05 September 2018

Keindahan Bersalin :)

Assalamualaikum ~

Alhamdulillah aku dah pun selamat bersalin. Kali ni bersalin secara normal. Dapat la aku merasa kedua-dua cara bersalin..

So entry ni aku nak story experience aku bersalin secara normal pulak.

26 May 2018

Macam biasa, lepas sahur dan solat subuh, aku tido balik. Lagipun haritu hari sabtu. Aku cuti. So tido je lah kan haha.
Masa sahur tu aku rasa badan penat sangat, plus sakit2 pinggang.
Tapi aku takde terfikir tu tanda nak bersalin.
Aku fikir biasa lah kan dah sarat, macam-macam la sakitnya.

Dalam pukul 8.00 pagi, aku still tak rasa nak bangun sebab macam makin kuat pulak sakit pinggang. So aku sambung tido hahah.
Dipendekkan cerita, dalam pukul 12 tengah hari aku pegi toilet dan terperasan ada darah.
(Alamak kantoi bangun pukul 12 hahaha)
Aku terus call husband dan kebetulan memang dia dah nak balik kerja time tu.
So aku bersiap-siap, dalam pukul 3 sampai hospital (eh lama jugak bersiap tu haha).

Sampai hospital, register, terus masuk buat CTG dan check bukaan. Ada bukaan 1cm. Aku dibenarkan balik.
Masa ni dah nervous sebab tak sangka dah ada bukaan rupanya.

Sampai rumah, aku naik turun tangga, jalan-jalan, jalan itik untuk percepatkan bukaan.
Agak-agak lenguh kaki, aku stop dan rehat kejap. Pastu sambung balik jalan-jalan.

27 May 2018

Lebih kurang pukul 12 malam, contraction pertama datang. Terpejam jugak lah mata ni menahan sakit. Frequency lebih kurang setiap 20-30 minit. Rating sakit 1 hingga 10, aku bagi 3. Maknanya still boleh senyum lagi time nih.
Aku tak boleh tido sampai pukul 4 pagi, contraction kuat datang. Rating sakit : 5/10

Contraction makin kerap so aku fikir maybe dah ada bukaan dalam 3cm kot.
Lepas sahur, kami gerak ke hospital.
Sampai je parking hospital, sempat lagi tunggu dalam kereta sampai pukul 7 pagi. Sebab tiba-tiba contraction makin slow dan tak kerap.

Aku masuk register dan buat CTG. Lepastu check bukaan. Frust gila wehh baru 1cm jugak, tak bergerak. Ingatkan dah bukak beso sikit, rupanya tak !
Tapi sakit dah macam apa dah. Disebabkan contraction kuat, aku tak boleh balik.

Minit demi minit, jam demi jam. Aku layan contraction yang kadang-kadang kuat kadang-kadang slow.
Sampai waktu malam, katil menunggu penuh. Terpaksa la aku tido atas kerusi sambil layan contraction.
Seksa wehh! Tapi nak buat macam mana, aku yg pilih untuk ke hospital kerajaan. Kena la paham dan hadap, kebetulan orang nak bersalin terlampau ramai masa tu.

28 May 2018

Tak bersalin lagi? Hahah! Check bukaan baru 2cm tapi sakit dah macam hapee je.
Aku sampai fobia nak berjalan sebab tiap kali aku bangun dari duduk, baru jalan selangkah, contraction kuat datang.
Ada jugak aku gigih cuba jalan masa contraction, tapi tak mampu jugak untuk gerakkan kaki melangkah, kepala aku melekat kat dinding, tangan kat perut, mata mesti terpejam, ketap gigi. Fuhhh seksa!

Bila buat CTG, contraction kuat tapi still 2cm. 
Doctor dan nurse tanya, aku minum air selusuh ke? Kuat sangat contraction ni tapi jalan lambat bukak.
Seriously aku tak minum air selusuh walau setitik.
Perasaan masa tu bercampur baur. Geram+risau+tak sabar+excited+sedih semua ada. Memang mood ke laut lah.
Sebab mood ke laut?
Aku dah penat tahan sakit lebih sehari, tak tido, rindu anak, dan tak selesa!
Dah la rindu sangat kat anak sulung. Sampai bengkak-bengkak lah mata aku ni nangis teringat kat dia. 

Dalam pukul 3 pagi, baru dapat katil.
Alhamdulillah.
Fuhh dapat la aku lunjur kaki yg lenguh ni dan tido.
Ehh kau ingat boleh tido ke kalau contraction datang tiap 5 minit??
Hahaha memang idok le.
Aku dapat la baring kejap. Terlelap tu ada, paling lama dapat tido dalam 10 minit. Hahaha lama kan aku tido? Kihkihkih sabo je la.
Setiap kali contraction datang, aku genggam cadar katil. habih tu nak genggam apa lagi .
Meleleh jugak la air mata ni tahan kesakitan yang amat !

Lebih kurang pukul 5 petang, check bukaan dah 3cm.
Ayoyo lamanyaaa 1cm nak ke 3cm.
Doctor terus masukkan nama aku untuk ke labour room. Tapi macam biasalah, still kena tunggu ada labour room kosong baru boleh masuk.


