22 April 2013

tak ada tajuk . suke hati kau lah nak buh tajuk apa

Assalamualaikum~

sekarang ni ada fenomena baru yang comel dan sweet .
fenomena apa tu ??
gwiyomi !!! ( ramai ramai sebut )
bukaaannn !
anis !!! ( ramai ramai sebut )
yaaa aku tau , tapi bukan jugakkk !

lagi comellll dari gwiyomi tapi kurang comel sikit dari aku .
- perasan melampau -
iaitu update status facebook tanpa disuruh .
comel sangat kan ada kawan kawan yang suka tolong updatekan status ..
yelah , tak suruh pun dia buat .
aww so sweet ....

aku lah mangsa bersiri .
selalu kawan kawan yang baik hati tolong updatekan status .
- status comel
- status jiwang
- status jiwang gila
- status jiwang gila daripada gila tadi tu
syaitooonnnn

first time aku kena

 homaigoddd

see ? sweet sangat sangat teramat sangat kan ?
tersumbat hidung aku baca status aku camtu .
tanya kawan kawan dalam office semua buat muka innocent .
habih laaa kawan kawan facebook mengata aku apa ntah .
hmm takpelah , memang betul pun kan.....
bbrrruuhhhhhffttttt ( muntah hijau )

second time . kena lagi ...

 status melampau

tarikh yang sama .
barangkali tarikh tu aku memang cantik dan comel ...
hmmm
- usap usap dagu sikit -

third time . kena lagi ??

 tolong bagi idea caption apekah kat sini ?

dua hari selepas tarikh tadi .
ngam la tu ..
comel dah , cantik dah ,
kawin la kan kan kan
hahahaa melampau betul status ni
tapi aku lagi melampau ,
dah kena dua kali tak beringat lagi nak sign out .
wahahaha
wahohoo

fourth time .

 tangan menggigil nak taip caption


sepi pulak dahhh ...
oiiii segan gila la kalau status dah berjiwang jiwang gini ..
mesti kawan kawan facebook mengumpat aku ..
mungkin siap buat group anti-anis untuk mengumpat pasal kejiwangan aku tu ..
-usap usap dagu lagi -


fifth timeeeee !

nampak gatai -.-"

aku baru bangun dari kerusi tak sampai 2 minit .
cepat je tangan budak budak ni updatekan status .
tapi status ni melampau sangat gatainya .
pastu lagi banyak like dari status status jiwang cipan sebelumnya .

aku balik rumah ,
mak aku tanya ,
" kenapa cakap macam tu kat facebook ? "
" cakap apa ma ? "
" nak kawin ke apa ntah . toksah laa , buang buang .. satgi orang kata apa plak... "
" ohhh tu kawan kawan anis yang buat . diorang memang cipan . hehehe gurau gurau je tuu "
" hmm toksah laa toksah laa... buang buang ... "

hahahaaa sebab kawan kawan yang sangat cipan itu mak aku dah pikiaq lain macam ..
aku laaa asyik lupa je nak sign out .
dah banyak kali kena pun tak ingat lagi 
( bak kata encik azam )
 haaahaaahaaaa
- hantuk kepala kat dinding -

biasa laa kawan kawan .
update status , ejek ejek , tumbuk tumbuk , sepak terajang , semua tu gurauan ...
serious je tak best jugak ye dok ?

pasni aku harap facebook ada buat satu lagi penambahan memandangkan facebook selalu sangat tukar-tukar rupa dan tambah-tambah benda yang ntah hape hape ..
iaitu sensor .
kalau tuan punya facebook tu bangun je dari tempat duduk ,
terus sign out .
memang power gila la camtu .
huhhh mimpi je lahh anis oi

ok lah , ngantuk la pulak ..
mata aku dah nak cecah keyboard ni ..
kang bukan jari aku yang taip .
mata aku pulak yang taip .
hey hey tak lawak kan .
ok bye jangan jawab lawak ke tak .

ohhh wait wait .  sign out facebook dulu sebelum tido

12 March 2013

Penderaan di Office :(

Assalamualaikum~

entry ni mengisahkan manusia-manusia yang tak berperikemanusiaan .
mendera anak orang lain dengan menggunakan benda berbahaya .
memukul , menerajang , menggelabah , menyepak ....

tapi dera sambil senyum .
huh??? apakah??

Pendera #1
Nama Gelaran : Capit Garang Angat-angat


pendera ni hayun tong air ke arah mangsa , iaitu Janjan bukan nama sebenar .
nama dia manja2 gitu kan .
sebab orangnya memang manja . ( bwekkkkk )
tengok tu . sambil senyum . 
pendera kategori sweet .
Capit Garang Angat-angat ni WANTED .
memang famous dengan kes-kes dera .


