25 April 2014

Kompang & Nasi Minyak

Assalamualaikum~

haa ni sambungan entry lepas
hehe

kompang pun berbunyi
aku ni pulak dah macam pegang ais
beku tangan sebab nervous
rasa macam dah lama plak tak jumpa dia
tu yang nervous tu
ecewahh hahaha

Gold & Red


memang awal-awal lagi aku dah bagitau
wedding aku tak ada renjis-renjis
tepung tawar , tepung gandum , tepung gomak dan segala tepung .
just salam kat pelamin and bergambar
that's it .

penat jugak la jadi pengantin ni ye
tak putus-putus orang mintak nak bergambar
rasa macam rosak botox aku sebab asyik senyummm je
emcee panggil makan sampai dua kali pun kitorang tak boleh nak bangun dari pelamin
sebab dah jadi macam retisss
terasa macam semua guest tu peminat-peminat aku
nak sign ! nak sign !
eeww perasan
haha

haa ni la peminat-peminat tegar aku hahaa

masa makan beradab pun sama
kena control sopan hihihi
kepada bakal-bakal pengantin ,
nanti jangan makan nasi macam makan burger pulak tau
tak pasal je gambar korang duk ngangaaa
sebab macam tiap masa adaaa je camera flash depan muka korang

lepas makan , emcee pun panggil untuk potong kek
ececeeehhh sebenarnya aku dah plan dengan emcee dah
" nanti masa nak potong kek , tolong play lagu " Because You Loved Me " by Celine Dion ye . "
acah-acah sweet la kan
hahahaa
so emcee tu pun bertindak mengikut arahan
yeayy !!

lepas selesai semua ,
sesi bergambo le pulok dengan family
macam-macam gaya laaa
biasa laa kitorang kan memang photogenic
haahaa perasansss


Siblings :D



gaya wajib aku tu .. *ahli bina badan. hahaa

untuk wedding aku ni ,
Alhamdulillah ramai yang sudi tolong
family mama n abah
Farah and Kak Umira yang tolong pasang thank you tag
angah yang buatkan bilik pengantin hihii
cik yang bangun tengah malam tolong buat goodies
maksu paksu yang rebuskan telur
goodies girls yang comey loteyy
dulang girls yang cun melecun
Iman Safiya tuan photobooth
Wani yang tolong buat guestbook
Nadira & Firdaus as pengapit
Amal Ainul , Ellie , Liyana , and kawan-kawan lain yang banyak cerita pasal adat-adat hihihi
Kak Nasrah yang bagi idea-idea
besties yang buat surprise terkejut beruk aku sehari sebelum nikah
ehh sesat ni tetibe nikah
andddd.... ramaii lagiii
terima kasihhhhhh

zatyyy ooo zatyy kenape laa kau tak datang... merajuk 3 minit !

  
Goodies Girls ! yeayy ! who's next ? :)

aku tak sempat nak selfie selfie kat photobooth Iman
hehe memang tak sempat laa oiii
sangat la cute kan photobooth ni
kalau berminat boleh comment entry ni ye ;)
*promote promote !

Yuni aku curi gambar kau hihi

 
by Iman Safiya ;)


tudiaaaa baju purple tu la Iman Safiya tuan photobooth .
orang sibuk laga-laga pipi dia pulak sibuk call .
serious je . cakap dengan customer la tuu... masyukkk !!


Alhamdulillah ,
wedding belah aku berjalan lancar

seterusnyaa 4 hari selepas wedding belah aku ,
majlis kesyukuran puleee..
jommm ke Kota Bharu !
juga berjalan lancar
perfect !!
 

gambar ni blurrr tapi macam best sebab semuanya model ubat gigi :D
 
terima kasih semua

wedding belah aku berjalan lancar...
walaupun ada sikit-sikit benda yang tak memuaskan hati aku

mintak pelamin yang tu ,
dapat pelamin yang ni .
pengajarannya , jangan buat kerja last minute .
bridal perlu tengok dewan awal-awal .
supaya nanti apa-apa nak ubah semua boleh ubah awal-awal .
kalau dari awal tau pelamin tu tak muat stage atau sebagainya ,
dari awal lagi aku tak pilih pelamin yang aku suka tu .
it's ok .. nasib baik pelamin tu cantik jugak la ..
bukan pelamin je ,
baju , kasut , tudung semua tu sepatutnya bagi customer puas hati
ehh terceramah pulak . sorry sorry
thank youuu
* ok senyum sikitttt :) :)


#AzamAnis ;)
gambar ni blur ke korang yang rabun ? hehe

tata ! :)

 



24 April 2014

Sah . Alhamdulillah ..