29 May 2018

Pagi subuh tu aku dah tak boleh tahan dah sakitnya. Sampai berpeluh aku.
Masa ni doctor panggil-panggil nama aku dari luar bilik, aku dah tak mampu nak sahut.
Lebih 10 kali jugak la dia panggil sampai dia ingat aku hilang.
Maaf, doctor!
Kesian doctor tu, aku cuba jugak lah jalan slow-slow masa dia panggil kali ke doploh tu haha.
Bila check bukaan still 3cm.
Sedih !
Contraction timer pun aku dah tak mampu tekan sebab nak pegang handphone pun tak larat hahaha dahsyat betol ! Rating sakit : 7/10

Doctor inform kat aku yg harini aku boleh masuk labour room untuk pecahkan air ketuban dan doctor bagi masa 6 jam sahaja untuk bagi peluang aku bersalin secara normal. Kalau aku tak bersalin dalam masa 6 jam tu, aku akan ditolak ke OT. Sobsss.
Masa tu aku macam tak yakin je yg aku boleh bersalin normal sebab yelah, 1cm nak ke 3cm pun ambik masa berhari-hari. Ini kan pulak 3cm nak ke 10cm dalam masa 6 jam?

Aku dah seram gila sebab orang cakap kalau air ketuban dah pecah confirm sakit gila. Ini belum pecah ketuban pun dah sakit gila, macam mana aku nanti?
Mau botak kepala aku sebab takut aku tarik rambut sendiri.
Ataupun boleh tercabut braces aku nanti hohoh.

Doctor suruh aku pegi makan dan pegi toilet dulu.
Lepas mintak ampun dan maaf kat semua, aku ditolak masuk ke labour room.
Hoooii  syahdu teroxxxx masa mintak maaf kat husband.
Dua-dua nangis kihkihkih.

10 pagi

Sampai je labour room, aku rasa macam nak request kat nurse supaya slowkan aircond sebab aku sejuk gila. Tapi macam mengada la pulak kan. So diam je lah nikmati je lah sakit contraction dalam kesejukan hihi.

Doctor pun pecahkan air ketuban. Panas je air tu keluar, rasa macam terkencing atas tilam pulak. Eh pernah ke terkencing atas tilam? Kantoi ahh ! Hahah

Contraction datang. Serious kuat sangat !
Sekali lagi doctor dan nurse tanya sama ada aku ada minum air selusuh ke?
Pelik sebab baru 3cm tapi contraction macam 7cm.
Aku jawab "tak minum" dengan nada lemah gila. Haihh nak keluar suara pun tak larat lagi dah.
Weii serious laa aku tak minum pun air selusuh tu tau!

11 pagi

Doctor check bukaan. Sama. Still 3cm.
Erghhh frustnya aku! Sakit bertambah tapi tak ada progress. Boleh ke nak bersalin normal ni?
Aku dah start berpeluh-peluh.

12 tengah hari

Doctor check bukaan. 4cm.
Aku bersyukur sebab ada progress. Tapi dalam masa sama geram jugak kenapa sikit sangat progress aku ni haha. Ingatkan dah bukak sampai 5cm.
Contraction makin kuat dan makin kuat.
Labour room yang tadi aku rasa sejuk, dah tak sejuk lagi.
Basah dahi aku dengan peluh. Bukan sikit-sikit. Tapi basah lenjun tau baju aku !

1.30 tengah hari

Bukaan 5cm. Aku dengar doctor cakap contraction aku "6 in 10". Maknanya tak ada masa untuk aku berehat.
Bayangkan la satu contraction berdurasi dalam seminit lebih. Contraction 6 kali dalam masa 10 minit, berapa saat je aku boleh rehat.
Masa ni aku dah tak boleh tahan.
Aku merayu-rayu kat doctor tu supaya hantar je la aku ke OT.
Doctor tak layan, dia cakap "tak ada sebab kami nak hantar puan ke sana."
Serious weii aku merayu gila-gila kat doctor tu sebab dah tak tahan sangat dah sakitnya. 
Aku dah macam hilang pedoman hahaha.
Sekarang terasa bongok gila pulak mintak kat doctor camtu hahahah!
Tapi Alhamdulillah aku tak ada la maki hamun ke apa .
Jangan begitu yaa mommies !

Ada nurse bagi aku sedut gas Entonox nama dia tak silap aku. Katanya untuk kurangkan rasa sakit.
Aku sedut, ah sama jugak sakit ! Aku tak rasa kurang pun huhuuu.

2.30 petang

Masih 5cm. Sikit lagi nak ke 6cm.
Kau tauuu, bergegar katil tu aku genggam tau. Punya la sakit nak mati !
Ya Allah sungguh dahsyat rasa sakit nak bersalin !
Yang bagusnya nurse dan doctor situ banyak ingatkan aku untuk istighfar dan zikir masa sakit contraction datang.
Tapi paling panjang aku boleh sebut hanya Allahu Akbar.
Yasss itu perkataan paling panjang yang mampu aku sebut .
Ada time tu aku terjerit ALLAHU AKBAR!!!!! Terkejut semua nurse, diorang serbu labour room aku dan macam marah sikit. "Tak boleh jerit camtu puan.."
Hahahahha adoiii kena tegur tapi lantak situ .
Iolls dah tak tahan sangat sakit dia .
Kira okay lah aku jerit Allahu Akbar daripada jerit AaaAAaaAaa gitu hahahaha