Pendera #2
Nama Gelaran : Kak Sitot



ni lagi sweet . pegang rotan sambil senyum .
tengok la betapa sweetnye pendera zaman sekarang .
yang nak kena rotan tu pun boleh tergoda tengok akak kite ni .
anyonyonyoo.....

wehh tolon tolonnn aku sebenarnya tak ada idea nak taip apa ..

Pendera #3
Nama Gelaran : Capit Garang Angat-angat .
eh? nama kau lagi .

kan.... aku dah cakap dah dia ni famous dengan kes dera .
siapa nampak dia tolong rendam dia dalam loji please .
tengok gambar kat bawah ni .
sesedap jebon je dia taruk kepala Janjan dalam kotak limau .
ehh lain macam je ayat .
silap2
sesedap jebon je dia taruk kotak limau dalam kepala Janjan .
ehh lain macam jugak ayat ni .
ahh whatever lah .
hehohihuhaaaaa
 




korang ingat krismas je ada santa claus ?
chinese new year pun ada tauu ..
merengg merengg merenggggg

Pendera #4
Nama Gelaran : Encik Stokin

pendera ni dera orang tang hidung je ..

hari-hari dera orang guna stokin .
baunye semerbak !
siap ada tumbuh cendawan kat stokin tu .
- tipu tipu tipu -
siapa punyaa???
tunggu jawapannya di episod akan datang ,
jangan biarkan hidup anda diselubungi........
stokin.....~~

pehhhh bau stokin dah blog aku nihhh

ok bye . aku ngantuk . tidoq dulu naaa......
BIBIKKK tutup lampu !!
cehhh bajet ada bibik......
-.-"

10 January 2013

jangan jadi macam span . makin ditekan makin penyek

Assalamualaikum~

jangan jadi macam span .
makin ditekan makin penyek .

aku rindu ayat tu . ayat yg selalu keluar dari mulut kawan aku .
lepas dia dengar cerita masalah problem trouble aku ,
nanti dia sekolahkan aku .
macam2 nasihat dia bagi .
tapi tu lah , aku tak pernah dengar nasihat dia .
bila dia dah tak ada ,
baru aku sedar ..
baru lah aku install dan download semua nasihat dia dalam otak aku .

" jangan jadi macam span ,
makin ditekan makin penyek .."

" buat-buat je garang , walaupun dalam hati nak tergelak . "

hahaha aku tak lupa semua tu .

terima kasih kawan . kau selalu dalam doa aku .
semoga tenang di sana :')


06 January 2013

Konkrit , Paku , Kayu dan Rakan2

Assalamualaikum~

amboi lamanya tak update blog.. patut la rasa terbuku je hati ni . hahaha cececeehh
okeyy aku dah lebih sebulan kerja . ohh best best .
panasnya jangan cakap la .
aku ingatkan ada shower free . rupanya peluh aku .
hahaha hiperbola sangat aku ni . takde lah teruk sampai camtu . adeii....
disebabkan aku hari2 berjemur kat panas , sekarang aku lebih menghargai musim sejuk dan musim salji .
ntah bila masa aku ada kat musim salji ntah . tipuuu...

kalau boleh aku nak pakai costume yg astronaut pakai .
boleh tutup muka skali .
takdelah muka aku berbelang macam sekarang .
kira aku punya muka ni up to date la pasal skarang kan tudung 2 tone tengah famous.
aku punya muka pun ada 2 tone.
huu cukeww angat2 =.="

kerja kat construction site memang bahaya .
kena pakai safety boots , helmet , eye shadow ..
jangan suka2 nak buat lompat bintang ke , tarian lilin ke .
kang tak pasal2 injured .
kaki terpusing camni haa...
punca : main batu seremban kat site .


masuk kerja situ dapat kenal dengan staf yg gila2 . office kadang2 macam pasar .
best best . takde lah serious je memanjang . memendek je .
kenal pulak dengan NAZILAH . eh silap .
NAZIRAH . sebaya dengan aku .
kitorang memang suka bela ular .
emmmm lain macam je ayat kat atas ni.....tetttt

3 minggu aku pakai kasut phua chu kang tu .
sampai aku digelar chu kang .
si Syafiq ( Boss Blok 1 ) siap save nama aku kat fon dia chu kang .
sohaiii ini budak . haha

aku menanti safety boot aku dengan penuh kesabaran .
onak dan duri aku redahi .
ehh silap2 ,
kayu dan paku aku redahi .
sampai lah suatu hari aku masuk office ,
akak kerani a.k.a akak cun bagitau kasut dah sampai .
yeeha ! penuh keterujaan dalam keletihan ..

taraaaaa....