Assalamualaikum~

entry pertama selepas aku bergelar seorang isteri
hehehee
kendurinya dah sebulan lebih
tapi baru ada masa nak tulis blog
cewahh konon busy sangat la tuu

sekarang baru aku faham kenapa orang yang nak nikah tu menangis
dulu aku duk fikir ,
laaa kan happy.. kenapa nangis?
bila tiba masa aku nak nikah ,
baru aku faham
sebak campoq suka laa hang kataaaaa
hihihi

sampai je depan masjid ,
dah nampak aku punya awek-awek
semua in purple
favourite color tuu !
sayangg korang !!
pastu teringat la kat Aina yang tak jadi join
takde rezeki nak jumpa hang Aina :(

buat-buat muka malu . haha


benda pertama yang buat aku sebak ialah Abah
Abah yang nikahkan kami
aku tak tau macam mana perasaan abah
tapi dari muka abah yg macam sedaya upaya tahan nangis masa nak lafaz ,
aaaaaaaa aku lagi la tak boleh tahan nangis !


tertunduk-tunduk abah tahan sedih :'(

dan mama yg peluk aku
pelukan yang ada makna
pelukan yang lain dari lain
gugur laa air mata ni tengok mama sebak macam tu

i love you mama :')

sah
sah
sah
sah
lepas tu.. gugur lagi air mata ni
kali ni menangis sebab happy
alhamdulillah dengan sekali lafaz ,
aku sah jadi isteri Nik Mohd Azamuddin
hehee
#22Mac2014
hoi kat sini pun nak hashtag ke

dupdapdupdap
laju gilos jantung aku
masa dia nak cium dahi
adeiii cover cover nervous dengan gelak-gelak
gelak-gelak tapi cover ayu gitewww
nasib baik duduk
kalau berdiri mau aku tergolek kat situ sebab menggigil lutut

Alhamdulillah :)
#AzamAnis



lepas majlis akad nikah ,
mula laa busy isi goodies kat rumah
orang message pun tak sempat nak reply
nak lock keypad pun tak sempat
* pehhhhh menipu sangat

Alhamdulillah...
majlis akad nikah berjalan lancar ..
terima kasih abah and mama sebab sponsor macam-macam untuk anis
sedap beb abah masak !
hehe promote skit !
terima kasih abang wan , abang afiq and farah banyak sangat tolong
terima kasih pengapit pengepit hanger ampaian semua lah , Nadira:)
terima kasih angah, cik, cik Li, maksu, paksu, mak njang, pak njang, amboii nak sebut satu-satu sampai esok pun tak habis .
senang cerita terima kasih family !!
terima kasih kawan-kawan yang banyak tolong
terima kasih Nurul sebab bagi pinjam dulang yang comel tu
terima kasih abang ;)
hehe

so tengah malam tu dah nak pukul 11 malam ,
pegi la dewan nak tengok progress pelamin and catering .
sampai je dewan
terharunyaa
rupanya kawan-kawan dah lama sampai duk terjengket-jengket pasang background photobooth
semuanya DIY !
idea kreatif dari Iman , Min , Ezza and Aida <3
gambar photobooth DIY tuu aku upload kat entry lepas ni
hihi

so aku balik malam tuu
dah nak pukul 12 ni oiii
aduhh rasa nak hantuk kepala kat dinding
sebab baru teringat sign arrow belum print dan belum pasang !
ya Allah..... sempat tak ni ?
pukul 2 pagi abang-abang aku pegi pasang kat tiang-tiang traffic light .
diorang kata waktu paling bagus nak pasang sebab tak banyak kereta .
huhh lega aku ..
ingatkan nak berserah je kalau guest aku sesat .
hahahaa

so aku pun tido laa bila dah siap semuanya
tunggu wedding esoknya
nervous tak hengat !


bersambung.....

cehhh ada jugak bersambung 
hihihi





15 March 2014

Mama

Assalamualaikum~

hari ni 15 Mac 2014

aku duduk dalam bilik ,
bilik yang bersepah dengan barang-barang hantaran ..
rehat kejap , lenguh dah tangan ni .
online sambil baca artikel pasal MH370...

tiba-tiba mama aku bukak pintu bilik ..