Bila dah 5cm ni, doctor ajarkan cara push masa contraction datang nanti.
"Tarik nafas dalam-dalam dan teran. Teran macam puan nak teran berak, haa tapi jangan teran lagi. Sekarang baru 5cm nak ke 6cm"

Lebih kurang 2.55 petang

Aku terlampau sakit sangat sekali lagi aku terjerit ALLAH !!!!
Aku bagi rating sakit : 20/10 hahaha
Doctor terus check, bukaan 6cm.
Doctor tutup kain aku dan suruh aku mengiring supaya kurang sikit sakit tu.
Aku baru je mengiring tiba-tiba rasa nak teran yang dah tak boleh tahan sangat dah.
Aku cakap "saya nak teran!!"
Dalam masa sama aku sempat fikir, baru 6cm kenapa aku rasa nak teran eh?

Doctor terus selak kain aku dan doctor cakap
"ok Anis teran!!"
Nurse lain pun cakap "Teran! Teran!"
Semangat datang sebab nurse dan doctor pun nampak bersemangat . Cuma tak ada pompom je hehehe

Tetiba husband aku dah ada kat sebelah bagi kata-kata semangat cewaaahh.
Dengan seluruh kuderat, aku teran.
Bupppp!! Rasa macam kepala dia dah keluar.

Aku rasa nak teran lagi. Doctor cakap "Okay kejap jangan teran jangan teran!"
Tak silap aku masa ni, doctor suruh aku stop teran sebab dia nak betulkan kedudukan kepala baby.
Muka baby perlu mengadap bawah kemudian doctor kena pelan-pelan pusingkan muka baby mengadap atas pula .
(betulkan aku kalau silap ya)
Tapi kau tauu , kalau rasa nak teran tu datang, memang susah sangat la kalau kau nak hold teran tu.
Aku sedaya upaya tahan teran.
Dalam otak fikir,
Jangan teran bila doctor tak bagi teran. Mesti ada sebab. Tahan selagi boleh demi selamatkan baby.

Pastu contraction datang lagi.
Aku cakap "nak teran!"
Doctor balas, "Okay teran sekarang!"
Dengan seluruh tenaga lagi sekali aku teran. Tak cukup nafas, aku tarik nafas sikit nak teran lagi sekali yg gila-gila punya teran haahha.
Bupppp!!!
Alhamdulillah aku nampak seketolll dah keluar.
Serious weiii terus hilang segala sakit yg dahsyat tu. Umpama orang off suis. Hilang serta merta!
Husband pulak tak berhenti cakap terima kasih dan kiss dahi aku.
Tak geli ke yangg kiss dahi yg peluh2 tu hahahha
Alhamdulillah sekejap je proses meneran, tak sampai 3 minit lah.
Lega sangat..

Lepastu cuma kena hadap sakit nak jahit je la hehehe.
Sebelum bersalin, aku lagi takut nak jahit dari bersalin.
Rupanya kalau dibandingkan, sakit jahit tu sikit sangat. Siapa-siapa yg dah lalui sakit contraction, mesti tak ada hal nak hadap sakit kena jahit. Chill ok!
(Tapi memang sakit pun hahah)

Lepas bersalin dan jahit, aku rasa macam badan nak roboh.
Sakit rahang - maybe sebab masa teran tu aku ketap gigi terlampau kuat.
Sakit lengan - maybe sebab aku pegang besi katil kuat sangat haha
Sakit bahu - sebab apa ek? Haha
Semua lah sakit !

Begitu lah pengalaman aku dari hari first sakit sampai hari bersalin.
Lama kan aku sakit? Maybe banyak dosa. Sobssss!

Cara bersalin sama ada operate atau normal, dua-dua sakit.
Dua-dua jugak adalah jihad wahai muslimat sekalian. Ahaa macam ostajah tak?

Ramai jugak yg taktau sakit contraction tu macam mana kan?
Pernah rasa senggugut tak?
Contraction ni sebijik macam senggugut tapi macam 200 kali ganda lagi sakit hehehee.
Atau pun 300 kali ganda atau 1000 kali ganda !
Perut tiba-tiba akan mengeras sangat dan dalam masa sama akan sakit sangat kat perut, seluruh pinggang, sampai kaki.
Duduk sakit, berdiri sakit, baring sakit, malah nak bercakap pun macam tak mampu. Apa yg mampu rasanya hanya boleh pejam mata, ketap gigi.
Lebih kurang selepas seminit atau dua minit, perut akan lembut balik.
Haa cer bayangkan.

Tips untuk kurangkan sakit contraction:
Masa contraction, tarik nafas dalam-dalam melalui hidung kemudian hembus pelan-pelan melalui mulut.
Macam "hmmmmm (tarik)...fuhhhhhhh (lepas) " gituu haha
Walaupun takde la kurang mana pun sakitnya. Kihkihkih takde la gurau je.
InsyaAllah kurang sikit sakit tu.

Macam tu lah doctors kat hospital tu ajar setiap kali contraction datang.

Okay bakal mommies ! Good luck !
Banyakkan berdoa untuk dipermudahkan bersalin ye.