pastu aku jalan masuk site dengan muka yg konon2 macam tauke .
workers pun ramai tegur ,
"waaa kasut BHARU ya BHOSS .."
aku tambah huruf H sebab ramai workers Jawa yg tegur . hehee

bak kata orang , bak la.. bak la..
haha ehh serious2 ..
bak kata orang , pergi gelap balik gelap .
macam tu lah construction workers dari negara luar .
cari makan tak kira penat ,
tak kira cuti ,
tak kira hujan panas .
tapi kita?? bukan tak kira semua tu ,
kita ---> " tak kira ! tak kira ! nak balik awal ! nak balik awal ! "
haaa tu yg kita tak kira.. betul kaaannn.....

siang......

sampai malam.....

yaa siang sampai malam ...
cari rezeki...
kau ? siang online malam pun online .
kan??? tengok tu . online lagi .
asyik nak baca blog aku je...
dah2 offline skarang!

hahahahahahaaahaha
jangan mare~
chu kang & nazilot
=)









08 November 2012

budak pengsan kat pasar borong selayang . ish ish

Assalamualaikum~

hari ni aku nak cerita pasal kegumbiraan , keseronokan , keexcitedan , kebestan kat Pasar Borong Selayang .
adakah aku sedang merosakkan bahasa ibunda???

cadangnya nak pegi pasar borong selayang pukul 6.30pagi.
aku excited sangat nak pegi pasar sampai asyik terjaga je dari tidur .
cehh nampak sangat la aku selalu jarang pegi pasar kan .
aku dengan abang sulung aku gerak dari rumah dalam pukul 7pagi .
  
sampai je pasar borong selayang ,
aku buat lompat bintang tanda aku seronok tak hengattt .
- tipu tipu tipu -
kitorang pun pegi beli ikan , sotong , udang , monyet .
kaki aku rasa sejuk sangatsangatsangat sebab lalu kat air ais ikan yang melimpah kat simen .
makin lama makin sejuk .
pastu on the way nak pegi beli sayur pulak .
tiba2 aku rasa macam nak pengsan .
jadi gelap , kepala aku jadi sejuk .
yang abang aku dah jalan ke depan .
aku nak panggil , tak bermaya karin wehh
aku benti jalan jap , ok ok dah .
sambung jalan balik . tapi malangnya jadi gelap lagi .
aku pegang tangan abang aku 
ececece macam sweet sweet gitu kan ?
aku cakap aku tak nampak .

then ada encik penjual ikan yang sangat baik hati macam tau2 je aku nak pengsan .
dia suruh aku duduk kat box ikan dia tu ,
dia bagi minyak cap kapak .
kaki aku makin sejuk .
aku makin tak dengar .
pastuuuuuu
- - - - - - - - - - - - - - - - - 

aku dah jatuh atas air ikan . yeyyy aku busukk !
aku tak tau bila masa ,
dah ramai kat keliling aku ,
ada kakak indon urut2 kaki , ada yang urut2 tangan .
i rasa macam princess tau ~ haha
aku sejuk tahap titanic la . - titanic part last tu
menggigil . sejuk gileee .
serious aku ingat aku hidup sampai situ je .
meninggal kat pasar ?
oo em ji , contoh suri rumah terbaik wa cakap lu .
haha main2 plak aku ni kan .
alhamdulillah , sekarang Allah masih pinjamkan nyawa .
aku pun balik dengan seluar basah .
bau ikan . tangan aku penuh sisik2 ikan .
ntah bila ikan sedekah sisik kat aku , aku pun tak tau ..

dah itu saje .
bagi siapa2 yang selalu pegi pasar borong selayang ,
mesti perasan ada abang2 kelantan jual ikan .
beli la ikan kat diorang banyak2 tau .
aku berterima kasih sangat2 kat semua yang tolong .
semoga bertambah la rezeki mereka .

pasni pegi pasar kena pakai selimut kot . haha
gedik tiba2 tak tahan sejuk pehal aku ni?
padahal tiap minggu balik russia elok je ..
- tipulagi -

byeee

maceh google . ( gambar sendiri takde , sebab takde paparazi amik gambar )
cettt bajet retiss letteww



23 October 2012

click la . please la . please la .

Assalamualaikum~

wahh click jugak . maseh maseh . 
buat masa ni aku ketandusan idea .
jom la teman baca natang ni jap .
saje suka2 post pasal diri sendiri .
*macam budak takde masa depan je*
my blog whaaattt . . . 
like my heart la ( suka hati aku la )

1. orang panggil Anis , Nish , Joy , Joyah , Fazreena .

2. geli lipas , cicak , lalat , ulat dan alien .

3. sukaaa hamster , kucing , beruang dan alien . aik ??

4. seorang kakak yang comel

5. tak tau pasal politik . study kat politeknik . eh ape kena mengena?

6. pernah baling fon masa tido sebab mimpi tengah main netball . tapi fon sihat walafiat cuma bateri tercabut .

7. pernah jadi cikgu tadika selama 3 tahun hari .