" Anis.... "

" Ye? "
" Buat apa ? "
" Tengah baca blog orang pasal flight tu .. "
* mama diam sambil tengok sekeliling bilik *
" Ma... mata macam nangis je . Mama baru lepas nangis ke ? "
* aku bangun tengok mama dekat-dekat *
" Nape ma ? "
* Mama terus peluk aku . Mama nangis *
" Ma.... nape nangis nii... "

aku sangat laa tak boleh tengok orang menangis , lagi-lagi orang yang aku sayang. aku pun menangis sama walaupun aku tak tau lagi kenapa mama menangis .

* Mama diam , lap air mata *

aku agak mama nangis mungkin sebab aku nak nikah lagi beberapa hari ..  

" Ma... jangan la sedih .. nanti kan anis duduk rumah dekat-dekat je.. boleh selalu jumpa .. "
* Mama peluk aku lagi *
" I love you Anis .. "
" Ma ... "
" I shouldn't cry kan....."
* Mama lap air mata sambil senyum *

Mama , Anis tulis ni untuk mama

Mama , 
masa Anis 10 tahun ,
tiap pagi mama akan kejutkan Anis sebelum mama dan abah pegi kerja .
Anis akan salam mama dan abah depan pintu
dan bila mama dan abah dah masuk dalam kereta ,
Anis akan kunci pagar .
Mama tau tak Anis akan pegi ke tepi rumah untuk tengok kereta mama dan abah keluar dari simpang sana?
dari situ Anis tengok mama dan abah saaaaampai dah tak boleh tengok lagi
lepas tu baru lah Anis masuk rumah .
dan mama tau tak ,
Setiap hari Anis menangis lepas mama dan abah pegi kerja
menangis , lepas tu sambung tido ..
sambung tido sebab Anis sekolah petang..
Anis pun tak tau kenapa Anis menangis
tapi rasanya macam rindu sangat ..
kenapa laaa mama abah tak duk je kat rumah ?
haa macam tu Anis fikir ..

dan sekarang ,
Anis faham perasaan mama ,
tapi mungkin juga Anis tak betul-betul faham ..

Ma , I can't stand to see you cry
Maafkan Anis atas segala salah Anis pada mama
Terima kasih jagakan diri Anis selama 23 tahun ni ..

I love you too , Ma...

Thank you Allah for my mother




08 March 2014

dear diary ,

Assalamualaikum~

hari ni 8 Mac 2014

please pleaseeee stop tanya soalan yang boleh menggerakkan kakiku ke mukamu

aku stress . tolong faham .


and i really hope that no one will say this again !
" kau niii makin kurus laaa .. cuba laa naikkan berat badan tu sikitt ... melayanggg je... "

seriously?
apa kau ingat aku hari-hari siat badan aku kasi kurus ke ?

sangat lah benci ayat tu .
sebab , aku sedang berusaha menaikkan berat badan .
bukan aku tak cuba .
heheee
so please , do understand me .

senyum tak bermakna suka okay?

thank you blog ,
tempat menulis isi hati
:)




19 February 2014

Juwita & Taufik - Lovers In Subang :D

Assalamualaikum~

bukan cerita Lovers In Paris .
tapi ni cerita Lovers In Subang , okay .

14 . 02 . 14
Alhamdulillah ..
maka pada tarikh ini Hirda Juwita si cantik manis berlesung batu pipit di pipi bertukar status dari Cik Hirda Juwita kepada Puan Hirda Juwita....
hehe
purple gitewww... korang sweet kuasa tiga puluh tiga belas ratus empat juta lima belas ratus ringgit . ehh ??
sambil tulis blog ni aku pasang lagu cintan cinton
bagi feeling lebih sikit nak tulis blog pasal korang ni Jue , Taufik oiii
encik tu pun dah tido ..
takde siapa nak mesej sayee . hehek
ngengada doohh penulis ni , tumbuk kang

mesti syahduuu je time ni kan haha :')


okay
al ceritanya , Jue dah pun arrange flower girls untuk wedding dia
semuanya lapan orang termasuk aku
hoyehh gumbira !