Sekian....

26 April 2018

35 Weeks

Assalamualaikum~

Ya tohaaaan.
Lama sungguh aku tak update blog ni .
Nak kata busy , yelah busy sikit . sikit je .
Sebenarnya tak ada idea hihihi

Ok sebenarnya nak cerita pasal pregnancy kali ni je .
Kalau taknak baca sila lah click pangkah di atas kanan anda atau jika anda guna handphone , sila lah off handphone anda kendian jadikan handphone anda sebagai sendal pintu .
hehehh

So minggu ni dah 35 weeks .
Lagi berapa hari ntah nak 36 weeks .
Pregnant kali ni aku macam serba salah sikit kat baby .
Sebab aku selalu lupa aku dah berapa weeks .
Masa first pregnant dulu setiap weeks aku ingat , hari ke berapa pun ingat .
Sikit lagi nak ingat dah berapa jam baby ada dalam perut . ahaha menipuuuu !

Ada beza tak pregnant kali ni?

Jawapannya ..
BANYAK !

Pertama , Dari awal pregnant sampai ke hari ini aku langsung tak ada alahan .
Alhamdulillah ....
Nak bandingkan dengan yang first , sampai nak masuk 6 bulan pun aku still tak boleh makan .
Asyik muntah je kan .
Haaa yang kali ni , asyik nak makaaaan je sampai nak termuntah sebab perut dah penuh sangat hahahaa terbalik .

Kedua , kaki aku tak bengkak .
Sekali je bengkak , tu pun tak teruk .
Dan dalam masa sehari surut terus bengkak tu .

Ketiga , apa ek .
Tadi macam ingat . Lupa pulak nak taip apa .

Keempat terus la . hahahah
Muka aku pulak teroxxx .
Start 4 bulan camtu , muka aku naik bijik-bijik .
Mula-mula ingatkan nak tumbuh cendawan ke apa hahahaah .
Rupanya dia macam ruam-ruam gedik gitu .
Jerawat yang pedih pun sukati dia je tumbuh .
Muka aku sejenis jarang tumbuh benda-benda ni .
Tapi time pregnant ni dia tumbuh pulak .
Plus aku malas gilaaa nak pakai apa-apa skincare .
Dasar pemalas !
Sampai la bulan ke 8 camtu baru ada kesedaran ,
aku pakai Mary Kay .
Guna pore minimizer dan moisturizer Mary Kay ,
terus rasa cantik macam Fazura . hmmmm
jerawat pun lariiii


Kelima ,
Braxton Hicks start dalam 33 weeks .
Tau tak Braxton Hicks ?
Alaa yang nyanyi lagu Unbreak My Heart tu. 
Cer google .
Kalau tak silap dulu dalam 35 weeks baru rasa Braxton Hicks tu .
Eh entah la dah lupa .


Keenam ,
Kuatnya baby gerak ! 
dulu ingatkan dah kuat dah , rupanya yang ini lagi kuat movement dia .
sebab boy kot ? hihi tak sure lah kan .
Tapi serious laaa kuat sangat .


Ketujuh ,
Berat . Sekarang aku tengah control makan .
Tak boleh makan banyak sangat (walaupun aku kurus)
Sebab nak elakkan baby terlalu besar , nanti susah nak teran .
Dan kalau boleh aku taknak operate lagi untuk keluarkan si kecik ni .
Pregnant yang first dulu kan aku makan tak hengat dunia .
Berat naik mendadak sampai kena minum air gula 3 kali .
Baby membesar dengan jayanya .
Operate lah jalan keluarnya huhuhuuu .
So kali ni , Alhamdulillah , berat baby ikut yang sepatutnya .
Tolong lah doakan aku boleh bersalin secara normal .

Haa setakat ni itu lah perbezaan yang aku boleh cerita .
Ada lagi , tapi macam tak patut je cerita kat sini kheennn .
hehehh

Harini aku puasa .
banyak hari lagi aku nak ganti oi !
Oh cakap pasal puasa , aku nak cerita sikit .
Serious perbezaan yang sangat banyaaak aku rasa bila puasa semasa pregnant dan puasa semasa menyusu baby .

Puasa semasa pregnant bagi aku NO HAL .
Lagi-lagi kalau tak ada alahan .
Lapar dan haus sudah semestinya .
Kan memang itu tujuan kita berpuasa ? Untuk memahami orang lain yang tidak mampu makan dan minum .
Aku still bertenaga, Alhamdulillah .
yang penting sahur . Pernah je sahur just makan biskut cicah susu .
Alhamdulillah , puasa penuh haritu hehehehh

TAPI

Puasa semasa menyusu TERSANGAT LAH LETIH .
Aku dah experienced dua-dua dan ini pendapat aku .
Aku tak tahu lah kalau orang lain .
Tapi serious laaaaah haus sangat6383528282135 .
Haus n lapar dia lain macam weh .
Nampak meja pun macam nampak roti john .
Haaa ibu-ibu yang menyusu dan berpuasa yang baca blog ini jangan terus bukak puasa pulak ye hihihi .
Try bertahan dulu yeaaaa 

Heee ok lah setakat ni je lah taip .
Waktu lunch office pun dah nak habis .
Nanti kalau rajin aku update lagi yaaa .

