19 April 2016

Bercuti di Seri Pengantin Resort , Janda Baik

Assalamualaikum~

untuk siapa-siapa yang plan nak pegi bercuti area Janda Baik tu , boleh la singgah baca blog Anis nih. (panggilan nama Anis untuk entry kali ni sebab menghormati pembaca pangkat makcik-makcik atau pakcik-pakcik baca.. heheh)

Ok ni review Anis sendiri untuk Seri Pengantin Resort .

Anis ambik rate bilik yg biasa-biasa je memandangkan masa tu duit segan-segan nak ada , tapi gedik nak pegi bercuti jugak kan . haha
Jadi Anis ambik Deluxe Garden View , iaitu RM220 satu malam .
Sesuai lah untuk family Anis yang kecik ni .
Anis, husband, dan anak kecik sorang .

Kat web Seri Pengantin Resort tu sendiri ada bagitau ,
check-in pukul 3.00petang , check-out pukul 12.00tengah hari .
Jadi kami gerak dari rumah (Subang Airport) lebih kurang pukul 1.15petang .
Dalam pukul 2.25petang gitu lah sampai .
memandangkan check-in pukul 3petang ,
kami pegi makan dulu .

Keselesaan : 4/5
** Kureng 1 je sebab masa mula-mula tu tak dapat remote control aircond .
So beku lah kami dalam bilik tu .
Lepastu husband yang pegi ambik sendiri remote aircond dari staf kat bilik reception tu .
Pastu kadang-kadang elektrik bilik tu macam kejap kuat kejap slow , jadi lampu pun jadi terkelip-kelip bila power elektrik tu slow. Tapi satu saat dua saat gitu je ..

Kebersihan : 5/5
** Benda first Anis check kalau pegi mana-mana hotel adalah toilet .
Toilet Seri Pengantin ni sangat bersih dan selesa . Cuma lampu toilet dia je malap sikit .
Mungkin sebab nak menaikkan mood honeymoon buat pengantin-pengantin yang check in sini kot haha.. Dah namanye Seri Pengantin ye dok .

Kedamaian : 3/5
** Nak kata sunyi tu memang sunyi lah kan sebab jauh dari jalan raya , takdelah dengar bunyi motor ke lori ke kan . Tapi boleh dengar orang jalan-jalan dan bercakap-cakap kat luar .
Yelah sebab bilik lain sebelah-sebelah tu je .
Boleh bukak pintu ke balkoni kalau nak rasa damai sikit .
Tengok pokok-pokok bunga kat luar tu sambil dengar bunyi cengkerik . Hehe


Kemudahan : 4/5
** Kureng sikit laa . TV yang disediakan kureng cun sebab buatkan kami sakit mata nengoknya . Warna skrin hijau , kami adjust tapi gitu jugak ghopenyee ..
Comforter ada 2 . Selesa sebab tebal macam duk kat Korea gituu.
Almari baju ada 1 , boleh gantung baju-baju dalam tu .
Kabinet TV ada laci .. laici je takde hahaha
Meja makeup dan cermin disediakan .
Heater pun disediakan , so boleh masak air .
Teh , cawan , sudu pun ada . Tapi tak perasan pulak teh apa .
Towel yang disediakan sebanyak 2 helai , okay je kan .
Macam biasa la, sabun dan syampu disediakan jugak .
Water heater untuk shower berfungsi dengan baik .

Parking
Kawasan parking luas dan rata (tak berbukit) .
Cuma tak berbumbung .
Jadi jangan lupa bawa payung .

Makan
Tak silap Anis , Seri Pengantin Resort ni tak ada sediakan cafe untuk makan .
Kena keluar dari resort ni untuk ke kedai makan .
Kedai makan terdekat adalah berdekatan dengan Danau Daun Chalet .
Nama kedai makan tu Kopi n Kraf kot .
Tak ingat pulak nama kedai tu apa , lebih kurang gitu la nama dia .
Tak pun korang boleh teruskan perjalanan , ada gerai-gerai makan tepi jalan dan kedai runcit .
Kalau rasa nak makan maggi je atau biskut-biskut, boleh beli kat bilik reception je , so tak perlu keluar .

Aktiviti
Aktiviti yang boleh dibuat kat sini tak banyak .
Kat sini boleh mandi pool dan bagi ikan makan .
Kalau tak silap Anis , itu je lah aktiviti yang boleh dibuat kat resort ni .
Aktiviti lain macam ATV, mandi sungai, air terjun, mungkin kena keluar jauh sikit .
Kalau tuan-tuan puan-puan tengok kat blog-blog lain yang share pasal Seri Pengantin Resort ni ,
diorang ada mandi sungai .
Malangnya masa Anis pegi , sungai tu dah macam takde air . Takat buku lali je .
Jadi mandi kat swimming pool je la ..

Swimming Pool
Kat sini ada dua swimming pool .
Satu untuk dewasa , dan satu lagi untuk kanak-kanak .
Yang untuk kanak-kanak tu , airnya takat pinggang Anis je .
Tapi untuk dewasa , sangat-sangat dalam .
Anis ni kategori tinggi jugak lah orangnya .
Tapi memang tak boleh jejak lantai langsung .
Jadi masa tu macam takde siapa yang mandi situ , semua sumbat dalam pool kanak-kanak . hahaha
Air pool tu pulak adalah dari air bukit .
Kurang bersih sebab bila tengok betul-betul , boleh nampak keladak-keladaknya walaupun masa tu kami orang pertama masuk pool .
Tapi airnya sangat sejuk !
Jangan lupa bawa pelampung untuk anak-anak ya !

Kolam ikan
Kolam ikan terletak dekat dengan reception .
Korang boleh beli makanan ikan dalam bilik reception tu , RM1 sebungkus .
Lepastu , buat lah kenduri kat kolam tu ya !

Kat bawah ni Anis sertakan gambar-gambar bilik Deluxe Garden View .

Seri Pengantin Resort

ni pandangan dari luar , kat tempat parking

toilet yang bersih , satu toilet bowl dan satu bath tub



barang mandi yang disediakan , 2 helai towel , sabun dan syampu



simple je , tapi selesa


ni pandangan dari balkoni




itu jeee..
selamat bercuti !

:)

No comments:

Post a Comment