so hari yang ditunggu-tunggu ,
15 . 02 . 14

gegirl semua pun bersiap lah
* make up make up *
ada yang tak reti pakai eye liner
ada yang baju dia belum iron
ada yang iron baju sampai terbakar
ada yang berpeluh sampai rasa nak mandi 10 kali
ada yang lapar gila
ada yang kasut tercabut
ada yang sibuk snap gambar
ada yang takut kat jarum peniti 

hihihi jangan mareee







aku tengah snap-snap gambar sementara gegirl lain bersiap ,
Puan Juwita kita call
" u olls kat manaa ?? we olls tunggu niii , bila u olls nak datang ?? semua dah tunggu ni , Taufik dah sampaiii "

di sini kami ingin memohon sejuta ratus lapan ribu enam ringgit tiga puluh juta belas kali kat Juwita , Taufik dan semua kerana telah membuat anda semua menunggu ..

sebenarnya kami semua nak buat suasana suspens supaya menambahkan debaran Juwita dan Taufik macam tengok cerita seram . so hangpa toksah la pi tengok wayang cerita hantu ....
hihihi sorry sangat kitorang agak lambat .. ada masalah teknikal :(


bila dah masuk dewan ,
rose petals tu pun dibaling masa Juwita and Taufik jalan kat red carpet .
eh , baling ke ? ke tabur ?
macam tak sesuai je tabur ?
campak ke ? lagi la tak sesuai
ah apa-apa je la
hihi

selesaiiii



to Juwita & Taufik ,
Anis doakan korang bahagiaaaaa sangat hingga ke syurga ,
semoga dimurahkan rezeki , dipermudahkan segala urusan .
happy selalu ye Jue , Taufik .

Congratulations to you both and may you carry the joy of this happy day close to your heart as you journey the road of life together...
nampak tak ni ayat copy paste? haha

Alhamdulillah ... 

saya juga nak mintak maaf kpd Juwita dan Taufik kerana telah menculik gambar2 anda dari facebook . sekian .





22 January 2014

HIV Test seksyen 7 Shah Alam

Assalamualaikum~

hari ni 22 / 1 / 2014
lagi 2 bulan je nak ke 22 / 3 / 2014

kalau ingat tarikh je , mula la berderauuuu darah .
nervousnyaa !

so entry ni idea daripada Mr. F , iaitu Mr Fifi Fairuz Fuyoo .
hehee Mr F is Mr Fiance

" tak nak ambik gambar borang ke wk? nanti kan awk nak tulis dalam blog ... hahahahaa "
berdekah-dekah la beliau gelak sampai semua orang dalam klinik tu tengok kitorang termasuklah pesakit yg dalam bilik doctor pun keluar jenguk .
* tipu
* melampau
* tipu melampau



maka ,.... lepas siap isi borang ,
sesi bergambar pun bermula la .
kalau ada instagram dah masuk dah nii
tak terfikir pun nak tulis blog ,
tapi lepas encik tu cakap , terusss rasa nak tulis lah .
hahaha gedik . bye .

so kitorang pun tunggu giliran lepas ambik number ..
pastu doctor tu pun panggil ..

" Anis ye ? "
" Ye ye "
" Kawin bulan berapa ? bulan 3 ? "
" Ye bulan 3 "
( aik macam mana dia tau ? nak kena jemput ke ni ? )
............................
krik krik krik..............
...........................
" Sakit ke ? "
" Tak sakit... kena gigit nyamuk lagi sakit "
* angguk angguk

Pup !!
keluar la cecair warna merah pekat dari jari gebu halus mulus ni .
hahahahaha perasan
uwekkk aku geli pulak aiii tengok dia picit jari aku untuk keluarkan darah ..

sebenarnya risau jugak sebelum buat HIV Test ni ..
ye la , kadang2 tanpa kita sedar penyakit tu dah ada .
walaupun bukan salah kita kan kan...
Alhamdulillah , kami negatif ..

:)

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah


25 December 2013

Cermin Kereta Dipecah . TRAUMA :(

Assalamualaikum~

hari ni hari paling sedih
and hari yang menakutkan

doa orang teraniaya dimakbulkan Allah

selalunya bila aku tengah buat kerja ,
dalam setiap 3 minit atau kurang ,
aku mesti akan toleh ke kiri untuk tengok cctv monitor .
sebab dari situ aku boleh tengok kereta aku .
dan boleh tengok siapa yang nak masuk office .
or siapa yang tekan loceng office .