Adios !



07 March 2017

Braces - Zahida Dental

Assalamualaikum ~

Haa harini nak bercerita pasal pengalaman pakai braces.
Sebenarnya dah lama sangat nak pakai braces ni, sejak sekolah lagi tau.
Tapi duit tak berapa nak ramai, so tunggu je lah kumpui gaji sampai umur aku dah tak berapa muda ni baru lah boleh pakai braces.

Lokasi ?

Korang boleh search Zahida Dental .
Terletak di Seksyen 8 , Shah Alam .

Sebab pakai braces ?


Gigi aku rata, dan tak berlapis pun.

Tapi jong sikit hahah

Sakit ke pakai braces ?


Sebelum aku buat appointment untuk pakai braces ni memang boleh dikatakan setiap hari jugak la aku search pasal braces, and tanya kawan-kawan yang pakai braces.

Rata-rata yang cerita pengalaman kat aku, cakap pakai braces ni sangat sakit.
Sakit dia tu sampai 1-2 minggu.
Aku takut , tapi nak pakai jugak .
So aku fikir nak hadap je lah sakit tu .

Hari yg ditunggu-tunggu dah tiba .

Alhamdulillah , sakit . hahaha
Tapi !! Haa ada tapi .
Tak lah sakit yg teruk gila-gila tu .
Aku pasang braces pukul 3 petang . Lepastu aku siap boleh masuk office balik .
Kawan-kawan cakap, masa baru-baru pakai memang tak sakit , kau tunggu malam kang . Confirm sakit !! hahaa
Alhamdulillah , malam tu sakit sikit-sikit je .
Boleh tidur dengan lenanyaaa ...


Boleh makan apa je ?


Sebenarnya boleh je kot nak makan apa-apa pun .

Kecuali benda yg liat-liat macam chewing gum or chocolate macam Sneakers / Mars dan makanan yg keras.
Doctor cakap, apple pun boleh makan .
Tapi kena potong kecik-kecik .
Maknanya tak boleh gigit guna gigi depan .
Korang tau cerita Snow White ?
Kan dia makan apple pastu dia pengsan kan .
Kalau korang perasan , kesan gigitan kat apple tu menandakan bahawa dia gigit guna gigi depan .
Aku syak Snow White pakai braces jugak la .
Dia pengsan sebab sakit gigi . Heheheh

Boleh tutup mulut tak ?


Haa ni memang aku risau . Risau sangat !

Ni antara sebab yg buatkan aku fikir banyak kali nak pakai braces ke tak .
Alhamdulillah , boleh je tutup mulut .
Tapi kalau senyum mesti kena nampak gigi .
Kalau senyum tak nampak gigi macam pelik je .
Nampak macam aku nak nangis tapi duk tahan-tahan . Haaa gituu . hahah

Pastu lawak gila masa mula-mula aku nak minum air guna cawan .

Masa aku tengah minum tu , sshiiiuuuu air tu meleleh kat tepi mulut aku .
Maklumlahh .. Tak reti tutup mulut elok-elok lagi .
So bila minum , mulut bocoooqq ! hahaha

Selain tu ?


Masa mula-mula tu aku rasa susah nak cuci muka .

Bila cuci muka , mulut kita akan tutup ke dalam macam nenek-nenek yg takde gigi tu .
Haa buat la tuu  hahahah
Bila aku tutup mulut camtu rasa tak selesa sangat , pastu bila aku gosok-gosok pipi dan dagu aku lagi lah rasa tak selesa sebab berlaga-laga dengan braces dalam mulut ni .

Kemudian aku rasa macam sebutan huruf "S" macam lain sikit .

Contohnya kalau aku shebut ... Haa tengok ... kan dah tershashul .
Penangan pelat dia tu sampai taip pun boleh tershashul . kahkah

Pastu bila aku bercakap ,
orang mesti akan pandang je mulut aku .
Haihh rasanya nak kena pakai braces kat mata baru orang pandang mata .
hahhaha ok ok gurau guraauuu 


Meh nak cerita sikit dari mula ...

Memula sekali kena buat scalling .

Ngilu dia takyah cakap la . Terngiang-ngiang lagi bunyi benda alah tu bergesek kat gigi aku .
Paling-paling-paling-paling ngilu bila dia buat kat gigi depan aku ni .
Pehhh ngilu sangat-sangat sampai terangkat-angkat kaki aku .
Haha tapi nak buat macam mana , kena tahan je lah .

Ok lepas tu aku buat appointment untuk buat acuan pulak .

Aku kena gigit acuan tu lah .
Acuan ni dibuat untuk tengok bentuk gigi kau macam mana .
Sekejap je .

Lepastu pulak , kena buat x-ray .

Macam Zahida Dental ni akan keluarkan surat untuk buat x-ray kat DEMC.
So bila-bila free nanti boleh la pegi DEMC untuk buat x-ray tu kemudian hantar balik x-ray tu ke Zahida Dental tu .
Haa lepastu boleh set appointment untuk pasang braces .
Dup dap dup dap ....

Hari kejadian - - -


Nama aku dipanggil , maka aku pun baring la atas kerusi tu .