8. teringin nak tengok perokok isap rokok terbalik
- api dalam mulut , filter kat luar . muehehehe!!

9. takde idea dah .

10. ok ada idea . suka dengaq oghang utagha ngan ore pata timur kecek . cececehh ada maksud tersirat tu .

11. wakil pelari pecut peringkat dunia .
     ok dalam dunia ada negara . negaranya adalah Malaysia . dalam Malaysia ada negeri . iaitu Selangor . dalam Selangor ada daerah . daerah Petaling . dalam daerah Petaling ada sekolah . jadi saya adalah pelari pecut peringkat sekolah = dunia . please la paham .

12. sebenarnya tengah tunggu movie habis download .

13. kadang2 tak tumpu dalam kelas tapi angguk2 bila lecturer pandang supaya dia ingat aku dengar .

30. haa dah point yang ke-30 ni . cukup la tu . bye .

^__^  hehohihuha






16 October 2012

Kita Dah Konvo Beb !

Assalamualaikum~

selesai sudah majlis konvokesyen untuk Diploma semalam..
tahniah untuk semua .
lepas ni ntah bila boleh jumpa lagi kan .
tunggu kenduri kawin je le , ye dok?
(memen punye ayat)

*Raptai Konvo*
beratur nak daftar punya la lama .
riuhnya tak payah cakap la ,
dah macam kat pasar .
yang tu cerita , yang ni cerita .
yang tu mengumpat , yang ni mengumpat .
haippp tak mo tak mo....
dah lama tak jumpa la katakan....
ada yang makin kurus , ada yang makin bambam ,
ada yang makin putih ( duk rumah tanam anggur la tu )
ada yang makin gelap ( yang pi main tengah panaih tu pasai pa )
hehehhh
macam aku , aku rasa aku makin....makin malas .
*hantuk kepala kat dinding
time tu la nak tegur kawan kawan ..
rindu gila sampai nangis , melalak , meraung dan sebagainya .
*over tu Joyyy ! tipu belaka .
tapi ada jugak yang tak bertegur .
duk dekat tapi buat buat rabun dekat .
rabun sungguh baru tau!
tak kisah la , asalkan aku bahagia , bukan kau bahagia tau .
hahahah

*Konvo*
ececehhh semua nak baru .
baju baru , tudung baru , kasut baru , beg baru , awek baru , eh tak tak . setia kennnnn......
nak bersiap punya la lama .
lagi2 time nak pakai jubah graduan ,
aku rasa macam tengah berlakon kat dalam cerita Harry Potter .
jap lagi nak naik pentas , terbang je .
ok dah stop stop .
haa... aku dah la orang first naik pentas untuk Sesi Disember 2011 .
sebab orang yang patutnya first tak hadir .
memang beku la tangan aku kan .
tapi semuanya berjalan lancar .
aku tak tersadung ! hooreyyy !

tengok kawan2 naik pentas .
tapi sikit je aku tengok ,
maklumlah . aku kan rabun jauh .
penat mata aku zoom lama2 . yang aku perasan ni je la :)

Sofia
-comel je dia naik tangga pastu senyum kat camera .

Liyana
-jalan sambil senyum sampai depan camera . go girl !

Iman
-alahh tak nampak muka kau . tapi kau jalan macam cover nebesss je. hehehe

Naim
-kitorang tergelak (sikit je) bila kau naik tangga , pastu sampai depan camera first , kau berdiri tegak gile. hahaha

Ayuni
-naik tangga macam berhati-hati betoi . mesti taku terjatuh kan kan? hehehe

Muhaimin a.k.a memen
-macam biasa , lemah lembut je jalan . awwwww~

Azaiman
-aku rasa macam kau orang first yang salam pengarah . kau yang hulur tangan plak tu . hehe cayalah!

Aina
-macam model la Aina ! senyum sampai balik ke kerusi . :)

Sarawanan
-ramai yang tepuk tangan untuk Sara .

Fahmi a.k.a Dato'
-kau jalan memang macam dato' laaa

Suzeanni
-alamak orang tu salah sebut nama . jadi Suzeni la...takpe, kau maintain cute beb .

Luqman
-maintain jalan macam brader cool

haa.. itu saje . tahniah kawan2 !

dicuri dari fb Fahmi . heheh mekasih~
Wan , Fahmi (tuan gambo) , Ejat , Alif , Badrul , Aizat , Naim , Luqman , Nani
Aina , Ezza , Sofia , Wanie , Ayu , Aku , Iman
much much much love

Sarawanan bersama gadis gadis . pehhh kalah Aaron Aziz .



thank you so much especially to mama dan abah yang banyak support Anis.
thank you so much for coming .
thank you so much to my family dan kawan2 .
thank you so much pensyarah . 



anddddd...... thank you so much Azam . heeeee~