aku ni ada tabiat suka buat kerja sambil dengar lagu .
tapi hari ni rasa macam nak biarkan office tu sunyi .
tak pasang lagu , senyap sunyi je office tu .
macam biasa , setiap 3 minit atau kurang ,
aku toleh ke kiri tengok cctv monitor ..
tak ada apa .
yang ada cuma kereta aku sebijik comeyyy je duk situ diam2 .

ok sambung buat kerja ..
tiba-tiba dengar bunyi bising .
bunyi tu jelas sebab aku tak pasang lagu .
bunyi macam hentaman / ketukan .
aku terus toleh tengok cctv .
camera ke-4 (CAM 4)

ya Allah !
aku tengok ada sorang lelaki tengah cuba pecahkan cermin kereta aku .
terkejutnya aku macam nak pengsan .
aku terus ambik handphone dial 999
berlari aku pegi bilik boss ..
sebab dari bilik boss aku boleh tengok direct dari tingkap ..
and boleh nampak no plate kereta orang tu yang parking sebelah kereta aku ..

belum sempat operator jawab ,
lelaki perangai syaitan ni dah pun pecut laju .
aku nampak no plate dia QAU je...
number belakang dia tak sempat tengok ..

lepas few minutes ,
3 kereta polis sampai  ..
barulah aku berani nak turun .

hancurnyaaa hati aku tengok cermin kereta aku pecah
sedih teramat sangat
apa salah benda yang tak ada akal ni pada manusia yang ada akal tu?





rupanya si manusia perangai syaitan tadi pecahkan cermin kereta
semata-mata nak ambik roadtax aku

boss sampai and bawak kereta aku pegi bengkel
pasang cermin ...

then pinjam kereta kawan boss sebab nak gi balai .
dah la menggigil tak habis lagi ,
dah pulak kena bawak kereta manual pegi balai
sorang-sorang haa
berapa tahun duk bercinta dengan kereta auto
tiba-tiba kena bawak manual
sambil mata basah-basah ,
dahi aku pun basah risau enjin mati tengah jalan

Alhamdulillah selamat sampai balai polis
and buat report

takpe la duit aku melayang untuk pasang cermin , tinted , roadtax
mungkin bukan rezeki aku lagi nak kumpul duit sekarang
tapi aku nak manusia yg tak gunakan akal manusia tu dihumban masuk ke rumah besi
supaya orang lain tak jadi mangsa lepas ni

cubaan dia untuk pecahkan cermin banyak kali gagal
dik , tak semudah tu dik .
jangan pandang rendah kat viva yang kecik tu
apa ingat aku tak pasang tinted ke ?

nasib kau baik sebab situ tak ada orang .
kalau ikutkan cubaan kau pecahkan tu ,
memang tak sempat la kau kalau kat situ ada orang .
dah tak boleh pecah ,
guna kaki pulak sampai 3 kali baru berjaya ye ?
tak cepat putus asa kau ni .

aku share video dari cctv office aku untuk iktibar .
tengok dari apa yg dia pakai ,
bentuk badan ,
mana tau kot-kot ada siapa-siapa kenal si manusia jahil ni
kereta Perodua Viva , warna hitam , no plate QAU (number tak nampak)
tapi mungkin jugak no plate QAU tu palsu je ....

0:04 saat
dia usyar line clear dulu
perhati orang sebelah penumpang (depan)
pegang topi putih

skip ke 10:15
dia datang balik 
dan pecahkan cermin
terus ambik roadtax  :'(




kalau tak boleh play ,
search je kat youtube
Pecah Cermin Kereta - TSB Sungai Buloh

satu benda yang buat aku tertanya-tanya
kenapa alarm kereta aku tak bunyi ?
dah kena hentam camtu pun tak bunyi
aku pelik . hmmm nanti aku call perodua pulak .

lastly ,
terima kasih Allah atas ujianMu .
terima kasih kpd polis sg buloh , boss , tunang saya , Zati and Nazirah
semua ni pandai je buat lawak termasuk la polis dgn boss .
boleh laa bagi aku senyum di saat-saat hilang kekuatan ;)

* tengah bagi penjelasan kat polis ,
boleh pulak dia potong aku cakap and tanya ,
" Cik dah makan ? "
maybe sebab dia dengar aku macam panik kot .
atauuuu dia tak dapat dengar aku cakap apa
sebab pipi tengah disirami air terjun Niagara .
T.T

sedihnyaaa tengok bestfriend tercalar
hancur hati ni tengok :(






hati-hati ye semua orang
bahaya ada di mana-mana
TRAUMA !! :(