Mulut aku dipasang apa benda tah namanya supaya sentiasa ternganga .
Mesti buruk beno muka aku time tu hahaha
Laju betul dentist tu buat kerja . Bersilang-silang tangan dia atas muka aku ni .
Mula-mula dia akan pasang bracket dulu (kalau taktau mende bracket , sila google ye )
Aku selalu terfikir ,
cuba kalau masa dentist tengah buat tu kan , tetiba aku bersin .
camne ha? Dah le mulut ternganga , boleh ke bersin ? Kalau boleh bersin , macam mana agaknya muka aku ? Macam mana agaknya bunyi aku bersin dengan mulut ternganga tu ? Kan biasanya akan bunyi "Haaachum!" . So adakah bunyinya akan jadi " Haaaahaa!!" sebab tak boleh tutup mulut .
Haahhahah jauh gila tak aku fikir? abaikan abaikan .

Ok sambung .

Lepas je siap pasang bracket, aku kena kumur-kumur .
Haa masa tu lah aku rasa pelik sangat bila tutup mulut . Sebab aku boleh rasa ada benda kat gigi yg sentuh bahagian belakang bibir aku .
Tak selesaaa !
Pastu sambung baring , dentist sambung pasang wire yg melintang tu pulak .
Jangan risau , tak sakit pun ..

Lepas beberapa minit, siap !

Kemudian , staff situ bagitau apa yg boleh makan , dan apa yg tak boleh makan .
Cara-cara gosok gigi , dan seterusnya set untuk next appointment .

Haritu aku tak sempat nak lunch .

Sebab appointment aku patutnya pukul 1 petang , tapi nama aku dipanggil dalam pukul 3 petang camtu lah .
Lepas siap pasang braces tu aku terus balik office , so aku tak sempat nak lunch .
Lapo giler . Pukul 6 petang tepat aku terus balik rumah sebab tak sabo nak makan .
Aku sambar maggi je lah , nak makan cepat punya pasal .

Lepastu ha hamek kau ! Berselirat maggi tu kat celah-celah wire braces aku ni hahaha .

Gila tak selesa ! Kejap-kejap tengok gigi kat cermin .
Tapi habis jugak satu bungkus maggi tu .

Pastu malam tu aku makan nasi , lauk ayam apa tah la aku tak ingat aku masak apa .

Tapi yg pasti ayam la .
Alhamdulillah , boleh je nak makan .
Cuma bila aku kunyah , sakit kat gigi geraham .
So aku isap-isap je nasi tu kemudian telan .
Dari situ baru lah aku sedo diri , aku tak pernah bersyukur akan nikmatnya makan bila ada gigi geraham . Huhuuu

Biasanya aku makan mesti tambah .

Tapi haritu aku tak tambah pun sebab rasa macam susah je nak makan .
Ganggu mood aku sikit .
Pastu mula lah menyesal sikit . kuang kuang kuang ...
So lepas makan nasi yg tak berapa nak banyak tu , aku ambik roti gardenia krim coklat dan sexawan susu HL .
Aku cicah roti tu ke dalam susu kemudian gigit .
Wehh sakit jugak la rupanya !
Tapi relax , tak lah teruk sangat sakitnya tu .
Cuma rasa macam gigi depan aku ni sangat longgar tau .
Bila aku gigit je rasa macam sengal-sengal .
Nak gigit roti yg dah lembik kena susu pun aku rasa sengal-sengal .
Bayangkan kalau aku pegi gigit almari kayu aku tu .
Ehh takde keje pulak aku nak pegi gigit kayu kan ahahah

Pastu lebih kurang 4 hari camtu , sakit tu beransur hilang .

Aku pun try sikit-sikit makan makanan yang macam biasa aku makan .
Seminggu lepas tu aku makan McD haha
Boleh je nak makan burger , tapi aku koyakkan sikit-sikit la .
Aku rasa boleh je nak gigit guna gigi depan memandangkan gigi aku pun dah tak sakit masa tu .
Cuma aku risau nanti bergantung-gantung pulak cebis-cebis roti / daging burger tu kat braces gigi depan aku ni hahhaha .

2 Minggu Kemudian ..


Aku dah mula biasa dengan kewujudan besi dalam mulut ni .

Sebelum ni kalau aku rasa ada makanan tersekat kat celah wire braces ni mesti aku kena tengok cermin dan keluarkan cebis-cebis makanan tu guna brush .
Tapi lepas 2 minggu pakai braces , guna lidah je pun boleh keluooo . Haahaa

Sebulan Kemudian ..


Dah sebulan aku pakai braces ni .

Alhamdulillah dah selesa dah .
Esok aku ada appointment .
Risau jugak akan rasa sakit nanti .
Tapi dah itu yg aku pilih , so aku kena la hadap ye tak ?
Semoga aku tabah . hehee

Pesanan

Kepada korang yg nak pakai braces tu ,
korang kena ready mental .
Kena ada kesabaran haha .
Lagi-lagi yg suka makan .
Macam aku la . Sejenis suka makan apa saja (tapi tak gemuk-gemuk kihkihkih)
Masa mula-mula pakai haritu ,
aku rasa sedih , rasa stress sikit , rasa menyesal pun ada .
Sebab aku dah tak boleh makan sesuka hati aku .
Pastu bila makan , aku rasa tak selesa sangat sebab makanan berkumpul kat celah-celah wire braces ni .
Tapi lepas 2 minggu , Alhamdulillah , perasaan tu semua dah tak ada .
Aku dah selesa .
Jadi , korang banyakkan besabar yeee.. hehe




06 April 2016

Kelantan Negeri Teruk? Betul ke?

