak . banyakkkk sangat ajar aku . mesti dia ada macam nak hilang sabar sebab aku asyik tanya dia je . heeee
Nazirah - eeee rindunyaaa kan kan . please la angguk .. hee . eh . kenapa nama kau ada banyak dalam blog aku aaa ?? dah lah . taknak cakap dah . ok next !! hahaha
Iza - ni budak praktikal sorang ni aku nak jugak masukkan nama dia . sebab dah macam bayang-bayang aku . ikuttttt je . hari first jalan dengan dia dah macam orang gila gelak kat Blok C tu . pasni banyak la kerja Iza yeee.. emmmm satu benda yang sama dengan aku . makan banyak . oops , pembetulan . makan banyak gilaaaa .....
lagi nama siapa lagi .
ohhh boss...
Mr. Lim - kalau mood dia baik , satu hari tu asyik dengar dia gelak je . gelak bukan sikit-sikit , sampai merah-merah muka . tapi bila mood tak baik dia mai .......... tuut....tuut....tuut....tuut....
( kredit aku habis la . tak sempat nak cerita pasal boss . hahaakkk )
so itu saje . hari last aku kerja , camera office diserang gadis-gadis .
tengokkk... site ni ramai gadis ! |
err... kenapa tiga-tiga kaki patah sebelah ? |
terpaksa edit mulut aku yg sexy tu sebab senyum tak jadi -___- |
ok next . Lady Boss !!
Boss : Aku nak korang tunjuk kat aku mana Master Bedroom dalam Blok E . Keje dah lama , mesti semua tempat dah ada dalam otak .
Tudung Purple : Saya tau ! Kat sini boss .. saya tau sebab kitorang kalau nak tido ke , melepak ke , malas keje ke , kitorang pegi kat sini la boss . .
Baju Merah : Ye ye betul tu . kadang-kadang tertido sampailah malam . sebab tu OT kitorang banyak tau boss ...
Boss : Amboboyboy... bahagia je korang cakap dengan aku camtu kan . OT banyak ?? Tu bukan OverTime !! Tu Over Tauu !!
Tudung Purple : Emm sorry boss .. Tak buat dah pasni . hari ni last buat boss .
Baju Merah : Krrrooohhhhh.... ffiiuuuu~~ skesta di atas tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang mati .
ehem!!
ok aku nak penuhkan entry ni dengan gambar comel gadis-gadis projek Shah Alam . ok go !
Maceh Nazirah . kaulah awek aku kat situ . sayang kau size XS !! |
Syafiq buat teruk main Gold Miner guna pembaris . hahahaha |
Serious cantik sangat Kak Zen !!! |
thank you kawan-kawan . friends forever wokey ? eh cop ! Iza , kau tido apehal ? haha |
Farid si Encik Stokin . thank you banyak bro . kau banyak ajar aku . tabik spring kat kau sebab jaga tiga-tiga blok sorang-sorang . tu baru POWERRRR |
yang bagi kerjasama , yang bagi tunjuk ajar , yang bagi perut kenyang dan tak lupa jugak yang bagi duit kutu .
mintak maaf kalau ada salah silap .
sangat best kerja kat sini . tapi jodoh saya dengan projek ni sampai sini je .
ok kerja elok-elok . semoga projek ni siap dalam masa yang ditetapkan .
ohh satu lagi . bila-bila ajak Mr Lim makan kat kedai ayah saya ye .
last day haritu Mr Lim cakap ,
" Sampai you last day pun you tak ada bawakkan aku nasi ayam . You orang pegi makan sana pun tak ajak aku . You orang pegi masa aku tak ada . Hari ni last pun aku still tak dapat nasi ayam . "
hahahaha .. nanti lepas puasa ye Mr Lim
nah gambar . biar Mr Lim pegang perut tengok gambar ni .
tipu je... saya curi gambar ni kat google . haha
|
ok lah byeeeee .
Assalamualaikum ~
* tetibe je ada gambar nasi ayam . -___- *
dah dah boleh tekan close atau tekan older posts di bawah ni .
fuhhh pnjang betul entry nie. berguling golek gelak. Hahahaa!
ReplyDeletepanjang kan.. biasa la.. rindu nak buat karangan. hahaha
Deletekenapa benti anis?
ReplyDeletesebab anis nak buat PJJ... x larat la keje panas2 penat2 naik turun , pastu pegi kelas plak. hehe
Deletementang akak dah bye2 awal.. nama akak xde pun... sobsobsob....
ReplyDeleteehhh ade la kak... tengok tu anis mention akak sifu anis.. hehee
Delete