Assalamualaikum~

Sebenarnya dah lama nak cakap pasal ni .

Aku duk fikir-fikir je .
Sebab ni isu sensitif .
Tapi sebab aku tengok macam makin menjadi-jadi , aku tulis jugak lah .

Contoh #1

A : Eh Senah baru kawin kan , aku pegi kenduri dia. Apsal kau tak pegi?
B : Aku ada hal haritu..
A : Ooo yeke.. Tapi laki dia orang Kelantan...
B : Yekeee

> Kenapa perlu ada perkataan "tapi"?

dan kenapa tetiba je cakap laki dia asal dari Kelantan sedangkan tadi kau tanya pegi ke tak kenduri dia kan.
haa nampak?

Contoh #2

A : Tu yang tudung oren tu staf baru weh . Baru masuk harini .
B : Ooo yeke. Dia department mana?
A : Dia department Account . Orang Kelantan....

> Kenapa tetiba kau bagitau yang si tudung oren tu orang Kelantan? Si B tu takde tanya pun..

Seolah-olah negeri asal si tudung oren tu sangat pelik . apakah??? mengapakah???


Contoh #3

A : Kau nii bila nak kawin ni . Aku tak sabar nak makan nasi minyak kau.
B : Nak kawin apa nya , calon suami pun takde .
A : Harraz Danial Darwish Naufal Rayyan Beckham tu kan nak ngorat kau . On je lah .
B : Ehh taknak lah . Dia orang Kelantan lah . Kang tak terjaga la rumah aku, sepah2 , kotor . Orang Kelantan pengotor kottttt !

> Seriously? Orang kelantan pengotor? Buktikan !


Contoh #4

A : Weh tahniah ! Dah bertunang dah kau ! Tunang kau orang mana?
B : Thanks... Orang Kelantan..
A : Wooo.. habis lah kau .. kena cakap Kelantan lah kau nanti ..

> Kalau kawin dengan orang Kelantan je ke kena cakap Kelantan?

Kalau tak cakap Kelantan , batal ke kawin tu? ke dosa? kehkehkeh

Contoh #5

Korang ingat lagi tak perempuan yang gaduh sebab rebut lelaki tu?
Alaa yang rambut kuning , muka putih gebu gebas tuuu .
Dalam video dia yang viral tu dengar macam bahasa Kelantan .
Yang aku pelik , kenapa tajuk-tajuk yang orang share kat facebook tu kebanyakannya "Gadis Kelantan Gaduh blablabla"
Kenapa perlu mention Kelantan kat tajuk tu ?
Kenapa kalau negeri lain buat hal , takde pulak jadi macam ,
"Lelaki Selangor ragut blablabla"
Takde kan ??


Haa boleh paham tak apa yang cuba aku sampaikan?

Negeri Kelantan ni macam dipandang serong .
Tak boleh silap sikit .
Kenapa jadi camtu ?
Pada pandangan aku ,
Orang Kelantan ni bahasa dia pekat , mungkin ramai yang susah nak paham bila diorang bersembang .
Dan ada antara diorang yang susah nak cakap bahasa keyy ellllll korang tu sebab bahasa diorang pekat sangat .
Disebabkan itu , diorang pun hanya bercakap/bersembang dengan sesama diorang je .
Senang ! Nak buat lawak pun , sesama diorang je paham .
Kang buat lawak dengan korang , korang tak paham lawak tu . Takde lah CHIAA CHIAAA . krik krik lah jadinya .
Tapi ada dari kalangan korang ni sesedap rasa label diorang ni berpuak-puak hanya sebab taknak sembang dengan korang .
Ambik contoh camni , korang pegi kenduri dengan family/kawan korang , ada ke korang tetiba pegi tegur orang-orang lain yang duduk kat meja lain? Dah la tak kenal , nak tegur-tegur . Ntah-ntah kenal pun tak tegur . Korang mesti lah duduk sama-sama dengan family/kawan korang je kan . Takde nya korang pegi duduk kat meja lain . Kalau boleh nak jugak duduk semeja kan?
Mungkin ada lah sekerat dua yang friendly tegur-tegur sana sini , tapi tak semua kan?
Sama lah macam orang-orang Kelantan yang korang kata berpuak-puak tu .
Cuba lah korang fikir positif sikit. Cuba korang tegur orang-orang Kelantan ni terlebih dahulu . Confirm diorang akan cakap dengan baik .


Yang paling aku menyirap bila ada yang cakap orang-orang Kelantan ni pemalas , pengotor , pesepah , peserabut dan segala pe-pe lagi .

Bukan lah aku nak backup orang Kelantan sebab suami aku orang Kelantan .
Tidak sama sekali okay ! Kalau suami aku orang negro pun aku akan cakap jugak Kelantan sebenarnya tak yang macam korang fikir tu !
Orang Kelantan pengotor?
Orang Kelantan pemalas?
Please la korang . Kemon la .
Adil ke korang label orang Kelantan camtu sedangkan tak semua orang Kelantan camtu .
Of course la ada yang pemalas pengotor .
Kenapa? kat Penang takde langsung orang pengotor pemalas ke? kat KL takde ke? kat Johor? kat negeri-negeri lain takde langsung ke?
Apa yang membuatkan korang cakap diorang tu pengotor?
Pernah duduk sekali ke? Atau korang penah kawin dengan SEMUA orang Kelantan?
ahaha soalan macam lawak-lawak . tapi aku serious ni .
*muka serious*
Yelah , korang cakap tu sure sangat macam pernah duduk sekali je aku tengok ....

setakat ni Alhamdulillah , suami aku selalu kemas rumah , bangun awal , uruskan anak , cuci toilet blablabla

aik aku buat apa? aku pemalas ! aku tengok je suami aku uruskan rumah sambil makan kuaci . ahahaha korang taknak cakap aku ni orang Kelantan ke?

Sebenarnya dia pemalas ke, pengotor ke, peserabut ke,  perpustakaan ke , bukan disebabkan oleh negeri asal dia . Ia adalah dari didikan mak ayah .

Macam mana kau didik anak kau , begitulah anak kau nanti, InsyaAllah .
Apahal tetiba korang cop-copkan orang Kelantan gini, orang Kelantan gitu ?
Alhamdulillah suami aku sangat rajin orangnya sebab didikan mak dan ayah dia , walaupun mak ayah dia dua-dua asal dari Kelantan .
Jadi masihkah korang nak cakap orang Kelantan camtu?
Contoh terdekat dah tu aku bagi .

Alah kita-kita ni pun yang asal dari negeri lain pun ntah-ntah pengotor .

Tapi sibuk cakap orang Kelantan jugak yang pengotor .
Kemon la .

Lepastu tak habis-habis cakap kat Kelantan jalan rosak , jalan teruk , tak maju .

Eh kat KL tu kau ingat semua jalan elok ?
Apa kat KL tu kalau jalan berlopak tutup sendiri ?

A : Jalan kat Kelantan semua teruk-teruk .

B : Tak la , cantik je jalan dia. Okay je .
A : Teruk lah . Kau pegi jalan yang kat mana yang elok tu?
B : Kat Kota Bharu .
A : Oo memang lah okay, itu bandar . Cuba kau pegi tempat yang hulu-hulu sikit . Teruk weii jalan dia ...

Eh eh . dah kata hulu-hulu , memang lah jalan tak cantik .

Alah kat KL tu kau ingat semua tempat hilir-hilir ke ?
KL pun ada tempat hulu . dan kau tengok lah jalannya macam mana .
teruk jugak .
Habis kau expect apa sebenarnya kat Kelantan ?
Semua jalan disaluti emas baru kau nak cakap jalan kat Kelantan elok ke cane?

Serious lah aku cakap , sebelum aku jejak Kelantan memang aku percaya bulat-bulat cakap orang yang jalan kat Kelantan teruk . Korang punya sembang tu sampai buat aku bayangkan kalau minum air dalam kereta mesti tumpah-tumpah sebab jalan tak rata, atau bila bercakap dalam kereta jadi macam penyanyi opera sebab banyak vibrato . haaa sampai camtu tau .

Aku memang tak pernah pegi semua tempat dalam Kelantan .
aku banyak pegi area Kota Bharu je .
Okay-okay je jalan dia . korang nak main roller blade atas jalan tu pun tarahal .
Nak suruh aku pegi area hulu Kelantan untuk tengok jalan teruk ?
Tak payah . sebab kat KL yang dibangga-bangga tu pun ada jalan teruk .
Jadi , sama je .


Nak kata orang Kelantan taknak campur negeri lain ?

Eh kawan-kawan suami aku punya isteri kebanyakannya dari Kelantan .
dan kalau jumpa masa raya , memang aku dikelilingi orang-orang Kelantan .
Jujur la cakap , semua friendly , sembang-sembang dengan aku elok je .
Diorang try control bahasa diorang supaya aku mudah paham . Biasa lah kadang-kadang terlepas jugak perkataan-perkataan Kelantan . Normal lah .
Give and take . Bila diorang try cakap bahasa sini , aku jugak selit-selit perkataan Kelantan .
Baru nampak keserasian gittewww ahaha . Korang yang tak pandai nak join . huh !

Korang baru dengar perkataan Kelantan sikit , dah buat-buat serabut kepala otak .

Tak paham langsung katanya .
Korang yang malas ambik tahu . Padahal perkataan simple-simple je macam
"Nok makey tepak sekalo ko?"
Cuba lah jalan sikit otak tu kalau dengar .
Paham sikit-sikit takpe dah . Boleh agak dia cakap apa .
Buat-buat tak paham langsung konon . Padahal malas ambik tahu .
Eleh , bahasa Korea tu kemain korang siap google-google bagai .
Siap belajar tulisan Korea . Gedik ahahaha

Ok.. setakat ni saja lah..

Sesiapa yang terasa tu , maaf lah ye bahasa agak kasar .
Ubah la persepsi korang pada Kelantan .
Bosan dah aku dengar .

sekian, terima kasih .....